.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, February 11, 2018

Saat Hati Diduga


Sebenarya aku tak tahu bagaimana harus bermula dengan tulisan ini. Tetapi aku dapat rasakan, saat aku bertemu dengan rentaknya, memang susah untuk berhenti menulis.

Lately ini, entah kenapa semacam aku hilang arah, hilang semangat dan hilang kuderat dalam mengejar apa yang aku hajatkan. Aku tak tahu kenapa. Aku rasa semua apa yang berlaku di sekeliling aku tidak menyetujui apa yang aku utarakan. Lagi menyakitkan bila aku lihat kebanyakannya memandang sepi segala apa yang aku syorkan. Di mana silapnya?

Sebenarnya aku jelas sangat dimana silapnya hanyanya aku cuba mengelak dari hal itu. Itulah, halnya semua ada kaitan dengan keadaan hati aku. Hati aku sedang berkecamuk. Angkara aku alpa memeliharanya. Maka senang sangat syaitan melalaikannya. Bagaimana aku tahu hati aku sedang berkecamuk?

Senang saja, Antara petandanya ialah niat aku tidak jelas, Niat aku tidak istiqamah, Payah sangat mengerjakan perintahNya dan senang sangat melanggar perintahNya. Aku jadi buntu. Aku jadi serabut. Aku jadi marah!

Aku memang tidak boleh biarkan diri aku lama dalam keadaan begini. Tambah pula aku lihat dunia disekeliling aku berubah dengan sangat pantas. Terkedu sungguh aku dibuatnya. Sudahnya aku risau macam-macam. Aku terasa progress aku terhenti. Pembetulan. Aku mula bergerak ke belakang. Sakit!

Tambah pula aku lihat manusia yang se zaman dengan aku seorang demi seorang meninggalkan dunia ini. Kadang-kadang aku terfikir apa yang dibuat oleh mereka sekarang di dunia sebelah sana. Aman ke mereka? Huru hara ke mereka? Jelas dalam satu jangkamasa yang Tuhan sahaja tahu, aku bakal menyusuri mereka. Memang terkedu yang amat sangat aku rasakan.

Tuhan memang selalu memberi aku isyarat bahawa masa aku di dunia ini kian hampir kepada penghujungnya. Apa isyaratnya? Tidak macam dulu. Sekarang aku terasa badan aku sentiasa ada saja yang tidak kena di sana sini. Tuhan selalu kejutkan aku di tengah-tengah malam dan yang paling ketara ialah selalu ada suara-suara yang mengingatkan aku bahawa masa aku atas dunia ini sementara dan jangkamasa itu kian lama kian pendek. Perggghhhhh!

Yang jelas, mengapa aku masih bertangguh melaksanakan apa yang patut agar selamat aku di dunia sebelah sana? Terus terang aku terasa ada rantai besar yang menghalang aku. Dulu-dulu aku terdengar ini semua terjadi kerana angkara dosa-dosa yang aku lakukan sebelum ini.

Bila dikenang akan segala keterlanjuran di masa lepas, memang takut aku dibuatnya. Kalau Tuhan menilai aku berdasarkan kepada keterlanjuran aku sebelum ini, memang sah aku dalam bahaya besar.

Aku harap Tuhan ampuni aku berdasarkan sifat Maha RahmatNya dan sifat Maka PengasihNya. Maka untuk itu jelas sangat aku tidak boleh layan kacau bilau dalam diri aku ini. Aku mesti kelaurkan diri aku segera dari keadaan ini dan moga Tuhan pandang usaha aku ini sebagai asbab untuk Tuhan beri rahmatNya dan kasihNya kepada aku.


Gambar bumi di atas selalu ganggu aku. Aku mesti bangun! Aku mesti tetapkan arah! Aku mesti semangat! Aku mesti kuat! Dalam baki-baki masa yang masih aku ada. Allah, bantu aku! bimbing aku! mudahkan urusan aku! Pulihkan hati aku ini! Ambil aku kembali dalam keadaan iman aku tahap tinggi! Aamiin!

1 comment:

  1. Allah sayang akan hambaNya. Sentiasalah bertaubat dan istighfar. Semoga kita temui penghabisan terbaik.

    ReplyDelete