Sunday, September 17, 2017
Pengurusan Perubahan menurut McKinsey
Banyak pandangan tentang pengurusan perubahan telah diutarakan oleh berbagai pihak. Namun, saya suka dengan cara pandang McKinsey dalam video ini.
Banyak idea yang diutarakan oleh McKinsey ini sejajar dengan apa yang sedang saya usahakan dalam Intervensi Pembangunan Organisasi (IPO) itu.
So, IPO itu tidak lari dari apa kata konsultan bertaraf dunia ini. Syukur!
Kehidupan Sederhana
Saya suka dengan cara fikir wanita dalam video ini dalam menjalani kehidupannya. Jelas kepada saya bahawa beliau cuba untuk menjauhi hidupnya dari hutang. Hasilnya? Saya dapat rasakan hidup beliau lebih tenang dan gembira.
Seperkara lagi, walaupun manusia sekarang hebat dengan kemajuan teknologinya, dalam diam wujud sekelompok manusia yang saya lihat jumlahnya kian ramai mahukan kehidupan yang ringkas, lebih mementingkan nilai kehidupan dan lebih dekat dengan alam.
Saya rasa bagi kelompok manusia begini, mereka telah melihat bagaimana ramai manusia lain melalui kehidupan 'rat race' bagi mengejar sesuap rezeki amat-amat tidak menarik kepada mereka. Sudahnya mereka membuat keputusan untuk mencari alternatif kepada kehidupan 'rat race' itu.
Saya salute mereka!
Penjelajahan ke Angkasa Lepas
Satu masa dulu, penjelajahan ke angkasa lepas begitu menjadi pemerhatian manusia sejagat. Namun, ada satu tempoh waktu penjelajahan ini menjadi senyap seketika.
Apa yang menarik, akhir-akhir ini penjelajahan ini menjadi begitu sangat aktif. Ada yang telah memikirkan bagaimana untuk mencari punca tenaga, mencari punca bahan mentah dan yang lebih hebat lagi memikirkan untuk membina koloni manusia di luar bumi ini.
Mungkin penjelajahan ini semakin aktif di waktu ini kesan daripada keadaan bumi ini semakin sesak dengan manusia dan mungkin juga ianya disumbangkan oleh kemajuan teknologi yang menyaksikan kos penjelajahan ini merudum jatuh.
Renungi apa maksud video ini kepada diri. Moga bermenafaat ....
Disruption
Video berikut memberi selayang pandang maksud disruption dalam kehidupan kita ...
Adakah kita besedia menghadapi disruption dalam industri yang kita ceburi. Moga video di atas mampu memberi kesan kepada kita agar serious dengan fenomena ini.
I City - Bandar Pintar?
Saya tertarik dengan pembangunan I City yang sedang dibangunkan tidak jauh dari rumah saya. Apa yang menarik ialah kerana saya sedang mengkaji maksud bandar pintar dan kesannya kepada kehidupan manusia
Saya ingin sekali melihat satu contoh bandar pintar. Mungkin I City boleh menjadi contoh baik apa maksud satu bandar pintar bagi membina pembangunan manusia secara lestari (sustainable) ...
Renungi video berikut.
Konsultansi Intervensi Pembangunan Organisasi (IPO) Bah 5 of 5
Check
Bagi menyemak (check) pencapaian dan mengenalpasti jurang
(gap) antara perancangan (plan) dan perlaksanaan (do), disyorkan unit bisnes
menganjurkan sessi ‘retreat’ unit bisnes bagi membincangkan perkara ini. Sessi
‘retreat’ ini akan membincang kemajuan BMC, Borang 5W + 1H dan Borang Perbualan
Prestasi secara spesifik.
Dalam ‘retreat’ ini juga, pemimpin Unit Bisnes perlu
memutuskan apakah tindakan selanjutnya (action) bagi memastikan anggota kerja
Unit Bisnes dalam landasan yang betul bagi mencapai matlamat/KPI peribadi
mahupun berpasukan pada kualiti dan masa yang diperuntukkan.
Disamping mengadakan ‘retreat’ Unit Bisnes, juga akan
diadakan konsultansi IPO yang akan dilaksanakan oleh para konsultan IPO
terhadap pencapaian BMC Unit Bisnes, Borang 5W + 1H dan Borang Perbualan
Prestasi secara spesifik. Para konsultan IPO akan memberi khidmat nasihat
bagaimana untuk menambahbaik segala usaha-usaha yang berkaitan.
Bagi menimbulkan kesedaran dikalangan anggota kerja
kepentingan usaha mereka ini, para konsultan IPO akan menggunakan satu
‘coaching’ kepada anggota kerja ini berdasarkan kepada borang dibawah;
Action
Hasil daripada ‘retreat’ Unit Bisnes dan sessi konsultansi
IPO, segala tindakan selanjutnya yang dikenalpasti perlu direkodkan ke dalam
‘Sistem People Matter’ dan susulan berterusan oleh pemimpin Unit Bisnes
terhadap apa yang telah direkodkan itu perlu dilaksanakan.
Pelapuran Konsultansi IPO
Selepas satu tahun kewangan atau satu jangkamasa yang
dipersetujui dalam melaksanakan IPO ini, pihak konsultan IPO akan membantu Unit
Bisnes untuk mengeluarkan satu lapuran berdasarkan pendekatan S.C.I.P.A.B. bagi
melapurkan pencapaian Unit Bisnes. Lapuran ini sangat penting bagi merekodkan
segala pelajaran yang dipelajari sepanjang tempoh perlaksanaan IPO tersebut.
Ianya juga boleh digunakan sebagai testimoni Unit Bisnes bagi meningkatkan
reputasi Unit Bisnes tersebut.
Nota: Kaedah pendekatan perlaksanaan IPO di atas
mengambilkira penggunaan Intervensi BMC dan salah satu atau gabungan Intervensi
Better Brighter/ 7 Habits/Let’s Talk, namun seperti yang dinyatakan sebelum
ini, perlaksanaan IPO ini juga boleh dilaksanakan dengan menggunapakai setiap
intervensi ini secara individu atau gabungan modul tertentu sesuai dengan
keperluan Unit Bisnes itu.
Kelebihan Konsultansi IPO
1) Kemampuan mengubah mindset anggota kerja dari sekadar cara
fikir operasi (operational mindset) kepada cara fikir bisnes (business mindset)
dengan menekankan kepada kecemerlangan kompetensi teknikal dan fokus pelanggan.
Ini terutamanya penting bagi menangani kecelaruan mindset anggota kerja unit
bisnes di waktu ini.
2) Kemampuan mencipta
nilai (value creation) produk / perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan
yang diukur berdasarkan ‘business results’ atau KPI yang dikehendaki oleh
pelanggan secara terancang, berterusan dan secara bekerjasama oleh anggota
kerja unit bisnes.
3) Kemampuan membangunkan kompetensi anggota kerja yang
relevan (stay relevant) dengan keperluan masa kini secara terancang dan
berterusan. Ini semestinya mencipta nilai (value creation) dan kemampuan
bersaing di pasaran.
4) Pembangunan anggota kerja secara menyeluruh iaitu yang
menyentuh pembangunan dari segi Intelektual, emosional, spiritual dan fizikal.
5) Pembinaan Empat ‘Thrust’ utama TNB (Building Trust &
Relationships, Building Capacity, Building Performance and Building Growth) secara
terancang dan berterusan dalam unit bisnes bagi membantu TNB mencapai segala
aspirasi yang ditetapkan.
6) Mewujudkan sistem permantauan yang sistematik bagi
memastikan kelangsungan kecemerlangan berterusan dan sentiasa ada
penambahbaikan (Improvise) berdasarkan perubahan-perubahan semasa syarikat.
Konsultansi Intervensi Pembangunan Organisasi (IPO) Bah 4 of 5
DO
Tahap ini dimulakan dengan berkongsi kaedah pembinaan
Business Model Unit Bisnes melalui modul Business Model Canvas. Melalui modul
ini, pemimpin dan anggota kerja Unit Bisnes mampu mengenalpasti dan merangka
tentang Produk/Perkhidmatan, Pelanggan, Nilai Yang Dicadangkan (Value Proposition)
menerusi Produk/Perkhidmatan dan Kaedah pembinaan Nilai Yang Dicadangkan dengan
jelas dan mengetahui kaedah perlaksanaan kesemua perkara dengan cara yang
praktikal dan berterusan.
Bagi memastikan perancangan dan perlaksanaan Business Model
Unit Bisnes ini benar-benar berkesan, beberapa siri konsultansi Business Model
akan dilaksanakan. Kekerapan konsultansi ini bergantung kepada keperluan
sesuatu Unit Bisnes tersebut.
Disedari bahawa bagi melaksana apa yang telah dirancang di
dalam Business Model Unit Bisnes itu, sikap dan kerjasama antara anggota kerja
Unit Bisnes itu sangat penting bagi menjayakan usaha ini. Disedari juga bahawa
satu siri tindakan khusus perlu dilaksanakan.
Usaha mempertingkatkan sikap dan kerjasama anggota kerja ini
terbahagi kepada tiga bahagian utama seperti berikut;
1) Bagi
menangani isu mindset -
Intervensi Better.Brighter
2) Bagi
menangani isu tabiat -
Intervensi 7 Habits of Highly Effective People
3) Bagi
menangani isu komunikasi -
Intervensi Let’s Talk
Pemimpin Unit Bisnes boleh memilih untuk melaksana
sebahagian atau seluruh intervensi yang dinyatakan di atas sesuai dengan
cabaran yang dihadapi oleh anggota kerja Unit Bisnes.
Kesemua matlamat dan inisiatif yang dirancang dalam
melaksana ketiga-tiga intervensi isu sikap dan kerjasama ini adalah berpandukan
kepada matlamat dan inisiatif yang wujud dalam perancangan Business Model Unit
Bisnes. Ini dibuat bagi memastikan penjajaran (alignment) perlaksanaan IPO
secara keseluruhannya.
Sebelum memulakan Intervensi isu sikap dan kerjasama ini,
satu perbincangan dengan pemimpin Unit Bisnes dibuat bagi mengenalpasti
perkara-perkara berikut;
1) Kekuatan
dan Kelemahan tentang Sikap dan Kerjasama.
2) Risiko
atau ancaman akibat Kekuatan dan Kelemahan tentang Sikap & Kerjasama.
3) Matlamat
Unit Bisnes atau Key Performance Indicator (KPI) yang mahu dicapai (Dari BMC)
Berdasarkan kepada maklumat ini, pemimpin Unit Bisnes perlu
memilih untuk melaksana sebahagian atau keseluruhan Intervensi
Better.Brighter/7 Habits/Let’s Talk dengan nasihat daripada konsultan IPO.
Segala maklumat ini dipaparkan di dalam alat SWOT seperti di
bawah bagi memetakan apa yang dibincangkan.
Berdasarkan daripada maklumat ini, satu konsultansi mengenai
perancangan perlaksanaan sebahagian atau keseluruhan Intervensi Better.Brighter/7
Habits/Let’s Talk bagi menangani cabaran isu sikap dan kerjasama.
Dua borang khusus Intervensi Better.Brighter/7 Habits/Let’s
Talk bagi mencapai matlamat individu (Borang Perbualan Prestasi) dan matlamat
berpasukan (Borang 5W + 1 H) digunakan. Ianya ialah seperti berikut;.
![]() |
Borang Perbualan Prestasi: Landasan Perancangan dan
Perlaksanaan Matlamat atau KPI Peribadi
|
![]() |
Borang 5W + 1H: Landasan Perancangan dan Perlaksanaan
Matlamat atau KPI Kumpulan
|
Ketiga-tiga Intervensi Better.Brighter/7 Habits/Let’s Talk
ini menggunakan dua borang yang sama ini agar tidak berlaku kecelaruan semasa
melaksanakan matlamat/KPI individu dan berpasukan bilamana para anggota kerja
telah melalui dua atau tiga intervensi ini.
Dalam sessi konsultansi ini juga, pemimpin Unit Bisnes akan
ditunjukkan bagaimana Intervensi Better.Brighter/7 Habits/Let’s Talk ini
bertepatan dengan kaedah 70 : 20 : 10 (70% sumber difokuskan untuk melaksana
idea dalam seminar terhadap tugas, 20% sumber difokuskan untuk melaksanakan
‘coaching’ terhadap pengamalan ilmu dalam seminar terhadap tugas dan 10% sumber
difokuskan untuk mendapatkan ilmu dalam seminar) dan konsep memimpin FED
(Future + Engage + Deliver).
Persetujuan dan komitmen pemimpin Unit Bisnes tersebut
sangat diperlukan bagi memastikan segala susulan Intervensi Better.Brighter/7
Habits/Let’s Talk ini terlaksana bagi mencapai matlamat Unit Bisnes. Pengalaman
menunjukkan bahawa kegagalan pemimpin Unit Bisnes memberi komitmen terhadap
usaha ini bakal menyaksikan Intervensi Better.Brighter/7 Habits/Let’s Talk ini
menemui kegagalan.
Berikutnya, berbekalkan dari idea-idea Intervensi
Better.Brighter/7 Habits/Let’s Talk yang dihadiri, para anggota kerja diminta
untuk melaksana matlamat atau KPI peribadi dan matlamat atau KPI berpasukan berdasarkan
Borang Perbualan Prestasi dan Borang 5W + 1H di atas.
Semestinya usaha ini perlu sejajar dengan perancangan
Business Model Unit Bisnes yang telah dirangka sebelum ini dan juga ini memang
termasuk dalam kerja hakiki mereka dan bukan satu usaha tambahan kepada kerja
hakiki mereka.
Maklumat dari kedua-dua borang ini pula semestinya
direkodkan ke dalam ‘Sistem People Matter’ iaitu sistem online yang digunapakai
oleh anggota kerja TNB bagi merekod Pembangunan Kompetensi, KPI dan inisiatif
bagi mencapai KPI peribadi mahupun berpasukan.
Pemimpin Unit Bisnes perlu memantau perlaksanaan setiap
matlamat/KPI peribadi dan berpasukan ini secara berkala dengan menggunapakai
idea-idea dalam Intervensi Better.Brighter/7 Habits/Let’s Talk yang telah
dihadiri serta melihat usaha memimpin ini dari kacamata 70:20:10 dan FED.
Perkara yang dinyatakan di atas boleh dirumuskan seperti
rajah di bawah;
(Bersambung pada Bah 5)
Konsultansi Intervensi Pembangunan Organisasi (IPO) Bah 3 of 5
PLAN
Tahap ini dimulakan dengan mengadakan perbincangan bagi
mengenalpasti perkara-perkara berikut;
1) Kekuatan
dan Kelemahan anggota kerja yang dipimpin.
2) Risiko
atau ancaman akibat Kekuatan dan Kelemahan anggota kerja.
3) Matlamat
Unit Bisnes atau Key Performance Indicator (KPI) yang mahu dicapai
4) Perancangan
Strategik yang telah dirangka bagi mencapai matlamat Unit Bisnes.
Segala maklumat ini dipaparkan di dalam alat SWOT seperti di
bawah bagi memetakan apa yang dibincangkan.
Berdasarkan daripada maklumat ini, satu konsultansi mengenai
perancangan IPO akan diberikan kepada pemimpin Unit Bisnes tersebut untuk
memperkukuhkan lagi pendekatan bagi mengembeling sumber manusia yang ada bagi
mencapai matlamat Unit Bisnes tersebut berdasarkan kepada empat modul yang terkandung
di dalam IPO itu sendiri.
Dalam sessi perbincangan ini juga, pemimpin Unit
Bisnes akan ditunjukkan bagaimana IPO ini bertepatan dengan kaedah 70 : 20 : 10
(70% sumber difokuskan untuk melaksana idea dalam seminar terhadap tugas, 20%
sumber difokuskan untuk melaksanakan ‘coaching’ terhadap pengamalan ilmu dalam
seminar terhadap tugas dan 10% sumber difokuskan untuk mendapatkan ilmu dalam
seminar) dan konsep memimpin FED (Future + Engage + Deliver).
Persetujuan dan komitmen pemimpin Unit Bisnes tersebut
sangat diperlukan bagi memastikan segala intervensi dan susulan Konsultansi IPO
ini terlaksana bagi mencapai matlamat Unit Bisnes. Pengalaman menunjukkan
bahawa kegagalan pemimpin Unit Bisnes memberi komitmen terhadap usaha ini bakal
menyaksikan usaha Konsultansi IPO ini menemui kegagalan.
(Bersambung pada Bah 4)
(Bersambung pada Bah 4)
Konsultansi Intervensi Pembangunan Organisasi (IPO) Bah 2 of 5
Penerangan Konsep Konsultansi IPO
Sebagai permulaan, satu alat pengurusan bernama Business
Model Canvas (BMC) digunakan bagi mengenalpasti produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan, pelanggan yang memerlukan produk atau perkhidmatan tersebut, nilai
yang dimahukan oleh pelanggan menerusi produk atau perkhidmatan tersebut dan
kaedah untuk mengembeling segala sumber yang ada bagi membina dan menyampaikan
nilai tersebut menerusi produk/perkhidmatan kepada pelanggan mereka.
(0) - Produk atau
Perkhidmatan yang ditawarkan.
(1) - Pelanggan yang memerlukan Produk atau
Perkhidmatan tersebut.
(2) - Nilai yang dimahukan oleh Pelanggan menerusi
Produk atau Perkhidmatan tersebut.
(3 – 9) - Kaedah
untuk mengembeling segala sumber yang ada bagi membina dan menyampaikan nilai tersebut kepada pelanggan mereka.
Namun, apabila melaksana apa yang terkandung dalam BMC,
selalu timbul masalah sikap dan kerjasama antara anggota kerja. Bagi membantu
menangani isu sikap dan kerjasama dalam melaksanakan Business Model Canvas Unit
Bisnes, disyor untuk melaksanakan tiga intervensi khusus berikut;
Bagaimana melaksanakan konsep Konsultansi IPO ini di dalam
sesuatu Unit Bisnes itu?
Perlaksanaan konsep Konsultansi IPO ini dibuat dengan
menggunakan pendekatan PLAN – DO – CHECK – ACTION (PDCA). Berikut diterangkan
secara terperinci perlaksanaan Konsultansi IPO dengan menggunapakai pendekatan
PDCA.
Perlaksanaan Konsultansi IPO menerusi pendekatan PDCA
Dalam melaksana IPO ini, ianya berpandukan kepada idea-idea
yang terkandung di dalam empat modul asas seperti di bawah.
Nota: Konsultansi IPO ini akan dibuat mengikut keperluan
sesuatu Unit Bisnes tersebut. Namun sebagai satu syor awal, disarankan sesuatu
Unit Bisnes itu melaksanakan IPO seperti yang dinyatakan di bawah ini. Syor ini
adalah hasil daripada pemerhatian dan pengalaman perlaksanaan IPO sebelum ini.
Rangkakerja syor perlaksanaan Konsultansi IPO ini ialah
seperti rajah di bawah. Berikut akan di terangkan dengan terperinci bagaimana
konsultansi IPO ini dilaksanakan berdasarkan rangkakerja ini
(Bersambung pada Bah 3)
Konsultansi Intervensi Pembangunan Organisasi (IPO) Bah 1 of 5
Situasi
Banyak Unit Bisnes baru ditubuhkan dengan dianggotai oleh
anggota kerja yang datang dari pelbagai tempat berlainan hasil
daripada penstrukturan organisasi di bawah inisiatif Value Unlocking Program
(VUP).
Semestinya Unit Bisnes baru ini telah diamanah untuk
mencapai matlamat yang ditentukan bagi mencapai hasrat yang terkandung di dalam
Reimagining TNB. Mereka juga perlu mencapai matlamat tersebut dengan kadar
segera bagi memastikan Unit Bisnes itu kekal relevan dalam keadaan pasaran yang
sentiasa berubah.
Kerumitan
Namun, satu kerumitan yang sangat jelas ialah keupayaan
anggota kerja dalam Unit Bisnes baru itu untuk sama-sama mengembeling
tenaga mereka agar mampu bekerjasama bagi mencapai matlamat Unit Bisnes mereka dengan
kadar segera.
Kerumitan ini makin kritikal memandangkan latarbelakang
mereka yang berbeza serta tiada pengalaman bertugas dalam suasana bisnes.
Impak
Sekiranya kerumitan ini tidak ditangani, ianya akan
menyebabkan Unit Bisnes itu gagal mencapai matlamat yang
telah ditetapkan.
Bayangkan jika ini berlaku pada sebahagian besar Unit-Unit
Bisnes baru, ianya semestinya akan mengekang pencapaian matlamat yang
terkandung dalam strategi TNB seperti Reimagining TNB.
Syor
Bagi menangani cabaran ini, secara asasnya, Unit Bisnes ini
perlu mengenalpasti terlebih dahulu perkara-perkara berikut;
- Produk
atau Perkhidmatan yang ditawarkan.
- Pelanggan yang memerlukan Produk atau Perkhidmatan tersebut.
- Nilai yang dimahukan oleh Pelanggan menerusi Produk atau Perkhidmatan tersebut.
- Kaedah untuk mengembeling segala sumber yang ada bagi membina dan menyampaikan Nilai tersebut kepada pelanggan mereka.
- Pelanggan yang memerlukan Produk atau Perkhidmatan tersebut.
- Nilai yang dimahukan oleh Pelanggan menerusi Produk atau Perkhidmatan tersebut.
- Kaedah untuk mengembeling segala sumber yang ada bagi membina dan menyampaikan Nilai tersebut kepada pelanggan mereka.
Sekadar merancang empat perkara di atas tidak menjanjikan
hasil tercapai kerana usaha juga perlu dibuat bagi menangani isu sikap dan
kerjasama anggota kerja Unit Bisnes berkenaan agar rela untuk melaksana apa
yang telah dirancangkan.
Konsultansi IPO mampu membantu merancang dan melaksana
perkara ini. Berikut diterangkan mengenai Konsultansi IPO.
(Bersambung pada Bah 2)
(Bersambung pada Bah 2)
Subscribe to:
Posts (Atom)