.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, August 21, 2018

Usaha Kerja Haji Pertama Rasulullah s.a.w. selepas Hijrah ke Madinah.



Ada sesuatu yang tidak saya ambil peduli tentang signifikannya usaha Kerja Haji Rasulullah s.a.w. yang pertama bersama para sahabat Baginda selepas Hijrah ke Madinah. Ingin saya tuliskan disini apa yang saya faham tentang signifikannya kisah sejarah ini.


Semuanya bermula dengan satu mimpi Rasulullah s.a.w. selepas perang Khandak di mana beliau melihat dalam mimpi bahawa Baginda dan para sahabat Baginda pergi mengerjakan Haji dalam keadaan aman. Berdasarkan mimpi tersebut, Rasulullah s.a.w. mengajak para sahabat Baginda pergi mengerjakan Haji. Para sahabat Baginda yang terkenal dengan sifat ‘Aku Dengar maka Aku Turut’ itu pun tanpa teragak-agak terus mengikuti seruan Rasulullah s.a.w.

Disini ada sesuatu yang perlu kita fahami tentang manusia, semua manusia itu punya perasaan. Perasaan yang tidak ditadbir dengan betul bakal menghuru-harakan hidup. Dalam kata lain, jangan main-main dengan perasaan ini kerana betapa kuatnya pengaruh perasaan terhadap diri.

Para sahabat Rasulullah s.a.w. juga merupakan manusia. Mereka juga punya perasaan. Perlu diingatkan bagaimana perasaan para sahabat selepas berperang dengan Quraish Makkah dan sekutunya dalam Perang Khandak. Semestinya perasaan mereka menjadi cemas atau takut bila diajak pergi mengerjakan Haji kerana dengan pergi mengerjakan Haji di Makkah, mereka seolah-olah menyerah diri kepada musuh utama mereka iaitu Quraish Makkah tanpa sebarang senjata. (Bila pergi mengerjakan Haji, mana mungkin dibenarkan membawa senjata).

Boleh dibayangkan bagaimana perasaan takut dan gerun semestinya menyelubungi diri mereka. Walaupun berbagai perasaan takut dan gerun timbul, para sahabat Rasulullah s.a.w. tetap menuruti seruan Rasulullah s.a.w. Ditambah pula, para sahabat ini bukannya orang senang. Semestinya mereka perlu mengorbankan banyak sumber mereka untuk mengikuti kerja Haji ini. Disinilah kita perlu ‘salute’ dengan kesan kepimpinan Rasulullah s.a.w. terhadap para sahabat baginda.   

Berkat dari kesan tarbiyah (coaching) Rasulullah s.a.w. ke atas para sahabat, mereka mampu menangani perasaan diri mereka yang berkecamuk untuk rela bersama dengan Rasulullah s.a.w. mengerjakan Haji. Ini bukan satu perkara yang kecil tetapi sangat besar ertinya terutamanya dalam konteks kepimpinan.

Cuba kita kaitkan kisah sejarah Rasulullah s.a.w. ini dengan keadaan kepimpinan yang ada pada ketika ini. Berapa ramai pemimpin masakini yang mampu mencapai tahap yang dicapai oleh Rasulullah s.a.w. ini dalam membina pengikut yang rela setia demi satu tujuan walaupun perasaan mereka berkecamuk?

Tak ada kot!

Selamat Menyambut Hari Raya Haji. Maaf Zahir Batin.

No comments:

Post a Comment