Friday, March 9, 2018
Kisah Tiga Budak Hitam
Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di
persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji
botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan
penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di
dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka
sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.
Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata "
Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung
dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan
menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah!
Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"
Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi
bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka.
Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam
pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan
cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi
putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".
Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku
menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang
pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi
putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak
hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan
cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".
Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat
aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan
terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.
Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata "
Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu"
Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin
pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak
memperolehi sesuatu apa pun.
Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di
hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan
mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat
orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia
sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment