.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, October 21, 2018

Daffy Duck Quotes :)











Mencari Berani




Dia hidup mencarikan berani
Dia tidak takut melepaskan dirinya
Yang terperangkap itu cuma ingin diungkap
Menjadi saksi kepada saat yang menjadi

Dia hidup tercarikan berani
Dia tidak takut tidak dimengerti
Yang berkunjung itu cuma ingin dijunjung
Menjadi paksi kepada detik yang menanti

Dia harus melepaskan dirinya
Ke dalam fikiran yang berlari dalam arah
Ke dalam tulisan yang berlegar dalam serah
Ke dalam bacaan yang berlagu dalam surah
Ke dalam lukisan yang berbicara dalam kisah
Ke dalam warna yang bersorak dalam ghairah

Malam ini, dia terpesona dengan jiwa-jiwa yang berani
Yang berani dengan istilah gagah yang terubah
Yang berani dengan kegagahan tanpa megah
Tunduk tanpa paksa dengan kejujuran yang perkasa

Berita Gembira Untuk Esok


Hidup ini sememangnya penuh dengan dugaan dan cubaan. Apa pun terjadi, sesekali elak mengaku kalah. Hidup perlu diteruskan. Lagu dibawah dituju khas bagi mereka yang sedang kuat di landa dugaan dan cubaan. Dengan izin Tuhan, yakinilah esok pasti membawa berita gembira! 



Friday, October 19, 2018

Doa Pagi Jumaat





Wahai Tuhan yang Maha Agong dan Maha Mengetahui,
DariMu datangnya pasang surut lautan jiwaku,
Sebentar tenang,
Tetapi sering gelora tak menentu,

Wahai Tuhanku,
tunjukkanlah aku,
Jalan-jalan menuju keredhaanMu,
Jalan-jalan yang lurus bukannya berliku,

Aku sedih Engkau hiburkan,
Aku susah Engkau senangkan,
Engkaulah tujuan perjalanan,
Tumpuan segala harapan,

Engkau sahaja yang aku cintai,
Kepada Engkau sahaja aku cintai,
Buat Engkau segala puja dan puji,

Hidupku matiku,
Ibadat dan pengabdianku,
Hanya untukMu Tuhanku,

Matikanlah aku sebelum mati,
Meskipun badan masih tegap,
Tetapi perasaan sudah kembali,

Aku berjalan sudah penat,
Pimpinlah aku ke jalan dekat,
Dalam keredhaanMu yang penuh nikmat.

Sunday, October 14, 2018

Pikir Sebelum Tidur




Sebentar nanti, dengan izin Tuhan, tidurlah aku malam ini. Tapi sebelum itu, aku nak tulis apa yang menerawang dalam pikiran aku.

Sebenarnya, tadi semasa aku pergi beli dinner dengan anak aku, Adam, aku terpikir adakah apa yang aku buat tiap-tiap hari itu membawa faedah untuk hidup aku di masa akan datang terutama untuk hidup aku di alam berikutnya. Lama jugak aku menung tadi hinggakan Adam tersedar aku dalam keadaan itu hingga dia menyapa aku. "Abah tengah pikir apa tu?" Tersedar aku. Terus aku kata pada dia yang aku tengah pikir tentang kerja. Tak lah 100% betul tetapi ada jugak betulnya.

Bukan apa, tadi entah kenapa aku rasa gayat sekejap sebab aku sedar aku memang sebok dalam hidup ini terutama yang bersangkutan dengan kerja aku. Pas tu ramai pulak yang menegur aku supaya slow down dalam aktiviti aku sesuai dengan umur aku yang meningkat.

Tetapi bila dipikir-pikirkan mengapa aku mesti berasa sangsi sebab dalam diam memang aku pasang niat apa yang aku lakukan dalam hidup ini terutama dalam soal kerja aku (area yang paling banyak ambil masa aku) adalah aku lakukan untuk Tuhan dan juga kerana Dia juga. Aku kekadang mungkin lupa, tetapi cepat-cepat aku perbaharui niat itu bila aku sedar.

Bak kata Sinek dalam video aku tontoni siang tadi. Bagi perkara yang kita lakukan hari-hari itu memang susah untuk melihat kemajuannya tetapi kemajuannya boleh dilihat selepas berlalu satu jangkamasa.

Buktinya, bilamana aku laksana seminar aku, ramai yang mengatakan banyak perubahan dilihat dalam semianr aku walhal aku sendiri tidak merasakan sebarang perubahan.

Kadang-kadang pikir-pikir ini sebenarnya datang dari bisik 'you know who' yang cuba menghuru-harakan hidup aku. So tak payahlah layan sangat, janji aku terus istiqamah buat apa saja yang baik untuk Tuhan dan kerana Tuhan.

Akan aku ingat selalu bahawa aku memang tidak tahu apa yang terbaik untuk aku lakukan bagi sesuatu usaha itu tetapi hati aku sentiasa yakin Tuhan Maha Tahu apakah cara terbaik untuk lakukan usaha aku itu. Kepada Dialah aku memohon bimbingan. Terasa aman dan tenteram begitu.

Akhir kata, Oh Allah, Segala puji-puji bagiMu dan salawat dan salam untuk Rasulullah s.a.w. junjungan aku. Aku mohon ampun dosa aku, dosa ibu bapa aku, dosa isteri dan anak-anak aku, dosa adik-adik aku dan famili mereka serta seluruh umat Rasulullah s.a.w. Bimbinglah aku agar aku mampu selesaikan segala usaha aku dengan cara yang terbaik.  Aaminn!

Lega pikiran dan hati aku. Zzzzzz ...



The Power of Imagination - Bob Proctor


Dalam video di bawah ini, Bob akan menerangkan peranan imaginasi dalam membina hidup yang berjaya. Apa yang diterangkan oleh Bob ini nampak mudah tetapi dari pengalaman sebelum ini, mesti saya katakan pendekatan Bob ini sangat berkesan. Msri sama-sama kita fahami dan amalkan dalam hidup kita ini bagi mencapai apa sahaja hajat kita.




Saturday, October 13, 2018

The Future of Works


Gambaran keadaan kerja di waktu depan. Adakah kita menumpu usaha kita agar kita kekal relevan dalam suasana ini? Sama-sama renungkan ...



Quotes for Oct 2018











Kualiti Niat




Dalam beberapa waktu ini, saya tidak tahu mengapa, selalu timbul dalam diri saya suara-suara yang menyatakan bahawa kualiti hasil yang kita terima sangat bergantung kepada kualiti niat yang kita pegang.

Saya menyedari dari satu perbualan dengan seorang sahabat bahawa sangat penting memasang niat dalam segala usaha itu dengan menyatakan bahawa dalam melaksanakan sesuatu usaha itu, kita mengaku bahawa kita sebenarnya tidak tahu apakah cara terbaik untuk melaksanakan usaha itu dan pada masa yang sama menyakini bahawa Allah Maha Mengetahui cara terbaik untuk melaksanakan usaha itu. Seterusnya, mohonlah dari Allah bimbinganNya dalam melaksanakan usaha tersebut. 

Jangan baca sahaja tulisan ini tetapi apa kata amalkan dalam usaha masing-masing dan lihat sendiri kesan dari amalan itu. Secara peribadi, saya selalu merasakan ada satu kuasa hebat membimbing saya dan pada masa yang sama saya selalu berasa aman walau tekanannya sangat hebat.

Selepas itu, saya bertemu pula dengan seorang sahabat yang memberitahu tentang kualiti pertolongan Allah sangat bergantung kepada kualiti kebergantungan kepada Allah sewaktu melaksana usaha kita.

Sekiranya kita merancang dan berusaha hanya sebagai seorang manusia biasa (merancang dan berusaha mencapai sesuatu perkara itu UNTUK perkara tersebut dan KERANA kita mahukan untuk diri sendiri), maka Allah akan beri hasil yang sesuai dengan usaha kita sahaja - 1 dimensi.

Sekiranya kita merancang dan berusaha sebagai seorang manusia yang beriman (merancang dan berusaha mencapai sesuatu perkara itu UNTUK perkara tersebut dan KERANA Allah), maka Allah akan beri kita hasil yang seluas-luasnya - 2 dimensi. 

Sekiranya kita merancang dan berusaha sebagai seorang manusia yang beriman dan bertaqwa (merancang dan berusaha mencapai sesuatu perkara itu UNTUK Allah dan KERANA Allah), maka Allah akan beri kita hasil yang seluas apa yang ada di antara langit dan bumi - 3 dimensi. 

Buat seketika memang saya terkedu. Sememangnya, hidup ini jika mahu bahagia, kita perlu menjadi 'God Centered' dan bukannya 'Self Centered'. Saya terbayang jika kita manusia memahami konsep niat ini serta tingkat kualiti niat ini, banyak isu-isu dalam hidup ini akan jadi mudah. 

Fikir-fikirkanlah cerita Kualiti Niat ini ...

Elegi Esok Pagi


Antara banyak-banyak lagu puisi Ebiet G. Ade, lagu Elegi Esok Pagi ini semestinya merupakan favourite saya. Lagu ini sebenarnya mempunyai makna yang sangat deep ... bergantung kepada cerita pengalaman masing-masing. Semestinya merupakan satu anchor yang sangat hebat! Jom layan lagu ni ...