Situasi
Banyak Unit Bisnes baru ditubuhkan dengan dianggotai oleh
anggota kerja yang datang dari pelbagai tempat berlainan hasil
daripada penstrukturan organisasi di bawah inisiatif Value Unlocking Program
(VUP).
Semestinya Unit Bisnes baru ini telah diamanah untuk
mencapai matlamat yang ditentukan bagi mencapai hasrat yang terkandung di dalam
Reimagining TNB. Mereka juga perlu mencapai matlamat tersebut dengan kadar
segera bagi memastikan Unit Bisnes itu kekal relevan dalam keadaan pasaran yang
sentiasa berubah.
Kerumitan
Namun, satu kerumitan yang sangat jelas ialah keupayaan
anggota kerja dalam Unit Bisnes baru itu untuk sama-sama mengembeling
tenaga mereka agar mampu bekerjasama bagi mencapai matlamat Unit Bisnes mereka dengan
kadar segera.
Kerumitan ini makin kritikal memandangkan latarbelakang
mereka yang berbeza serta tiada pengalaman bertugas dalam suasana bisnes.
Impak
Sekiranya kerumitan ini tidak ditangani, ianya akan
menyebabkan Unit Bisnes itu gagal mencapai matlamat yang
telah ditetapkan.
Bayangkan jika ini berlaku pada sebahagian besar Unit-Unit
Bisnes baru, ianya semestinya akan mengekang pencapaian matlamat yang
terkandung dalam strategi TNB seperti Reimagining TNB.
Syor
Bagi menangani cabaran ini, secara asasnya, Unit Bisnes ini
perlu mengenalpasti terlebih dahulu perkara-perkara berikut;
- Produk
atau Perkhidmatan yang ditawarkan.
- Pelanggan
yang memerlukan Produk atau Perkhidmatan tersebut.
- Nilai
yang dimahukan oleh Pelanggan menerusi Produk atau Perkhidmatan tersebut.
- Kaedah
untuk mengembeling segala sumber yang ada bagi membina dan menyampaikan Nilai
tersebut kepada pelanggan mereka.
Sekadar merancang empat perkara di atas tidak menjanjikan
hasil tercapai kerana usaha juga perlu dibuat bagi menangani isu sikap dan
kerjasama anggota kerja Unit Bisnes berkenaan agar rela untuk melaksana apa
yang telah dirancangkan.
Konsultansi IPO mampu membantu merancang dan melaksana
perkara ini. Berikut diterangkan mengenai Konsultansi IPO.
(Bersambung pada Bah 2)
No comments:
Post a Comment