Monday, August 14, 2017
Value of Life
A little boy went to his old grandpa and asked, "What's
the value of life?"
The grandpa gave him one stone and said, "Find out the
value of this stone, but don't sell it."
The boy took the stone to an Orange Seller and asked him
what its cost would be.
The Orange Seller saw the shiny stone and said, "You
can take 12 oranges and give me the stone."
The boy apologized and said that the grandpa has asked him
not to sell it.
He went ahead and found a vegetable seller.
"What could be the value of this stone?" he asked
the vegetable seller.
The seller saw the shiny stone and said, "Take one sack
of potatoes and give me the stone."
The boy again apologized and said he can't sell it.
Further ahead, he went into a jewellery shop and asked the
value of the stone.
The jeweller saw the stone under a lens and said, "I'll
give you 1 million for this stone."
When the boy shook his head, the jeweller said,
"Alright, alright, take 2 24karat gold necklaces, but give me the
stone."
The boy explained that he can't sell the stone.
Further ahead, the boy saw a precious stone's shop and asked
the seller the value of this stone.
When the precious stone's seller saw the big ruby, he lay
down a red cloth and put the ruby on it.
Then he walked in circles around the ruby and bent down and
touched his head in front of the ruby. "From where did you bring this
priceless ruby from?" he asked.
"Even if I sell the whole world, and my life, I won't be
able to purchase this priceless stone."
Stunned and confused, the boy returned to the grandpa and
told him what had happened.
"Now tell me what the value of life, grandpa is?"
Grandpa said, "The answers you got from the Orange
Seller, the Vegetable Seller, the Jeweller and the Precious Stone's Seller
explain the value of our life...
You may be a precious stone, even priceless, but, people
will value you based on their financial status, their level of information,
their belief in you, their motive behind entertaining you, their ambition, and
their risk taking ability.
But don't fear, you will surely find someone who will
discern your true value."
*Respect yourself.*
*Don't sell yourself cheap.*
*You are rare, Unique, Original and the only one of your
kind.*
Better.Brighter untuk Pemimpin TNBR
Satu perkara yang amat mengujakan baru-baru ini ialah peluang untuk memfasilatator program Better.Brighter untuk sebilangan pemimpin utama TNBR, salah satu anak syarikat milik penuh TNB. Mana taknya, selama ini memang selalu saya rasakan pemimpinlah yang patut mengetahui dahulu kandungan program ini sekiranya satu perubahan itu perlu dilaksanakan.
Hasilnya? Lihatlah video berikut. Apabila pemimpin itu mula sedar mengapa (Why) dan bagaimana (How) untuk memimpin makhluk yang bernama manusia, memang mereka menjadi vibrant dan sudahnya mudah capai productivity revolution!
Maksud Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim
Kita selalu berzikir dengan menyebut zikir secara berturutan
seperti berikut: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan
Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim. Tetapi berapa ramaikah dari kita
yang mengkaji apakah maksud zikir-zikir tersebut. Saya rasa dari segi bahasa
hampir semua dari kita tahu maksudnya. Cuma dari segi huraian maksud setiap
zikir tersebut tidak ramai yang tahu. Pada artikel kali ini saya akan
menerangkan huraian maksud zikir tersebut.
1.
Subhanallah
Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah.
Huraiannya ialah kita meyakini bahawa Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci.
Allah tidak melakukan kesilapan dan segala tindakanNya sentiasa betul. Saya
bagi contoh. Di dalam dunia ini, ada manusia yang Allah pilih untuk beri
hidayah dan ada manusia yang Allah pilih untuk tidak memberi hidayah.
Ketahuilah bahwa Allah SWT itu langsung tidak memilih kasih. Sesiapa yang
diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima hidayah itu berdasarkan
usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak diberikan hidayah oleh Allah
SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah tersebut berdasarkan usaha dan
takdirnya juga.
Allah SWT langsung tidak serupa dengan manusia yang suka
pilih kasih apabila memberi sesuatu. Contohnya bos yang asyik pilih kasih
apabila memberi markah cemerlang dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain
yang sama/lebih layak untuk menerima markah cemerlang dan pangkat tersebut.
Contoh yang lain apabila seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil
untuk dia menyintai keempat-empat isterinya dengan sama rata. Soal hati itu
tidak dikira berdosa kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia
mestilah berlaku adil terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka
seperti nafkah zahir dan batin, giliran yang bersesuaian dsb.
2.
Alhamdulillah
Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu
hanya untuk Allah. Dari segi huraian maksudnya segala yang kita ada, semuanya
adalah milik Allah. Apabila ada orang yang memuji kita samaada hebat, hensem
atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut kepada Allah dengan mengucapkan
Alhamdulillah. Janganlah kita merasa hebat dengan apa yang kita miliki samaada
ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya adalah kurniaan dari Allah. Ada orang
yang merasa dia hebat kerana berjaya menjawat pangkat yang tinggi dalam
syarikat. Siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia
layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya ialah Allah. Sebenarnya segala yang
kita ada, semuanya adalah milik Allah. Di akhirat nanti, kita akan ditanya oleh
Allah apakah yang telah kita buat dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah
kepada kita. Ucapkanlah Alhamdulillah juga untuk bersyukur terhadap segala
nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.
Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas nescaya akan
dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya. Insya Allah akan
bertambah nikmatnya
3.
Lailahaillah
Maksud Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah
melainkan Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hanya patut menyembah Allah
semata-mata dan bukannya benda-benda lain di dunia ini. Kalau zaman dulu,
masyarakat jahiliah menyembah berhala. Tapi zaman sekarang ini ada manusia yang
bertuhankan benda seperti wang, wanita, pangkat, manusia dsb. Maksud
bertuhankan benda ini ialah sanggup melakukan apa sahaja tidak kira halal atau
haram untuk mendapatkan benda tersebut. Wang, wanita, pangkat dan lain-lain
tidak salah untuk dimiliki tetapi perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja,
berkahwin dan jujur. Bukan dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan
rasuah, berzina dsb. Ada orang yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa
menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah SWT. Bukankah seolah-oleh dia telah
bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah SWT? Bukankah dia seolah-olah telah
syirik kepada Allah SWT? berhati-hatilah dengan syirik kerana syirik termasuk
dalam dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha
iaitu taubat yang bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.
4.
Allahu Akbar
Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar.
Huraian bagi maksud Allahu Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat. Dia
boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan
segala tindakanNya itu. Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala
tindakan dan keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di
akhirat nanti tentang apa yang mereka kerjakan.
Allah berfirman: Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa
yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. (Al-Anbiya' 21:23)
Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha luas. Sekiranya dibuat
perbandingan ilmu Allah dengan ilmu makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu
lautan yang luas sedangkan ilmu makhluk itu seumpama setitis air dari lautan
tersebut, bahkan lebih sedikit dari itu. Jadi layakkah kita mempertikaikan
keputusan Allah terhadap kita dengan ilmu kita yang sedikit ini? Oleh itu, kita
tidak boleh sama sekali membesarkan benda lain selain dari Allah SWT. Kesemua
kita adalah hamba Allah yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah
ditetapkanNya. kita mestilah mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar
dan mengagungkanNya.
5.
Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim
Maksud Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim ialah tiada
daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Dari segi huraian maksudnya kita
hendaklah takut hanya kepada Allah dan bukan kepada makhluk kerana makhluk itu
langsung tiada kuasa. Kekuasaan makhluk itu hanya sekadar yang diizinkan oleh
Allah SWT. Janganlah takut dengan hantu, orang yang berpangkat besar, orang
kafir, orang munafik, orang jahat dsb. Takutlah hanya kepada Allah SWT. Sesiapa
yang takut kepada Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya kerana tidak
kira siapa sahaja langsung tiada kuasa untuk menyakiti diri anda kecuali
diizinkan oleh Allah SWT.
Akhir kata, di antara fadhilat berzikir dengan Subhanallah,
Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala
Quwwataillabillahilaliyyilazim adalah seperti 3 hadis berikut:
Hadis 1
Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w.
merayukan halnya kepada baginda dengan berkata:
"Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam)
agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam
menyelenggarakan urusan-urusan rumah-tangga ku." Baginda Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Hendaklah kau ucapkan: SUBHANALLAHI sebanyak 33 kali
ALHAMDULILLAHI sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali sebelum tidur
di malam hari."
Lantas baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Ini
lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu."
Hadis 2
Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika
baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai
untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah
musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari
api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah,
Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan
datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah
hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal
kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).
Keterangan
Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada
dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela
untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia
akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.
Hadis 3
Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih
(Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid
(Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali,
kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illallah Wahdahula Syarikalahu
Walahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir, nescaya akan diampuni
dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.
Big Data and Infogram
Big Data? Satu pendekatan yang menarik menerusi penggnaan infogram. Saksikan video berikut ...
Fenomena No 1 dalam Kehidupan
"Zul, nanti aku akan potong engkau (untuk dapat no.
1)"
"Tak apalah, engkau pergilah. Aku tak berlumba dengan
sesiapa..."
Kita telah lama membesar dalam sistem no. 1 dan no. akhir.
Jadi masing-masing nak menang jadi no. 1. Masing-masing tak nak kalah.
Dalam kelas paling pandai, tetap akan ada pelajar no. 1 dan
no. akhir. Mana2 pelajar pun akan rasa malu kalau dapat no. akhir walaupun dia
sebenarnya dah cukup pandai berbanding pelajar kelas lain.
Dengan adanya sistem no. 1 dan no. akhir, tak ada pelajar
yang sudi ajar kawan-kawannya sama2 cemerlang dalam pelajaran. Mesti mereka
akan fikir, kalau kawan dia lebih pandai, maka peluang dia dapat no. 1 semakin
tipis!
Masa sekolah menengah dulu, saya pernah dapat no. akhir di
sekolah yang "paling pandai". Saya rasa malu dan rendah diri di
sekolah walaupun keputusan SPM saya agak cemerlang bila compare dengan pelajar
sekolah lain.
Masa di universiti, keputusan SPM yang pernah saya dapat itu
dipandang hebat oleh kawan-kawan walaupun saya masih anggap sayalah pelajar
paling bodoh semasa di sekolah dulu. Saya fikir, mungkin ada yang tak kena pada
sistem no. 1 tu.
Dalam kehidupan, realitinya tak begitu. Tak ada sistem no. 1
dan no. akhir. Mereka yang hanya fikir nak berjaya seorang diri dan menjadi no.
1 tak akan berjaya dalam hidup. Mereka paling berjaya dalam hidup ialah siapa
yang dapat menjayakan lebih ramai orang dan memberi lebih banyak manfaat dalam
hidup orang lain.
Setiap orang boleh jadi nombor 1 untuk kehidupannya sendiri
sebab kita semua tak berlumba dengan sesiapa. Kita membina kehidupan kita
sendiri.
Entrepreneur - solving other people problems
Ingin menjadi seorang entrpreneur? Apa perkara paling penting yang perlu anda ketahui agar bisnes anda itu berjaya? Saya yakin jawapannya ada dalam video berikut ...
Cerita Pemuda dan Secawan Susu
Dikisahkan seorang pemuda datang kepada seorang alim dan
berkata:
"Saya seorang lelaki yang mempunyai hawa nafsu yang
kuat. Saya tidak dapat menahan diri dan mata dari melihat orang yang lalu
lalang di bazar atau pasar. Apa perlu saya lakukan untuk menahan diri
saya?".
Orang alim itu memberikannya secawan penuh air susu dan
mengarahkannya untuk menghantar ke satu alamat dengan syarat dia tidak boleh
menumpahkan air susu tersebut walau sedikitpun.
Dia akan ditemani seseorang untuk mengawasinya dan jika ia
menumpahkan air susu tersebut maka dia akan dipukul dengan kuat.
Akhirnya pemuda tersebut berjaya menghantar air susu itu ke
tempat yang diarahkan tanpa tumpah walau sedikitpun.
Orang alim bertanya kepadanya:.
"Apakah dan siapakah yang kamu lihat sepanjang
perjalananmu tadi?"
Pemuda itu menjawab:
"Saya tidak sedarpun apa apa yg berlaku di sekeliling
saya sebab saya asyik memberi tumpuan kepada air susu yang saya bawa, takut
bertumpah dan saya pasti malu jika dipukul di khalayak ramai."
Orang alim pun berkata:
"Situasi yang sedang kamu hadapi samalah seperti
keadaan orang yang beriman. Orang beriman bimbang Allah akan menghinanya di
hadapan ramai orang pada hari kiamat, jadi imannya itu tersimpan kukuh didalam
hatinya."
Pengajaran:
Orang yang sentiasa menjaga tindakan didalam kehidupan
ataupun berhati hati dan bersungguh sungguh menjaga imannya, takut berbuat dosa
dan tidak menghiraukan pandangan manusia kerana Allah SWT semata mata, mereka
akan lebih fokus kepada hari pengadilan atau hari pembalasan.
4Cs - 21st Century Learning
Dunia berubah. Corak pembelajaran pun berubah. Jika mahu excel dalam dunia sekarang, 4Cs yang berikut perlu diambil berat.
This is top class!
A man walks into a restaurant with a full-grown ostrich bird
behind him.
The waitress asks them for their orders.
The man says, 'A hamburger, fries and a coke,' and turns to
the ostrich, 'What's yours?'
'I'll have the same,' says the ostrich.
A short time later the waitress returns with the order 'That
will be $9.40 please,' and the man reaches into his pocket and pulls out the
exact change for payment.
The next day, the man and the ostrich come again and the man
says, 'A hamburger, fries and a coke'
The ostrich says, 'I'll have the same'
Again the man reaches into his pocket and pays with exact
change.
This becomes routine until the two enter again.
'The usual?' asks the waitress.
'No, this is Friday night, so I will have a steak, baked
potato and a salad,' says the man.
'Same,' says the ostrich.
Shortly the waitress brings the order and says, 'That will
be $32.62.'
Once again the man pulls the exact change out of his pocket
and places it on the table.
The waitress cannot hold back her curiosity any longer.
"Excuse me, sir. How do you manage to always come up
with the exact change in your pocket every time?"
Says the man, "Well, several years ago I was cleaning
the attic and found an old lamp. When I rubbed it, a Genie appeared and offered
me two wishes.
The first wish I asked was that if I ever had to pay for
anything, I would just put my hand in my pocket and the right amount of money
would always be there."
The waitress said "That's brilliant! Most people would
ask for a million dollars or something, but you'll always be as rich as you
want for as long as you live. How smart of you!''
"That's right. Whether it's a gallon of milk or a Rolls
Royce, the exact amount of money is always there" says the man proudly.
The waitress asks, "But, what's that ostrich all
about?"
The man sighs, pauses and answers with a heavy heart,
"My second wish was for a tall chick with long legs who accompanies me
wherever I go and agrees with everything I say".
MORAL OF THE STORY: Men's brains work brilliant until they
start thinking about a woman!!
Subscribe to:
Posts (Atom)