.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, October 13, 2018

Kualiti Niat




Dalam beberapa waktu ini, saya tidak tahu mengapa, selalu timbul dalam diri saya suara-suara yang menyatakan bahawa kualiti hasil yang kita terima sangat bergantung kepada kualiti niat yang kita pegang.

Saya menyedari dari satu perbualan dengan seorang sahabat bahawa sangat penting memasang niat dalam segala usaha itu dengan menyatakan bahawa dalam melaksanakan sesuatu usaha itu, kita mengaku bahawa kita sebenarnya tidak tahu apakah cara terbaik untuk melaksanakan usaha itu dan pada masa yang sama menyakini bahawa Allah Maha Mengetahui cara terbaik untuk melaksanakan usaha itu. Seterusnya, mohonlah dari Allah bimbinganNya dalam melaksanakan usaha tersebut. 

Jangan baca sahaja tulisan ini tetapi apa kata amalkan dalam usaha masing-masing dan lihat sendiri kesan dari amalan itu. Secara peribadi, saya selalu merasakan ada satu kuasa hebat membimbing saya dan pada masa yang sama saya selalu berasa aman walau tekanannya sangat hebat.

Selepas itu, saya bertemu pula dengan seorang sahabat yang memberitahu tentang kualiti pertolongan Allah sangat bergantung kepada kualiti kebergantungan kepada Allah sewaktu melaksana usaha kita.

Sekiranya kita merancang dan berusaha hanya sebagai seorang manusia biasa (merancang dan berusaha mencapai sesuatu perkara itu UNTUK perkara tersebut dan KERANA kita mahukan untuk diri sendiri), maka Allah akan beri hasil yang sesuai dengan usaha kita sahaja - 1 dimensi.

Sekiranya kita merancang dan berusaha sebagai seorang manusia yang beriman (merancang dan berusaha mencapai sesuatu perkara itu UNTUK perkara tersebut dan KERANA Allah), maka Allah akan beri kita hasil yang seluas-luasnya - 2 dimensi. 

Sekiranya kita merancang dan berusaha sebagai seorang manusia yang beriman dan bertaqwa (merancang dan berusaha mencapai sesuatu perkara itu UNTUK Allah dan KERANA Allah), maka Allah akan beri kita hasil yang seluas apa yang ada di antara langit dan bumi - 3 dimensi. 

Buat seketika memang saya terkedu. Sememangnya, hidup ini jika mahu bahagia, kita perlu menjadi 'God Centered' dan bukannya 'Self Centered'. Saya terbayang jika kita manusia memahami konsep niat ini serta tingkat kualiti niat ini, banyak isu-isu dalam hidup ini akan jadi mudah. 

Fikir-fikirkanlah cerita Kualiti Niat ini ...

No comments:

Post a Comment