Sunday, February 11, 2018
Intervensi Pembangunan Organisasi (IPO) - Versi 2018
Kehendak pelanggan yang selalu berubah dan kian mendesak
menyebabkan sebarang organisasi perlu menyesuaikan organisasi mereka dengan
keadaan ini dengan kadar segera agar organisasi tersebut kekal relevan di mata
pelanggan mereka.
Namun, satu kerumitan yang sangat jelas ialah keupayaan
anggota kerja dalam organisasi itu untuk mengembeling tenaga
mereka agar mampu menangani suasana ini dengan penuh efektif dan dengan kadar
segera.
Sekiranya kerumitan ini tidak ditangani, ianya akan
menyebabkan organisasi tersebut gagal memenuhi kehendak
pelanggannya lalu menyebabkan mereka tidak relevan lagi di mata pelanggannya.
Salah satu sebab utama yang menimbulkan kerumitan ini ialah
keadaan Mindset anggota kerja itu terhadap tugas.
Perlu diusahakan agar menganjakkan mindset anggota kerja
daripada semata-mata Mindset Makan Gaji kepada Mindset Intrapreneur bagi
mengeluarkan Hasil seperti tertera dalam rajah di dibawah.
Dengan terbinanya Hasil di atas dalam persekitaran tugas,
ianya bakal memudahkan mengatasi kerumitan yang dimaksudkan sebelum ini dan
membuatkan organisasi terus kekal relevan di mata pelanggan.
Bagaimana melaksana Anjakan Mindset?
Kita bermula dengan mengenalpasti tumpuan Mindset Makan Gaji
dan Mindset Intrapreneur dalam melaksanakan tugas. Perbezaannya ialah seperti
dalam rajah di bawah;
Bagi menerap Mindset Intrapreneur satu alat yang diberi nama
Business Model Canvas (BMC) sangat sesuai digunakan. Rujuk rajah di bawah;
Penerangan mengenai Business Model Canvas (BMC) diterangkan
dalam Intervensi Budaya Juara 1. Kandungan intervensi ini ialah seperti di
bawah;
Selepas sesuatu organisasi itu berjaya merancang BMC, ini
merupakan langkah pertama dalam membina Mindset Intrapreneur Anggota Kerja. Pembudayaan
BMC terjadi bilamana pemimpin serta anggota kerja sesebuah organisasi mula melaksanakan BMC
secara berterusan lalu terbinalah Mindset Intrapreneur Anggota Kerja.
Namun, apabila mula melaksana BMC, selalu timbul masalah
Mindset Diri dan Mindset Pasukan di kalangan anggota kerja Organisasi.
Bagi membantu menangani isu Mindset Diri dan Mindset Pasukan
dalam melaksana Perancangan Strategik Organisasi (BMC) di atas, disyor untuk
melaksanakan Intervensi Budaya Juara 2 dan Budaya Juara 3. Kandungan setiap
intervensi ialah seperti di bawah;
Ringkasnya, ketiga-tiga intervensi ini bakal membantu
menwujudkan ‘Budaya Juara’ dalam organisasi yang sangat diperlukan bagi
memastikan organisasi sentiasa mampu memenuhi keperluan pelanggan. Gambaran
kepada kenyataan ini dirumuskan seperti rajah di bawah;
Bagi melaksana
kesemua intervensi ini secara bersepadu, disyorkan untuk
melaksanakan kesemua intervensi
ini berdasarkan kepada pendekatan P-D-C-A berikut;
Apakah faedah yang bakal diperolehi bilamana IPO ini
dilaksanakan dalam organisasi? Antara faedah utamanya ialah seperti rajah di
bawah;
IPO, Pelaburan Untuk Diri Anda dari Diri Anda yang amat berbaloi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment