Sunday, April 23, 2017
Kata-Kata Kehidupan 2
Orang yang tegas tidak menyerah kepada keadaan melainkan
menundukkannya.
Jika kamu merasa bebanmu lebih berat dapripada orang lain,
itu kerana Tuhan melihatmu lebih kuat daripada orang lain.
Bahagia secukupnya.
Sedih seperlunya.
Mencintai sewajarnya.
Membenci sekadarnya.
Tetapi, bersyukurlah sebanyak-banyaknya.
Kata-kata dan kisah penuh inspirasi kian lama kian hilang
daripada perbualan kita.
Ada banyak hal yang mampu diselesaikan jika dimulakan dengan
diri sendiri.
Rezeki selalu mencari orang yang kuat berusaha, sabar, tahan
diuji dan selalu memohonnya.
Semua orang punya otak namun bergantung kepada orangnya
untuk memakainya.
Fikiran yang sakit menyebabkan batang tubuh pun ikut sakit.
Gossip akan berakhir di telinga orang yang bijaksana.
Setiap sudut solat itu merupakan sumber ubat bagi segala
penyakit manusia dlm kehidupannya.
Anda mampu memiliki apa pun yang anda inginkan jika anda
mampu menghilangkan keyakinan bahawa anda tidak akan dapat apa yang anda
inginkan.
Kelebihan kita adalah kita mampu memulakan sesuatu dan kita
juga mampu untuk menghabiskan sesuatu.
Duri dalam kaki sulit ditemukan, Apalagi duri dalam hati.
Jika ada orang yang melihat duri di hatinya, mana mungkin kesedihan akan
berkuasa?
Suatu pekerjaan yang tidak mampu kita selesaikan adalah
pekerjaan yang tidak kita mulakan!
Hidup ini merupakan satu pilihan.
Aapapun yang membuatmu sedih, tinggalkan!
Apapun yang membuatmu tersenyum, jangan lepaskan!
Belajarlah dari mereka di atasmu.
Nikmati hidup bersama mereka di sampingmu.
Jangan remehkan mereka di bawahmu.
Jangan terlalu bergantung kepada orang lain kerana
bayang-bayang dirimu sendiri pun meninggalkan kamu di saat kamu dalam
kegelapan.
Tidak perlu menjadi sempurna hanya untuk menjadi bahagia.
Harapan tinggal harapan jika tidak disertai tindakan.
Impian tinggal impian jika tidak selaras dengan kemampuan.
Ketika kamu sedar betapa berharganya dirimu, semestinya kamu
tidak akan pernah membiarkan orang lain masuk ke dalam hidupmu untuk buat kamu
terluka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment