Tuesday, November 27, 2018
Umur Aku 55 Tahun
Beberapa hari lagi, dengan izin Tuhan akan menjelang 29hb
Nov 2018. Menandakan umur aku di atas dunia ini genap 55 tahun. Satu umur yang
satu masa lalu aku rasakan sangat lama lagi untuk sampai.
Terus terang seperti bermimpi aku rasa. Sudah senior umur
aku ini walaupun fikiran aku, perasaan aku dan pilihan aku tidak pernah rasa
tua. Hanya sesekali bila aku rasa payah untuk melaksanakan satu-satu akitiviti
itu baru aku teringat tubuh badan aku tidak berupaya melakukannya menandakan
umur aku yang semakin senior.
Dalam kata lain, aku berpandangan aku terperangkap dalam
tubuh badan yang semakin tua tetapi fikiran, perasaan dan pilihan aku tidak
sesekali tua. Gambar ‘Stick Person’ itu tiba-tiba muncul di layar pemikiran
aku. Apa yang aku nampak? Bahagian bukan fizikal aku tetap muda tetapi bahagian
fizikal itu sahaja yang dimamah usia. Mmmm … menarik.
Selepas mencapai umur sebegini, apakah pelajaran utama dari
kehidupan ini? Mesti aku katakan pelajaran utama aku dalam hidup ini ialah peri
pentingnya punya niat yang betul dan pelihara niat tersebut dalam hidup ini.
Dalam memasang satu niat itu, pertama sekali, aku mesti
sentiasa ingat bahawa apa jua perkara di atas dunia ini aku tidak punya upaya
untuk melakukan kerana segala upaya itu hanya Tuhan sahaja yang Maha Upaya.
Kedua, aku sentiasa bersandarkan harap aku hanya kepada Tuhan dan tidak kepada
lain kerana sifat makhluk menghancurkan manakala sifat Tuhan adalah Maha
Membina.
Maka atas sebab itu, niat aku mesti mengandungi elemen
laksanakan sesuatu itu UNTUK Tuhan dan KERANA Tuhan. UNTUK Tuhan bermakna aku
menyakini segala apa yang aku hajati itu milik Tuhan dan KERANA Tuhan itu
bermakna aku laksana aktiviti tersebut tanda syukur aku terhadap segala nikmat
yang Tuhan berikan pada aku.
Jelas pada pandangan aku, bilamana niat aku betul, hidup akan
sentiasa di bawah peliharaanNya dan sememangnya itu yang aku rasakan dalam
hidup ini bilamana aku mengamalkannya. Susah untuk menerangkan menggunakan bahasa
logik kerana sifatnya yang berbentuk ‘experiential’.
Akhir sekali, syukur aku pada Tuhan atas hidup ini. Terima
kasih Tuhan. Moga Engkau rahmati dan berkati hidup aku, di dunia dan akhirat. Aamiin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment