.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, December 21, 2017

Hajat dalam Tugas Tahun 2018


Tahun 2017 bakal berlabuh. Berbagai perkara dan pengalaman telah dialami. Apa conclusion yang aku boleh buat? Masa itu kian suntuk. Perlu sentiasa perbaharui niat sepanjang masa untuk beri yang terbaik bagi perkara yang dihadapi itu dan aku lakukan itu semua kerana Tuhan sebagai tanda syukur aku akan nikmat yang telah, sedang dan akan aku terima dariNya. Nampak mudah tetapi perkara ini sangat deep.

Aku juga belajar bahawa bagi apa yang aku laksanakan itu perlu ada unsur-unsur spesifiknya dan bila spesifik, mudah untuk aku pantau dan mesti aku pantau. Jika aku gagal laksanakan ini perkara, usah marah atau kesal jika ianya tidak terlaksana seperti yang dihajati. Apapun, setiap ini perlu sentiasa diiringi dengan doa. Tidak bergerak satu zarah tanpa izinNya.

Satu lagi perkara yang memberi kesan kepada aku ialah apa yang terkandung dalam konsep-konsep utama PPB3K itu. Semacam aku melihat konsep-konsep ini dari satu cara pandang baru dan sudahnya aku punya perasaan yang sangat berbeza ke atas konsep-konsep ini berbanding sebelum ini. Persoalan tentang PPB3K ini ialah ...

Mampu aku menguasai diri aku?
Mampu aku bekerjasama dengan orang lain?
Mampu aku memimpin orang lain?

Akhir sekali, apa yang benar-benar merencatkan aku dalam tahun 2017 ini ialah satu persoalan samada aku punya keberanian untuk laksana apa yang aku hadapi. Tak guna punya plan yang hebat-hebat tetapi tidak punya keberanian. 

Sudahya inilah satu persoalan yang aku lontarkan kepada diri aku tentang perancangan yang aku buat untuk tahun 2018 ... 




ADA BERANI?

No comments:

Post a Comment