.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, March 18, 2018

Pesanan Buat Hati



Biar orang kata kita tak pandai.
Biar orang kata kita tak hebat.
Biar orang kata kita tak baik.

Sebab kita tahu siapa diri kita yang sebenar.

Kelebihan seseorang bukan untuk ditunjuk atau dibanggakan, kerana semua ini hanyalah pinjaman semata-mata.

Perkara yang paling bahaya adalah apabila orang tegur kesalahan kita, kita kata, kita betul dan orang dipersalahkan.

Kalau rasa ego kita tinggi, lebih baik diam dan muhasabah diri.
Adakah kita buat perkara yang betul atau tak?

Jangan terlalu sensitif.
Ini soal diri sendiri.
Jangan terlalu alah dengan teguran.
Fikirkan perkara positif.

Kita pandang rendah kepada orang.
Kita pandang serong kepada orang.
Kita pandang bukan-bukan fasal orang.

Pernah tak kita fikir, apa pandangan orang kepada kita?

Apabila orang memuji, kita patut berasa malu, bukan berasa riyak dan bangga diri.

Orang yang memuji itu baru melihat satu kebaikan kita, tetapi dia masih belum melihat 99 keburukan kita.

Semuanya kerana Allah tutup aib kita.

Walaupun orang kata manusia tak boleh lari daripada kesilapan, tetapi kita boleh mengejar kebaikan.

Kekuatan Dalam Diri



Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di  dalamnya akan berakhir. Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir.

Jadi hal-hal besar selalu bermula dari dalam diri bukan dari luar.

Allah tidak pernah menjanjikan ... Langit itu selalu biru ... Bunga selalu mekar ... Matahari selalu bersinar ...

Tetapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi hikmah di setiap cubaan ... jawapan di setiap doa ...

Jangan pernah menyerah ... Life is so beautiful ...

Jika hidup itu perjalanan ... maka nikmatilah ...

Jika hidup adalah tentangan ... maka hadapilah ...

Jika hidup adalah anugerah ... maka terimalah ...

Jika hidup adalah tugas ... maka selesaikanlah ...

Jika hidup adalah cita-cita ... maka capailah ...

Jika hidup adalah peluang ... maka ambillah..

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah Cinta Allah.

Satu hal yang membuat kita hancur adalah Putus Asa.

Satu hal yang membuat kita maju adalah Ikhtiar.

Satu hal yang membuat kita kuat adalah Doa.

Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan kita hari ini dan hari seterusnya.

Apa yg ada pada garisan pendek?



Seorang Guru membuat garisan sepanjang 1m di papan tulis, lalu berkata; "Ana-anak, cuba pendekkan garisan ini!"_

Anak murid pertama keluar ke depan, ia menghapus 20 cm dari garisan itu menjadi 80 cm.

Guru mempersilakan anak murid ke 2. Ia pun melakukan hal yang sama, sekarang garisannya tinggal 60 cm.

Murid ke 3 & ke 4 pun  ke depan dn melakukan hal yang sama, hingga garisan itu tinggal 20 cm.


Terakhir, seorang murid yang bijak  ke depan. Ia tidak mengurangi garisan yang sudah tinggal 20 cm, namun membuat garisan baru sepanjang 120 cm, lebih panjang dr garisan yg pertama.

Sang Guru menepuk bahunya; "Kamu memang bijak, untuk membuat garisan itu menjadi pendek, tidak perlu menghapusnya, cukup membuat garisan lain yg lebih panjang, maka garisan pertama akan menjadi lebih pendek dengan sendirinya.

Untuk menjadi yang terbaik tidak perlu menjatuhkan, menyingkirkan atau menghina pihak lain. Cukup lakukan kebaikan yang lebih baik secara konsisten.

Biarkan waktu yang akan membuktikan kualiti kita.

Permata akan tetap bersinar meskipun terpendam dalam lumpur yang gelap."

SEMBILAN TANDA ORANG MATANG.



1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik.  Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Friday, March 9, 2018

Kisah Tiga Budak Hitam



Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.

Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri.

Quotes for March 2018










Journey of Life


Ada yang menarik tentang video di bawah ini. Cuba perhatikan dari sudut-sudut yang jarang kita lihat. Kemungkinan ada yang tersirat mula tersurat. Apapun, diakhirnya tinggalkan yang tidak berkenan dan amal apa yang berkenan. Pastikan rujuk sama iman bukan nafsu ...



Renungan Untuk Bangsa


Aku lihat jatidiri Orang Melayu itu kian lama kian terhakis. Buktinya ada di mana-mana. Selalu jadi no 1 dalam perkara yang tidak diingini. Di tokok tambah pula dengan keperibadian mereka yang merosak diri sendiri. 

Aku terdengar kata seorang alim bahawa cara terbaik untuk membaiki jatidiri ini ialah dengan menyedari siapa keturunan mereka. Untuk menyedari hal ini, mereka perlu mengkaji semula sejarah nenek moyang mereka. (Aku lihat di waktu ini, sejarah merupakan matapelajaran yang paling tidak disukai di sekolah ... pergghhh) 

Untuk mengkaji sejarah pula, perlu bersumberkan kepada cerita yang sebenarnya. Bukan cerita sejarah yang telah ditunggang terbalik oleh mereka yang berkepentingan.

Bila sejarah mula dikaji dan disedari siapa asal usul mereka, dengan izin Tuhan, akan timbul kesedaran dalam diri bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan perkara yang merosak diri dan kelompok mereka kerana asal- usul mereka orang baik-baik dan bertamadun tinggi. 

Bukan untuk tujuan berbangga diri tetapi untuk tujuan sedar diri. 

Harap video di bawah ini mampu menjentik pemikiran mereka untuk mula berfikir dan mula mengambil langkah sewajarnya.



Friday, March 2, 2018

Mior Azli Personal Library Tour


Satu kepuasan tidak terhingga bila tercapai satu hajat diri untuk memiliki my very own personal library ... jom tour!


Thursday, March 1, 2018

Cetusan Rasa 1 March.



Semalam baru tamat satu program Business Model Canvas (BMC) untuk satu kelompok anggota kerja dari satu jabatan senggaraan di selatan tanah air. Termenung aku dibuatnya melihat gelagat para participants ini.

Apa tidaknya, perangai yang ditunjukkan oleh mereka sangat menjijikkan. Masa tidak ditepati, tidak beri perhatian dan langsung tiada ada rasa hormat kepada ilmu. Mengapa ini boleh terjadi kepada golongan yang dianggap golongan intelektual ini? Adakah mereka ini ada intelektual sahaja tetapi spiritualnya dan emotionalnya kosong? Atau intelektual, emotional dan spiritualnya langsung semuanya kosong?

Jika begini perangai yang ditunjukkan oleh golongan yang boleh dianggap golongan leader ini, bagaimana kesannya kepada yang dipimpin? Mampukah mereka memberi pengaruh positif kepada yang dipimpin?

Sudah lama aku terlibat dalam bidang kepimpinan ini. Selalunya aku bergelumang dengan nilai-nilai yang positif di keliling aku. Sudahnya, sekurang-kurangnya nilai seperti masa ditepati, beri perhatian dan rasa hormat kepada ilmu itu sudah sebati dengan diri aku.

Ini membawa aku terfikir apa sudah jadi dengan leader-leader ini walhal aku satu masa lalu berasal dari tempat yang sama dengan leader-leader ini berada sekarang?

Bila aku selidiki, jelas di mata aku ini semua pengaruh dari sekeliling mereka. Perangai-perangai buruk di atas telah menjadi budaya mereka hingga mereka merasakan perangai-perangai buruk ini dilihat sebagai satu norma (norms). Bahaya besar!

Pembudayaan nilai positif itu memang selalu dibincang orang namun bila tiba perlaksanaan, selalunya usaha itu dilihat seperti melepaskan batuk di tangga. Sudahnya, masalah ini kian besar. Rosak organisasi ini jika ini berterusan walaupun organisasi itu sedang memonopoli industrinya. Tidak boleh bayang apa jadi dengan organisasi bilamana mereka tidak lagi memonopoli pasaran!

Seperkara lagi, apa yang jelas ialah corak perangai yang ditunjukkan oleh mereka melambangkan mereka ini memang jelas terperusuk dalam mindset makan gaji (mindset zon selesa) dan bukannya mindset usahawan (mindset tempur) walhal mereka sekarang sudah mula masuk dalam era bisnes.

Gayat aku dibuatnya.

Apapun, satu perkara yang jelas kepada mata kepala aku sendiri ialah apa yang telah aku sajikan dalam Intervensi Pembangunan Organisasi (IPO) itu sudah jelas menyediakan jawapan kepada permasalah di atas. Aku memang yakin penuh.

Namun, terpulanglah kepada pihak yang menerima idea ini untuk memahami dan melaksanakannya. Jika pihak itu berperangai seperti apa yang dinyatakan di atas, baik tak payah buat. Buang duit jer!