Sebut pasal kemerdekaan, teringat pada saya pesan seorang elders bahawa tiada gunanya bercakap pasal kemerdekaan jika tiada wujud setia dalm diri terhadap maksud kemerdekaan negara ini. Namun untuk menwujudkan erti kesetiaan sebenarnya ini pula, diri sendiri perlulah merdeka dahulu. Diri akan merdeka jika pemikiran kita telah mengamalkan erti merdeka. Apa kata kita renungi lirik dalam lagu di bawah ini yang simply titled Setia ...
Saturday, August 25, 2018
Merdeka Menuntut Setia
Sebut pasal kemerdekaan, teringat pada saya pesan seorang elders bahawa tiada gunanya bercakap pasal kemerdekaan jika tiada wujud setia dalm diri terhadap maksud kemerdekaan negara ini. Namun untuk menwujudkan erti kesetiaan sebenarnya ini pula, diri sendiri perlulah merdeka dahulu. Diri akan merdeka jika pemikiran kita telah mengamalkan erti merdeka. Apa kata kita renungi lirik dalam lagu di bawah ini yang simply titled Setia ...
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara
Salam Merdeka!
Tuesday, August 21, 2018
Usaha Kerja Haji Pertama Rasulullah s.a.w. selepas Hijrah ke Madinah.
Ada sesuatu yang tidak saya ambil peduli tentang
signifikannya usaha Kerja Haji Rasulullah s.a.w. yang pertama bersama para
sahabat Baginda selepas Hijrah ke Madinah. Ingin saya tuliskan disini apa yang saya
faham tentang signifikannya kisah sejarah ini.
Semuanya bermula dengan satu mimpi Rasulullah s.a.w. selepas
perang Khandak di mana beliau melihat dalam mimpi bahawa Baginda dan para
sahabat Baginda pergi mengerjakan Haji dalam keadaan aman. Berdasarkan mimpi
tersebut, Rasulullah s.a.w. mengajak para sahabat Baginda pergi mengerjakan
Haji. Para sahabat Baginda yang terkenal dengan sifat ‘Aku Dengar maka Aku Turut’
itu pun tanpa teragak-agak terus mengikuti seruan Rasulullah s.a.w.
Disini ada sesuatu yang perlu kita fahami tentang manusia, semua
manusia itu punya perasaan. Perasaan yang tidak ditadbir dengan betul bakal
menghuru-harakan hidup. Dalam kata lain, jangan main-main dengan perasaan ini
kerana betapa kuatnya pengaruh perasaan terhadap diri.
Para sahabat Rasulullah s.a.w. juga merupakan manusia.
Mereka juga punya perasaan. Perlu diingatkan bagaimana perasaan para sahabat
selepas berperang dengan Quraish Makkah dan sekutunya dalam Perang Khandak.
Semestinya perasaan mereka menjadi cemas atau takut bila diajak pergi
mengerjakan Haji kerana dengan pergi mengerjakan Haji di Makkah, mereka
seolah-olah menyerah diri kepada musuh utama mereka iaitu Quraish Makkah tanpa
sebarang senjata. (Bila pergi mengerjakan Haji, mana mungkin dibenarkan membawa
senjata).
Boleh dibayangkan bagaimana perasaan takut dan gerun
semestinya menyelubungi diri mereka. Walaupun berbagai perasaan takut dan gerun
timbul, para sahabat Rasulullah s.a.w. tetap menuruti seruan Rasulullah s.a.w. Ditambah
pula, para sahabat ini bukannya orang senang. Semestinya mereka perlu mengorbankan
banyak sumber mereka untuk mengikuti kerja Haji ini. Disinilah kita perlu ‘salute’
dengan kesan kepimpinan Rasulullah s.a.w. terhadap para sahabat baginda.
Berkat dari kesan tarbiyah (coaching) Rasulullah s.a.w. ke
atas para sahabat, mereka mampu menangani perasaan diri mereka yang berkecamuk
untuk rela bersama dengan Rasulullah s.a.w. mengerjakan Haji. Ini bukan satu
perkara yang kecil tetapi sangat besar ertinya terutamanya dalam konteks
kepimpinan.
Cuba kita kaitkan kisah sejarah Rasulullah s.a.w. ini dengan
keadaan kepimpinan yang ada pada ketika ini. Berapa ramai pemimpin masakini
yang mampu mencapai tahap yang dicapai oleh Rasulullah s.a.w. ini dalam membina
pengikut yang rela setia demi satu tujuan walaupun perasaan mereka berkecamuk?
Tak ada kot!
Selamat Menyambut Hari Raya Haji. Maaf Zahir Batin.
Sunday, August 19, 2018
Wednesday, August 8, 2018
Antara Berkata dan Bercakap
Jika kamu banyak berkata
Di situ banyak membuat dusta
Jika kamu banyak bercakap
Tanda fikiran kuranglah lengkap
Jika kamu banyak berkata
Kejahilan kamu terang dan nyata
Jika kamu banyak bercakap
Kejahilan kamu mudah tersingkap
Jika kamu banyak berkata
Di situ banyak yang sengketa
Jika kamu banyak bercakap
Kamu sendiri masuk perangkap
Jika kamu banyak berkata
Janji palsu senang dicipta
Jika kamu banyak bercakap
Kata mengata banyak diungkap
Sunday, August 5, 2018
Antara Legasi Bisnes dan Keuntungan Bisnes
Dewasa
ini,
dengan
masa
yang bergerak
begitu
pantas,
kelihatan
segalanya
mahu
dicapai
dengan
segera.
Perkara
ini
sangat
jelas
dalam
dunia
bisnes.
Mana
tidaknya,
dengan
setiap
industri
melalui
banyak
kesan
disruptif
terutamanya
dari
kesan
teknologi
terkini
yang mampu
menghubungkan
banyak
perkara,
menyebabkan
lanskap
bisnes
sangat
cepat
berubah.
(Revolusi
Industri
4.0)
Dalam keadaan
dunia
bisnes
sebegini
rupa,
kedengaran
juga
ramai
pemimpin
bisnes
menekankan
manusia
itu
punya
nilai
yang perlu
dipegang
agar kekal
relevan
dalam
bisnes
yang diceburi.
Dua keadaan
ini
sebenarnya
merupakan
satu
dilema
dalam
dunia
bisnes.
Seolah-olah
satu
keadaan
mengajak
kita
agar mempercepatkan
rentak
kita
dan
satu
keadaan
lagi
mengajak
kita
agar memperlahankan rentak
kita.
Bagaimana
kita
memahami
atau
merungkai
dilema
ini?
Bila kita berbicara
menekankan
soal nilai dalam bisnes,
kita
semestinya
perlu
menghubungkan
nilai
bisnes
kita
dengan
legasi
yang mahu
kita
tinggalkan.
Legasi
disini
bermaksud
apa
saja
perkara
yang mahu
kita
bina
menerusi
bisnes
kita agar urusan
dunia
dan
akhirat
manusia
itu
jadi
lebih
berkualiti
dan
kita
laksanakan
ini
semua
kerana
Tuhan. (Semestinya orang yang mentadbir bisnes ini sngat jelas mengapa Tuhan menghantar beliau ke mukabumi ini).
Dengan
mempunyai
legasi
sebegini
rupa,
barulah
mudah
untuk
membina
nilai
dalam
bisnes
yang kita
ceburi.
Selanjutnya
kita
juga
menekankan
peri
penting
membina
untung
dalam
bisnes
kerana
untung
itu
dilihat
sebagai
tenaga
yang memastikan
bisnes
kita
terus
wujud
bagi
membina
legasi
yang dihajati.
(Rajah 1)
Sekiranya
satu
bisnes
itu
tidak
mempunyai
legasi
yang jelas,
kemungkinan
besar
bisnes
tersebut
akan
semata-mata
bertumpu
untuk
membuat
keuntungan
sahaja.
Legasi,
itu
pun jika
wujud,
kian
lama akan
kian
luput
dari
tumpuan
bisnes
tersebut
(Rajah 2)
Apa beza antara
Rajah 1 dan
Rajah 2? Bezanya
macam
langit
dan
bumi.
Rajah 1 menjanjikan
satu
bisnes
yang berwawasan
jauh
disamping
tidak
lupa
menekankan
soal
untung
bagi
memastikan
kelestarian
bisnes
dalam
berusaha
mencapai
legasi
bisnes.
Walau
besar
mana
pun badai
datang
melanda,
dengan
izin
Tuhan,
bisnes
tersebut
akan
mampu
bertahan
dan
berkembang.
Sebaliknya
Rajah 2 mendedahkan
bisnes
kepada
tahap
‘stress’ yang bukan kecil. Sedikit
kecelaruan
dalam
bisnes
akan
mampu
menggugat
kestabilan
bisnes.
Selepas
memahami
kedua-dua
keadaan
bisnes
berdasarkan
Rajah 1 dan
Rajah 2 ini,
mari
sama-sama
kita
muhassabah
bisnes
kita.
Selama
ini,
bisnes
kita
berkiblat
kepada
corak
Rajah 1 atau
Rajah 2?
Mungkin
ada
yang mengatakan
bukan
senang
untuk
berfikiran
seperti
yang dianjurkan
oleh
Rajah 1 terutama
dalam
keadaan
bisnes
tertekan,
tetapi
saya
yakin
dari
pengalaman
masing-masing
dalam
dunia
bisnes,
pengalaman
masing-masing
akan
bersetuju
bahawa
cara
terbaik
untuk
kekal
relevan
dalam
bisnes
ialah
dengan
berpandangan
seperti
Rajah 1.
Pilihan
Di Tangan
Saya!
(Persoalan
di atas
dapat
dibantu
oleh
'Konsultansi
Budaya
Juara',
satu
konsultansi
membina
budaya
juara
dalam
organisasi)
Thursday, August 2, 2018
The Reluctant Master
Kisah seorang tukang buat pisau yang sudahnya menjadi seorang pakar walau pada mulanya beliau terpaksa melakukan kerja ini disebabkan oleh circumstances hidupnya. Namun, itulah hidup. Adakah dalam perjalanan hidup kita sendiri, pernah seperkara sebegini mengetuk pintu hati kita? Sudahnya, apa yng telah kita lakukan bila ianya datang mengetuk? Sama-sama kita renungkan ...
Subscribe to:
Posts (Atom)