Monday, January 1, 2018
Muhasaabah Tahun 2017
Aku cuba muhassabah tentang kerja yang aku lakukan di
sepanjang tahun lepas.
Satu soalan yang cuba aku cari jawapannya ialah adakah apa
yang aku lakukan itu memberi nilai yang diperlukan oleh organisasi tempat aku
mencari makan ini daripada aku?
Aku lihat kerja aku ini cuba bantu sesuatu unit bisnes itu
(customer aku) mencapai apa yg dihajati berdasarkan sumber yg mereka ada. Telah
sekian lama aku mengumpul dan mengolah satu pelan tindak yg mesti 'mesra' dgn
halatuju kemana organisasi ini mahu pergi. Itulah yg aku nampak dalam IPO
(Intervensi Pembangunan Organisasi). Dlm kata lain, IPO inilah nama
perkhidmatan/produk aku.
Aku lihat nilai yang ditawarkan oleh IPO kpd customer aku
(unit bisnes) ialah untuk memudahkan customer aku melalui perubahan yg sedang
melanda bg mencapai matlamat yg dihajati pd kadar kos, masa dan kualiti yg
ditetapkan.
Sudahnya adakah aku mampu beri nilai yg dimahukan oleh
organisasi tempat aku cari makan ini daripada aku?
Aku yakin ya! Buktinya? Aku nampak dari maklumbalas yg
diterima, rata2 customer aku puashati dgn konsultansi yg diterima menerusi IPO
ini. Hanyanya jika mahu IPO ini beri kesan yg disasarkan, kedua2 belah pihak
mesti sama2 'bertepuk tangan'. Unit bisnes (customer aku) dan aku sendiri mesti
komited utk buat susulan terhadap perancangan yg telah digariskan. Tak mampu
aku laksananya bersendirian kerana semestinya itu berada di luar kuasa aku.
Of course IPO ini sentiasa akan ditambahbaik bg mencapai
maksud nilai yg ingin ditawarkan. Semestinya aku tidak boleh syok sendiri.
Cabaran sememangnya banyak. Aku berpandangan cabaran itu
sebagai peluang tambahbaik IPO ini sendiri. Aku rasa selagi aku berpegang kpd
pandangan ini, aku akan ok dan InsyaAllah aku tak mudah give up.
Apapun InsyaAllah aku memang komited utk beri yang terbaik
disepanjang pengembaraan aku bersama IPO ini. Itulah niat yg akan aku pelihara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment