.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, February 28, 2018

Time












Tick tock ... tick tock ...
Life is counting down on your internal clock.

Memories that feel as if they occurred yesterday
turn to flashes of moments that seem to fade away.

People you once knew
walk by without a clue.

The times you once shared
exist as if you were never there.

Years fly ... friends die ...
and you never know when you'll say your last goodbye.

Oh, how I wish I could turn back time,
spend it with loved ones and cherish what once was mine.

Or to go back even more,
being a kid in a candy store.
  
But back to reality ... back to today,
family is scarce and memories continue to fade away.

Tick tock ... tick tock ...
How I wish I could control this clock.

See It Through
















When you’re up against a trouble,
Meet it squarely, face to face;
Lift your chin and set your shoulders,
Plant your feet and take a brace.
When it’s vain to try to dodge it,
Do the best that you can do;
You may fail, but you may conquer,
See it through!

Black may be the clouds about you
And your future may seem grim,
But don’t let your nerve desert you;
Keep yourself in fighting trim.
If the worst is bound to happen,
Spite of all that you can do,
Running from it will not save you,
See it through!

Even hope may seem but futile,
When with troubles you’re beset,
But remember you are facing
Just what other men have met.
You may fail, but fall still fighting;
Don’t give up, whatever you do;
Eyes front, head high to the finish.
See it through!

Renungan Akhir Feb 2018










Sunday, February 11, 2018

Intervensi Pembangunan Organisasi (IPO) - Versi 2018


Kehendak pelanggan yang selalu berubah dan kian mendesak menyebabkan sebarang organisasi perlu menyesuaikan organisasi mereka dengan keadaan ini dengan kadar segera agar organisasi tersebut kekal relevan di mata pelanggan mereka.

Namun, satu kerumitan yang sangat jelas ialah keupayaan anggota kerja dalam organisasi itu untuk mengembeling tenaga mereka agar mampu menangani suasana ini dengan penuh efektif dan dengan kadar segera.

Sekiranya kerumitan ini tidak ditangani, ianya akan menyebabkan organisasi tersebut gagal memenuhi kehendak pelanggannya lalu menyebabkan mereka tidak relevan lagi di mata pelanggannya.

Salah satu sebab utama yang menimbulkan kerumitan ini ialah keadaan Mindset anggota kerja itu terhadap tugas.

Perlu diusahakan agar menganjakkan mindset anggota kerja daripada semata-mata Mindset Makan Gaji kepada Mindset Intrapreneur bagi mengeluarkan Hasil seperti tertera dalam rajah di dibawah.


Dengan terbinanya Hasil di atas dalam persekitaran tugas, ianya bakal memudahkan mengatasi kerumitan yang dimaksudkan sebelum ini dan membuatkan organisasi terus kekal relevan di mata pelanggan.

Bagaimana melaksana Anjakan Mindset?

Kita bermula dengan mengenalpasti tumpuan Mindset Makan Gaji dan Mindset Intrapreneur dalam melaksanakan tugas. Perbezaannya ialah seperti dalam rajah di bawah;


Bagi menerap Mindset Intrapreneur satu alat yang diberi nama Business Model Canvas (BMC) sangat sesuai digunakan. Rujuk rajah di bawah;


Penerangan mengenai Business Model Canvas (BMC) diterangkan dalam Intervensi Budaya Juara 1. Kandungan intervensi ini ialah seperti di bawah;


Selepas sesuatu organisasi itu berjaya merancang BMC, ini merupakan langkah pertama dalam membina Mindset Intrapreneur Anggota Kerja. Pembudayaan BMC terjadi bilamana pemimpin serta anggota kerja sesebuah organisasi mula melaksanakan BMC secara berterusan lalu terbinalah Mindset Intrapreneur Anggota Kerja.

Namun, apabila mula melaksana BMC, selalu timbul masalah Mindset Diri dan Mindset Pasukan di kalangan anggota kerja Organisasi.

Bagi membantu menangani isu Mindset Diri dan Mindset Pasukan dalam melaksana Perancangan Strategik Organisasi (BMC) di atas, disyor untuk melaksanakan Intervensi Budaya Juara 2 dan Budaya Juara 3. Kandungan setiap intervensi ialah seperti di bawah;



Ringkasnya, ketiga-tiga intervensi ini bakal membantu menwujudkan ‘Budaya Juara’ dalam organisasi yang sangat diperlukan bagi memastikan organisasi sentiasa mampu memenuhi keperluan pelanggan. Gambaran kepada kenyataan ini dirumuskan seperti rajah di bawah;


Bagi melaksana  kesemua intervensi ini secara bersepadu, disyorkan untuk melaksanakan kesemua intervensi ini berdasarkan kepada pendekatan P-D-C-A berikut;


Apakah faedah yang bakal diperolehi bilamana IPO ini dilaksanakan dalam organisasi? Antara faedah utamanya ialah seperti rajah di bawah;



IPO, Pelaburan Untuk Diri Anda dari Diri Anda yang amat berbaloi!

Saat Hati Diduga


Sebenarya aku tak tahu bagaimana harus bermula dengan tulisan ini. Tetapi aku dapat rasakan, saat aku bertemu dengan rentaknya, memang susah untuk berhenti menulis.

Lately ini, entah kenapa semacam aku hilang arah, hilang semangat dan hilang kuderat dalam mengejar apa yang aku hajatkan. Aku tak tahu kenapa. Aku rasa semua apa yang berlaku di sekeliling aku tidak menyetujui apa yang aku utarakan. Lagi menyakitkan bila aku lihat kebanyakannya memandang sepi segala apa yang aku syorkan. Di mana silapnya?

Sebenarnya aku jelas sangat dimana silapnya hanyanya aku cuba mengelak dari hal itu. Itulah, halnya semua ada kaitan dengan keadaan hati aku. Hati aku sedang berkecamuk. Angkara aku alpa memeliharanya. Maka senang sangat syaitan melalaikannya. Bagaimana aku tahu hati aku sedang berkecamuk?

Senang saja, Antara petandanya ialah niat aku tidak jelas, Niat aku tidak istiqamah, Payah sangat mengerjakan perintahNya dan senang sangat melanggar perintahNya. Aku jadi buntu. Aku jadi serabut. Aku jadi marah!

Aku memang tidak boleh biarkan diri aku lama dalam keadaan begini. Tambah pula aku lihat dunia disekeliling aku berubah dengan sangat pantas. Terkedu sungguh aku dibuatnya. Sudahnya aku risau macam-macam. Aku terasa progress aku terhenti. Pembetulan. Aku mula bergerak ke belakang. Sakit!

Tambah pula aku lihat manusia yang se zaman dengan aku seorang demi seorang meninggalkan dunia ini. Kadang-kadang aku terfikir apa yang dibuat oleh mereka sekarang di dunia sebelah sana. Aman ke mereka? Huru hara ke mereka? Jelas dalam satu jangkamasa yang Tuhan sahaja tahu, aku bakal menyusuri mereka. Memang terkedu yang amat sangat aku rasakan.

Tuhan memang selalu memberi aku isyarat bahawa masa aku di dunia ini kian hampir kepada penghujungnya. Apa isyaratnya? Tidak macam dulu. Sekarang aku terasa badan aku sentiasa ada saja yang tidak kena di sana sini. Tuhan selalu kejutkan aku di tengah-tengah malam dan yang paling ketara ialah selalu ada suara-suara yang mengingatkan aku bahawa masa aku atas dunia ini sementara dan jangkamasa itu kian lama kian pendek. Perggghhhhh!

Yang jelas, mengapa aku masih bertangguh melaksanakan apa yang patut agar selamat aku di dunia sebelah sana? Terus terang aku terasa ada rantai besar yang menghalang aku. Dulu-dulu aku terdengar ini semua terjadi kerana angkara dosa-dosa yang aku lakukan sebelum ini.

Bila dikenang akan segala keterlanjuran di masa lepas, memang takut aku dibuatnya. Kalau Tuhan menilai aku berdasarkan kepada keterlanjuran aku sebelum ini, memang sah aku dalam bahaya besar.

Aku harap Tuhan ampuni aku berdasarkan sifat Maha RahmatNya dan sifat Maka PengasihNya. Maka untuk itu jelas sangat aku tidak boleh layan kacau bilau dalam diri aku ini. Aku mesti kelaurkan diri aku segera dari keadaan ini dan moga Tuhan pandang usaha aku ini sebagai asbab untuk Tuhan beri rahmatNya dan kasihNya kepada aku.


Gambar bumi di atas selalu ganggu aku. Aku mesti bangun! Aku mesti tetapkan arah! Aku mesti semangat! Aku mesti kuat! Dalam baki-baki masa yang masih aku ada. Allah, bantu aku! bimbing aku! mudahkan urusan aku! Pulihkan hati aku ini! Ambil aku kembali dalam keadaan iman aku tahap tinggi! Aamiin!

Escape to the Chateau


Melihat kehidupan yang dilalui oleh pasangan ini, saya merumuskan bahawa terpulang kepada kita samada kita memilih untuk hidup sebagai satu syurga atau neraka. Mungkin ramai yang menyatakan mudah bercakap dari realitinya. Tetapi ingin saya tegaskan bahawa bukankah semuanya bermula dengan satu niat ....?



Satu Perjalanan Unik


Dalam kita menerokai alam ini, sudahnya kita akan bertemu dengan diri kita sendiri. Mungkin video dibawah ini boleh dijadikan sebagai gambarannya. Apapun, mari sama-sama kita hayati video ini dan tanyakan pada diri apa makna ini semua kepada diri sendiri ...


Kata-Kata Untuk Renungan