Wednesday, May 23, 2018
Ubah Hidup Anda
Tanya diri anda, apa anda mahu capai dalam hidup ini?
Apa anda mahu capai dalam minggu ni juga dalam bulan ini?
Jika tiada, ketahuilah bahawa itu tandanya hidup anda tidak
banyak berubah. Anda akan selalu merasa bosan.
Andai kata anda selalu merasa bosan, itu petanda jelas anda
seseorang yang tidak mempunyai matlamat.
Buatlah sesuatu.
Letakkanlah matlamat kemudian kejar matlamat itu.
Anda mungkin seorang yang bekerja, seorang pelajar, mungkin
juga seorang suri rumah ataupun mungkin juga seorang isteri ataupun seorang
suami.
Anda mungkin seorang ahli sukan, mungkin juga seorang ahli
perniagaan, mungkin juga seorang eksekutif.
Dalam setiap peranan kita, terdapat hal-hal yang kita perlu
perbaiki.
Kita perlu perbaiki sikap, kata-kata, perangai kita,
mindset, tidakan dan respon kita terhadap sekeliling.
Dari situlah anda boleh dapat idea apa yang akan jadi
matlamat anda.
Apabila kita tahu apa kita mahu capai, kita akan berusaha.
Bila sudah berjaya capai, hidup kita akan berubah.
Jika tiada apa kita mahu capai maka hidup kita tidak akan
berubah. Masih ditakuk lama.
Jika masih ada masalah, akibatnya masalah itu tidak akan
selesai. Kita akan makin terperap di dalamnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment