.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, October 14, 2018

Pikir Sebelum Tidur




Sebentar nanti, dengan izin Tuhan, tidurlah aku malam ini. Tapi sebelum itu, aku nak tulis apa yang menerawang dalam pikiran aku.

Sebenarnya, tadi semasa aku pergi beli dinner dengan anak aku, Adam, aku terpikir adakah apa yang aku buat tiap-tiap hari itu membawa faedah untuk hidup aku di masa akan datang terutama untuk hidup aku di alam berikutnya. Lama jugak aku menung tadi hinggakan Adam tersedar aku dalam keadaan itu hingga dia menyapa aku. "Abah tengah pikir apa tu?" Tersedar aku. Terus aku kata pada dia yang aku tengah pikir tentang kerja. Tak lah 100% betul tetapi ada jugak betulnya.

Bukan apa, tadi entah kenapa aku rasa gayat sekejap sebab aku sedar aku memang sebok dalam hidup ini terutama yang bersangkutan dengan kerja aku. Pas tu ramai pulak yang menegur aku supaya slow down dalam aktiviti aku sesuai dengan umur aku yang meningkat.

Tetapi bila dipikir-pikirkan mengapa aku mesti berasa sangsi sebab dalam diam memang aku pasang niat apa yang aku lakukan dalam hidup ini terutama dalam soal kerja aku (area yang paling banyak ambil masa aku) adalah aku lakukan untuk Tuhan dan juga kerana Dia juga. Aku kekadang mungkin lupa, tetapi cepat-cepat aku perbaharui niat itu bila aku sedar.

Bak kata Sinek dalam video aku tontoni siang tadi. Bagi perkara yang kita lakukan hari-hari itu memang susah untuk melihat kemajuannya tetapi kemajuannya boleh dilihat selepas berlalu satu jangkamasa.

Buktinya, bilamana aku laksana seminar aku, ramai yang mengatakan banyak perubahan dilihat dalam semianr aku walhal aku sendiri tidak merasakan sebarang perubahan.

Kadang-kadang pikir-pikir ini sebenarnya datang dari bisik 'you know who' yang cuba menghuru-harakan hidup aku. So tak payahlah layan sangat, janji aku terus istiqamah buat apa saja yang baik untuk Tuhan dan kerana Tuhan.

Akan aku ingat selalu bahawa aku memang tidak tahu apa yang terbaik untuk aku lakukan bagi sesuatu usaha itu tetapi hati aku sentiasa yakin Tuhan Maha Tahu apakah cara terbaik untuk lakukan usaha aku itu. Kepada Dialah aku memohon bimbingan. Terasa aman dan tenteram begitu.

Akhir kata, Oh Allah, Segala puji-puji bagiMu dan salawat dan salam untuk Rasulullah s.a.w. junjungan aku. Aku mohon ampun dosa aku, dosa ibu bapa aku, dosa isteri dan anak-anak aku, dosa adik-adik aku dan famili mereka serta seluruh umat Rasulullah s.a.w. Bimbinglah aku agar aku mampu selesaikan segala usaha aku dengan cara yang terbaik.  Aaminn!

Lega pikiran dan hati aku. Zzzzzz ...



No comments:

Post a Comment