.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, December 21, 2017

Mancave Aku


Jika ada sesuatu yang sangat menggembirakan aku pada tahun 2017 ini ialah sudahnya aku dapat juga menwujudkan sebuah mancave khas untuk aku menempatkan buku-buku aku yang selama hari ini berselerak di merata tempat.

Sudah lama aku menginginkan mancave ini. Jika aku masih ingat. semenjak aku dalam umur 30an lagi telah aku memasang angan-angannya. Over the years, angan-angan ini ada ketikanya kuat dan kadangkala surut keadaannya. Tetpai yang pasti, angan-angan ini sentiasa berada dalam pemikiran aku. Itu sebab aku sangat happy bila aku dapat wujudkan mancave ini.

Bila diperhatikan apa yang aku lalui ini, apa yang aku pelajari? 

Itulah sifatnya kita dengan matlamat. Matlamat itu walau bagaimana sukar dilihat sebelum kita mendapatkannya tetapi kita jika terus tidak berhenti-henti memasang niat dan berusaha ke arahnya, Insyaallah, Allah akan tunaikan.

Akhir kata, pengalaman mendapatkan mancave ini memberi aku satu konfiden untuk aku di masa depan terutamanya bagi mencapai hajat-hajat aku yang berikutnya. Jika dulu boleh, tak kan masadepan tak boleh?
























Hajat dalam Tugas Tahun 2018


Tahun 2017 bakal berlabuh. Berbagai perkara dan pengalaman telah dialami. Apa conclusion yang aku boleh buat? Masa itu kian suntuk. Perlu sentiasa perbaharui niat sepanjang masa untuk beri yang terbaik bagi perkara yang dihadapi itu dan aku lakukan itu semua kerana Tuhan sebagai tanda syukur aku akan nikmat yang telah, sedang dan akan aku terima dariNya. Nampak mudah tetapi perkara ini sangat deep.

Aku juga belajar bahawa bagi apa yang aku laksanakan itu perlu ada unsur-unsur spesifiknya dan bila spesifik, mudah untuk aku pantau dan mesti aku pantau. Jika aku gagal laksanakan ini perkara, usah marah atau kesal jika ianya tidak terlaksana seperti yang dihajati. Apapun, setiap ini perlu sentiasa diiringi dengan doa. Tidak bergerak satu zarah tanpa izinNya.

Satu lagi perkara yang memberi kesan kepada aku ialah apa yang terkandung dalam konsep-konsep utama PPB3K itu. Semacam aku melihat konsep-konsep ini dari satu cara pandang baru dan sudahnya aku punya perasaan yang sangat berbeza ke atas konsep-konsep ini berbanding sebelum ini. Persoalan tentang PPB3K ini ialah ...

Mampu aku menguasai diri aku?
Mampu aku bekerjasama dengan orang lain?
Mampu aku memimpin orang lain?

Akhir sekali, apa yang benar-benar merencatkan aku dalam tahun 2017 ini ialah satu persoalan samada aku punya keberanian untuk laksana apa yang aku hadapi. Tak guna punya plan yang hebat-hebat tetapi tidak punya keberanian. 

Sudahya inilah satu persoalan yang aku lontarkan kepada diri aku tentang perancangan yang aku buat untuk tahun 2018 ... 




ADA BERANI?

Terrarium


Suddenly aku tertarik betul dengan terrarium ini. Terasa semacam aku tenggelam dalam dunia yang sangat aman dan mendamaikan. Satu lagi yang aku suka sangat pasal terrarium ini ialah sangat mudah untuk maintainnya. 

Video berikut menceritakan serba sedikit bagaimana untuk membina terrarium. Jelas pada aku, bagi membina sesesuatu terrarium itu pun merupakan satu pengalaman yang mendamaikan. 


Moga-moga anda juga akan mendapat faedah daripada terrarium ini.

Quotes Dec 2017










Sunday, December 3, 2017

A.I.


Ramai yang bercakap tentang gangguan A.I. atau Artificial Intelligent kepada mnusia. Tahukah kita apa benda A.I. itu. Moga penerangan ringkas dalam video di bawah ini membuka mata kita kepada apa dia itu A.I. itu dan memberi dorongan untuk menyediakan diri dengan sewajarnya bagi menangani kesan A.I. kepada kehidupan.


Putus Asa


Pertama kali aku renungi video di bawah ini, aku rasa cutenya dia sebab tak reti nak putus asa. Lama-lama aku renungi video ini, nampak jelas kepada aku bahawa kenapa perlu putus asa jika kita lakukan sebarang perkara itu kerana Tuhan sebab tiada yang sia-sia apa yang Tuhan beri kepada kita baik perkara itu positif mahupun negatif di mata kita. Moga kita dapat sesuatu dari cerita makhluk dalam video ini ...


Maksud Hidup


Aku tertarik dengan kata-kata dalam video ini. Maksudnya bagus tetapi adakah beliau kenal Tuhan dan adakah beliau buat perkara baik itu kerana Tuhan? Aku tidak tahu. Apapun, rugi sangat jika beliau tidak kenal Tuhan dan tidak lakukan perkara baik kerana Tuhan. Kenapa. Kalau tengok dari segi logik sekali pun, dunia ini sementara. Ada mula dan akhirnya. Semestinya ada kuasa yang memguasai ini semua. Moga kita semua mendapat rahmat dan berkatNya. Aamiin.


Coding is Important


Sejak dua menjak ini, aku perhatikan sana sini orang bercakap tentang coding. Kata mereka, kalau tak reti nak berbicara dengan computer, susah nak survive di masa depan. Tambah pula banyak kerja akan di disrupt oleh A.I. Silap hari bulan tak ada kerja. Nampak gaya, perlu sangat aku lengkapi diri aku dengan skill coding ini. Video di bawah adalah antara sumber aku sebelum ini yang mendedahkan aku kepada hal pentingnya coding ini ...


Seribu Alasan


Apa alasan kita dalam hidup ini? Positif atau negatifkah alasan kita itu? Satu renungan ... 


Be Positive Be Happy


Untuk kekal positif dalam hidup ini menuntut satu cara mindset yang sentiasa positif. Ramai yang mengentahui hakikat ini. Soalnya bagaimana untuk punya mindset yang kekal positif? Cara terbaik ialah dengan mempunyai kepercayaan (beliefs) bahawa kita ini bertuhan. Pada Tuhan sahaja kita menghambakan diri dan kepada Dia sahaja kita meminta pertolongan ...