Monday, August 14, 2017
Cerita Pemuda dan Secawan Susu
Dikisahkan seorang pemuda datang kepada seorang alim dan
berkata:
"Saya seorang lelaki yang mempunyai hawa nafsu yang
kuat. Saya tidak dapat menahan diri dan mata dari melihat orang yang lalu
lalang di bazar atau pasar. Apa perlu saya lakukan untuk menahan diri
saya?".
Orang alim itu memberikannya secawan penuh air susu dan
mengarahkannya untuk menghantar ke satu alamat dengan syarat dia tidak boleh
menumpahkan air susu tersebut walau sedikitpun.
Dia akan ditemani seseorang untuk mengawasinya dan jika ia
menumpahkan air susu tersebut maka dia akan dipukul dengan kuat.
Akhirnya pemuda tersebut berjaya menghantar air susu itu ke
tempat yang diarahkan tanpa tumpah walau sedikitpun.
Orang alim bertanya kepadanya:.
"Apakah dan siapakah yang kamu lihat sepanjang
perjalananmu tadi?"
Pemuda itu menjawab:
"Saya tidak sedarpun apa apa yg berlaku di sekeliling
saya sebab saya asyik memberi tumpuan kepada air susu yang saya bawa, takut
bertumpah dan saya pasti malu jika dipukul di khalayak ramai."
Orang alim pun berkata:
"Situasi yang sedang kamu hadapi samalah seperti
keadaan orang yang beriman. Orang beriman bimbang Allah akan menghinanya di
hadapan ramai orang pada hari kiamat, jadi imannya itu tersimpan kukuh didalam
hatinya."
Pengajaran:
Orang yang sentiasa menjaga tindakan didalam kehidupan
ataupun berhati hati dan bersungguh sungguh menjaga imannya, takut berbuat dosa
dan tidak menghiraukan pandangan manusia kerana Allah SWT semata mata, mereka
akan lebih fokus kepada hari pengadilan atau hari pembalasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment