.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, September 17, 2017

Konsultansi Intervensi Pembangunan Organisasi (IPO) Bah 5 of 5


Check

Bagi menyemak (check) pencapaian dan mengenalpasti jurang (gap) antara perancangan (plan) dan perlaksanaan (do), disyorkan unit bisnes menganjurkan sessi ‘retreat’ unit bisnes bagi membincangkan perkara ini. Sessi ‘retreat’ ini akan membincang kemajuan BMC, Borang 5W + 1H dan Borang Perbualan Prestasi secara spesifik.

Dalam ‘retreat’ ini juga, pemimpin Unit Bisnes perlu memutuskan apakah tindakan selanjutnya (action) bagi memastikan anggota kerja Unit Bisnes dalam landasan yang betul bagi mencapai matlamat/KPI peribadi mahupun berpasukan pada kualiti dan masa yang diperuntukkan.

Disamping mengadakan ‘retreat’ Unit Bisnes, juga akan diadakan konsultansi IPO yang akan dilaksanakan oleh para konsultan IPO terhadap pencapaian BMC Unit Bisnes, Borang 5W + 1H dan Borang Perbualan Prestasi secara spesifik. Para konsultan IPO akan memberi khidmat nasihat bagaimana untuk menambahbaik segala usaha-usaha yang berkaitan.

Bagi menimbulkan kesedaran dikalangan anggota kerja kepentingan usaha mereka ini, para konsultan IPO akan menggunakan satu ‘coaching’ kepada anggota kerja ini berdasarkan kepada borang dibawah;





Action

Hasil daripada ‘retreat’ Unit Bisnes dan sessi konsultansi IPO, segala tindakan selanjutnya yang dikenalpasti perlu direkodkan ke dalam ‘Sistem People Matter’ dan susulan berterusan oleh pemimpin Unit Bisnes terhadap apa yang telah direkodkan itu perlu dilaksanakan.


Pelapuran Konsultansi IPO

Selepas satu tahun kewangan atau satu jangkamasa yang dipersetujui dalam melaksanakan IPO ini, pihak konsultan IPO akan membantu Unit Bisnes untuk mengeluarkan satu lapuran berdasarkan pendekatan S.C.I.P.A.B. bagi melapurkan pencapaian Unit Bisnes. Lapuran ini sangat penting bagi merekodkan segala pelajaran yang dipelajari sepanjang tempoh perlaksanaan IPO tersebut. Ianya juga boleh digunakan sebagai testimoni Unit Bisnes bagi meningkatkan reputasi Unit Bisnes tersebut.

Nota: Kaedah pendekatan perlaksanaan IPO di atas mengambilkira penggunaan Intervensi BMC dan salah satu atau gabungan Intervensi Better Brighter/ 7 Habits/Let’s Talk, namun seperti yang dinyatakan sebelum ini, perlaksanaan IPO ini juga boleh dilaksanakan dengan menggunapakai setiap intervensi ini secara individu atau gabungan modul tertentu sesuai dengan keperluan Unit Bisnes itu.
    

Kelebihan Konsultansi IPO

1) Kemampuan mengubah mindset anggota kerja dari sekadar cara fikir operasi (operational mindset) kepada cara fikir bisnes (business mindset) dengan menekankan kepada kecemerlangan kompetensi teknikal dan fokus pelanggan. Ini terutamanya penting bagi menangani kecelaruan mindset anggota kerja unit bisnes di waktu ini.

 2) Kemampuan mencipta nilai (value creation) produk / perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan yang diukur berdasarkan ‘business results’ atau KPI yang dikehendaki oleh pelanggan secara terancang, berterusan dan secara bekerjasama oleh anggota kerja unit bisnes.

3) Kemampuan membangunkan kompetensi anggota kerja yang relevan (stay relevant) dengan keperluan masa kini secara terancang dan berterusan. Ini semestinya mencipta nilai (value creation) dan kemampuan bersaing di pasaran.

4) Pembangunan anggota kerja secara menyeluruh iaitu yang menyentuh pembangunan dari segi Intelektual, emosional, spiritual dan fizikal.

5) Pembinaan Empat ‘Thrust’ utama TNB (Building Trust & Relationships, Building Capacity, Building Performance and Building Growth) secara terancang dan berterusan dalam unit bisnes bagi membantu TNB mencapai segala aspirasi yang ditetapkan.

6) Mewujudkan sistem permantauan yang sistematik bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan berterusan dan sentiasa ada penambahbaikan (Improvise) berdasarkan perubahan-perubahan semasa syarikat.

No comments:

Post a Comment