.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, November 27, 2018

Umur Aku 55 Tahun



Beberapa hari lagi, dengan izin Tuhan akan menjelang 29hb Nov 2018. Menandakan umur aku di atas dunia ini genap 55 tahun. Satu umur yang satu masa lalu aku rasakan sangat lama lagi untuk sampai.

Terus terang seperti bermimpi aku rasa. Sudah senior umur aku ini walaupun fikiran aku, perasaan aku dan pilihan aku tidak pernah rasa tua. Hanya sesekali bila aku rasa payah untuk melaksanakan satu-satu akitiviti itu baru aku teringat tubuh badan aku tidak berupaya melakukannya menandakan umur aku yang semakin senior.

Dalam kata lain, aku berpandangan aku terperangkap dalam tubuh badan yang semakin tua tetapi fikiran, perasaan dan pilihan aku tidak sesekali tua. Gambar ‘Stick Person’ itu tiba-tiba muncul di layar pemikiran aku. Apa yang aku nampak? Bahagian bukan fizikal aku tetap muda tetapi bahagian fizikal itu sahaja yang dimamah usia. Mmmm … menarik.

Selepas mencapai umur sebegini, apakah pelajaran utama dari kehidupan ini? Mesti aku katakan pelajaran utama aku dalam hidup ini ialah peri pentingnya punya niat yang betul dan pelihara niat tersebut dalam hidup ini.

Dalam memasang satu niat itu, pertama sekali, aku mesti sentiasa ingat bahawa apa jua perkara di atas dunia ini aku tidak punya upaya untuk melakukan kerana segala upaya itu hanya Tuhan sahaja yang Maha Upaya. Kedua, aku sentiasa bersandarkan harap aku hanya kepada Tuhan dan tidak kepada lain kerana sifat makhluk menghancurkan manakala sifat Tuhan adalah Maha Membina.

Maka atas sebab itu, niat aku mesti mengandungi elemen laksanakan sesuatu itu UNTUK Tuhan dan KERANA Tuhan. UNTUK Tuhan bermakna aku menyakini segala apa yang aku hajati itu milik Tuhan dan KERANA Tuhan itu bermakna aku laksana aktiviti tersebut tanda syukur aku terhadap segala nikmat yang Tuhan berikan pada aku.

Jelas pada pandangan aku, bilamana niat aku betul, hidup akan sentiasa di bawah peliharaanNya dan sememangnya itu yang aku rasakan dalam hidup ini bilamana aku mengamalkannya. Susah untuk menerangkan menggunakan bahasa logik kerana sifatnya yang berbentuk ‘experiential’.

Akhir sekali, syukur aku pada Tuhan atas hidup ini. Terima kasih Tuhan. Moga Engkau rahmati dan berkati hidup aku, di dunia dan akhirat. Aamiin.

Monday, November 12, 2018

Quote for Nov 2018 Pt 2











The Curse Of Social Media




I'll post all those pictures of me having fun,
Wearing my happiest grin.
Add a few comments to enhance the effect,
And impress all my great Facebook friends.

Make them think that my life is fulfilling,
That I'm truly the best I can be.
Fill up my page with bullshit and lies,
So they all will be jealous of me.

Or perhaps I should post some Political views,
And appear quite informed and so smart.
Creating a page that can trigger debate,
Is an envious Facebook art.

Or maybe I'll take a more spiritual tact,
Sending Blessings to all of my friends.
What a kind and generous gesture,
Who cares if it's all just pretend.

I could certainly post a poem of mine,
And show them how deep I can be.
They be in such awe of the talent I have
They'll wish they could all be like me.

I wonder just how many likes I will get,
And maybe a comment or two.
But what if they simply ignore me today?
I just don't know what I will do.

Comparing my page to all of my friends,
Can cause me such worry and pain.
They have far more likes and a long list of friends,
It makes me feel insecure and ashamed.

I wake up each day and the first thing I do,
Is open my own Facebook page.
And the attention it drew has such an effect,
It can make or break my whole day.

I could never imagine that now in old age,
I'd have such a need to be liked.
And discovering that people really don't care,
Could fill me with panic and fright.

To be young in this world must be terribly hard,
When social media sets the standard so high.
And it constantly stalks and berates our poor youth,
Leading to anger, withdrawal and suicide.

As for myself, I took down my page,
I refuse to engage in such farce.
But when you are young and unsure yourself,
Such rejection can tear you apart.

So take care of the young that you have in your life,
Don't let social media win.
Nurture and protect their fragile esteem,
Be a true and accepting, real friend.

A Peek of Student Life Depict by Cartoon Sketch.


Morning

Cooking

School

Revision

Afternoon Nap

Break

Caring

Good Nite

The Meaning Of Life.









The Years have passed by,
In the blink of an eye,
Moments of sadness,
And joy have flown by.

People I loved,
Have come and have gone,
But the world never stopped,
And we all carried on.

Life wasn't easy,
And the struggles were there,
Filled with times that it mattered,
Times I just didn't care.

I stood on my own,
And I still found my way,
Through some nights filled with tears,
And the dawn of new days.

And now with old age,
It's become very clear,
Things I once found important,
Were not why I was here.

And how many things,
That I managed to buy,
Were never what made me,
Feel better inside.

And the worries and fears,
That plagued me each day,
In the end of it all,
Would just fade away.

But how much I reached out,
To others when needed,
Would be the true measure,
Of how I succeeded.

And how much I shared,
Of my soul and my heart,
Would ultimately be,
What set me apart.

And what's really important,
Is my opinion of me,
And whether or not,
I'm the best I can be.

And how much more kindness,
And love I can show,
Before Allah tells me,
It's my time to go.

Wisdom from Books


Bridge

Friend

Light House

Freedom

Peek

Fly

Escape

Solution

Cerminlah Hidup Ini!



Pertemuan semalam
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang

Pertemuan hari ini
terasa madunya kian susut
entah …
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian

Pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti
madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.

Insan …
bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya
seminit dengan mendalam
engkau menatap
engkau tanya satu soalan
kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau
sememangnya …

sukar …
hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
pasrah akan menyahut
biarpun pahit namun
tetap akan ditelan
kerana hidup sukar
dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.

Appreciative Inquiry (A.I.) - Satu Pengenalan


Semuanya bermula dengan satu perbualan santai dengan seorang sahabat. Aku lihat A.I. (atau kadang-kadang orang sebut 'The other A.I.' - untuk membezakan dengan Artificial intelligence') sebagai satu pendekatan untuk menangani satu sudut dalam pengurusan perubahan yang jarang disentuh oleh aku sebelum ini. Semestinya akan aku peruntukkan masa untuk mendalami ilmu ini.

Saksikan selayang pandang tentang AI ini ...



Satu Harapan



Seandainya
diri ini mampu berkata-kata ke seluruh dunia
juga adanya suara yang kuat bergema
akan kulontarkan satu kata
biar ia berserakkan di mana-mana
biar ia tertusuk di sanubari
remaja, dewasa, lelaki, wanita…

Bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
dunia ini sudah terlalu tua
dunia ini hanya menunggu masa
untuk binasa
hapuskanlah persengketaan
koyakkan segala kekejaman
lunturkan segala maksiat
segala kejahatan
bersihkan diri dengan air suci
agar ia tidak hitam lagi

Seandainya itu yang mampu kulakukan
alangkah damainya diri ini
lantaran hati tidak tertanggung lagi
kesedihan, keperitan
melihat segala titik hitam
yang semakin membesar… terlalu besar
takutnya… jika kita dilaknati
takutnya… jika kita tidak dirahmati
takutnya… jika kita enggan diberkati

Aduhai semua
cukuplah membalut diri dengan dosa
kita di akhir zaman kini
pantaskan kaki mencari sinar abadi
untuk kebahagiaan yang menanti
di syurgawi …

Quotes for Nov 2018