.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, March 1, 2018

Cetusan Rasa 1 March.



Semalam baru tamat satu program Business Model Canvas (BMC) untuk satu kelompok anggota kerja dari satu jabatan senggaraan di selatan tanah air. Termenung aku dibuatnya melihat gelagat para participants ini.

Apa tidaknya, perangai yang ditunjukkan oleh mereka sangat menjijikkan. Masa tidak ditepati, tidak beri perhatian dan langsung tiada ada rasa hormat kepada ilmu. Mengapa ini boleh terjadi kepada golongan yang dianggap golongan intelektual ini? Adakah mereka ini ada intelektual sahaja tetapi spiritualnya dan emotionalnya kosong? Atau intelektual, emotional dan spiritualnya langsung semuanya kosong?

Jika begini perangai yang ditunjukkan oleh golongan yang boleh dianggap golongan leader ini, bagaimana kesannya kepada yang dipimpin? Mampukah mereka memberi pengaruh positif kepada yang dipimpin?

Sudah lama aku terlibat dalam bidang kepimpinan ini. Selalunya aku bergelumang dengan nilai-nilai yang positif di keliling aku. Sudahnya, sekurang-kurangnya nilai seperti masa ditepati, beri perhatian dan rasa hormat kepada ilmu itu sudah sebati dengan diri aku.

Ini membawa aku terfikir apa sudah jadi dengan leader-leader ini walhal aku satu masa lalu berasal dari tempat yang sama dengan leader-leader ini berada sekarang?

Bila aku selidiki, jelas di mata aku ini semua pengaruh dari sekeliling mereka. Perangai-perangai buruk di atas telah menjadi budaya mereka hingga mereka merasakan perangai-perangai buruk ini dilihat sebagai satu norma (norms). Bahaya besar!

Pembudayaan nilai positif itu memang selalu dibincang orang namun bila tiba perlaksanaan, selalunya usaha itu dilihat seperti melepaskan batuk di tangga. Sudahnya, masalah ini kian besar. Rosak organisasi ini jika ini berterusan walaupun organisasi itu sedang memonopoli industrinya. Tidak boleh bayang apa jadi dengan organisasi bilamana mereka tidak lagi memonopoli pasaran!

Seperkara lagi, apa yang jelas ialah corak perangai yang ditunjukkan oleh mereka melambangkan mereka ini memang jelas terperusuk dalam mindset makan gaji (mindset zon selesa) dan bukannya mindset usahawan (mindset tempur) walhal mereka sekarang sudah mula masuk dalam era bisnes.

Gayat aku dibuatnya.

Apapun, satu perkara yang jelas kepada mata kepala aku sendiri ialah apa yang telah aku sajikan dalam Intervensi Pembangunan Organisasi (IPO) itu sudah jelas menyediakan jawapan kepada permasalah di atas. Aku memang yakin penuh.

Namun, terpulanglah kepada pihak yang menerima idea ini untuk memahami dan melaksanakannya. Jika pihak itu berperangai seperti apa yang dinyatakan di atas, baik tak payah buat. Buang duit jer!

1 comment:

  1. Perhatian

    Sir / Madam

    Kami menawarkan pinjaman dari jumlah minimum sebanyak 50,000.00 hingga 20 juta Euro, Dolar & Pound-sterling di REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM. Adakah anda sedang mencari pinjaman untuk semua jenis tujuan, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Peribadi, Gadai Janji, Pinjaman Kereta, Pinjaman Penyatuan Hutang, Pinjaman Tidak Bercagar, Modal Risiko, dan lain-lain ..

    Anda berada di tempat yang betul Penyelesaian pinjaman anda! Saya seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan Individu dan Perniagaan pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan kadar faedah 2%.

    * Sekiranya anda sangat serius seperti saya, kami akan melakukan transaksi ini dengan 7 Hari Kerja Perbankan dari tarikh permulaan. Kami mempunyai Cawangan dan Rumah Clearing di beberapa negara seperti: Cawangan Turki, Cawangan United Kingdom, Cawangan Amerika Syarikat, Cabang Jepun, Cawangan Indonesia dan Afrika Selatan dan lain-lain,

    NOTA: Minimum 1 tahun dan maksimum 20 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan. Pelanggan harus berusia di atas 35 tahun. Transaksi pinjaman ini adalah
    Jaminan 100% untuk pelanggan yang serius.

    Hubungi E-mel: rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete