Sunday, April 23, 2017
Kata-Kata Kehidupan 3
Ketika seseorang menunggumu, tidak bererti dia tidak ada hal
lain untuk dilakukan, itu hanya bererti bahawa dirimu penting baginya.
Kita tidak mencari suluh
Suluh datang diberi api
Kita tidak mencari musuh
Musuh datang kita hadapi.
Berusahalah untuk membuat hati kita selalu damai agar kelak
kita mampu membahagiakan diri kita sendiri dan orang lain.
Mengeluh tidak akan mampu memperbaiki keadaan.
Berbicaralah atau bertindaklah dengan ilmu, bukan dengan
hawa nafsu.
Adakah saya berusaha membina persahabatan atau hanya
menunggu orang lain membina persahabatan dengan saya?
Tidak ada erti penderitaan bagi mereka yang berkerja keras
dan berdoa bersungguh-sungguh.
Jangan terperuk dalam kesedihan kerana sikap seseorang yang
mengecewakanmu kerana diluar sana ramai yang sedang menanti senyumanmu.
Dalam hidup ini, adakah kita mahu ilmu 'entertain' kita atau
kita 'entertain' ilmu?
Lebih mudah untuk menawan ribuan orang bersenjata lengkap
dibandingkan menawan ego diri sendiri.
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan
orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
Rahsia komunikasi berkesan ialah pandai mendengar, pandai
bertanya dan pandai berbicara.
Seriously, mampukah kita melihat kegagalan itu sebagai
peluang untuk perbaiki keadaan kita?
Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa
senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan hilang.
Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima
dan meminta pandangan daripada orang lain.
Jangan risau saat dihimpit masalah. Bukankah pekatnya malam
itu petanda pagi datang menjelang?
Berhenti menyalahkan orang lain kerana bila diteruskan,
sudahnya anda akan menyalahkan Tuhan.
Keberanian untuk mengatakan tidak tahu untuk perkara yang
tidak diketahui jauh akan lebih menenangkan dan dihormati daripada selalu ingin
kelihatan serba tahu.
Jangan pernah menghina masa lalu seseorang, kerana anda
tidak tahu bagaimana masa depannya.
Jangan dihitung kebaikan kita pada orang tetapi hitunglah
kebaikan orang pada kita.
Kalau hati penuh kedengkian jangan pelik hidup tidak
berteman.
Hina sungguh sifat mengumpat. Dilaknat Tuhan dunia akhirat.
Buat apa berwajah cantik kalau tidak mahu sembahyang.
Orang beriman berbaik sangka. Mukanya manis, lakunya sopan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment