.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, December 30, 2018

Kenangan 2018


Tahun 2018 ni terasa bagitu pantas berlalu. Sedar-sedar sudah sampai penghujung tahun. Bukan sekadar begitu sahaja, sememangnya masa aku berjalan begitu laju. Tahun ini aku genap 55 tahun. Satu umur yang dulu aku rasalama lagi untuk sampai. Namun hakikatnya itulah umur aku sekarang.



Satu perkara yang amat menggembirakan hati aku untu ktahun ini ialah dua anak aku Yang Sabrina dan Mior Muhammad Adam grad dalam tahun ini. Ertinya kesemua anak aku telah mendapat 1st degree mereka. moga mereka semua terus berjaya dunia akhirat. Syukur banyak-banyak pada Allah.




Disamping itu, dari segi kerjaya pula, aku amat happy sebab aku berjaya membuat penjenamaan semula kepada seminar aku iaitu Konsultansi Budaya Juara (KBJ). Aku harap tahun 2019 ini nanti akan meletupkan KBJ ke seluruh pelusuk dunia!



Sememangnya tahun 2018 ini sangat sebok bagi aku kerana inilah tahun aku telah diminta untuk memimpin satu unit baru dalam ILSAS iaitu Strategic Leadership Training and Consultancy (SLTC). Unit baru ini sebenarnya merupakan satu peluang aku untuk menguji daya aku dalam dunia bisnes. Sangat mencabar tetapi aku harap tahun 2019 ini akan menjadi titik tolak untuk mengembangkan sayap SLTC ini nanti.



Satu perkara yang aku tidak sangka berlaku di tahun ini ialah aku berpeluang untuk mengadakan satu lawatan benchmarking ke ILM, UK. Mula-mulanya aku tidak mahu turut serta lawatan ini sebab aku terasa banyak perkara yang perlu aku selesaikan di akhir tahun ini tetapi takdir menentukan aku harus pergi. Perggghhhh ... memang banyak yang aku belajar.



Sehabis lawatan benchmarking ini, aku bawa famili aku minus Yang Safia dan Yang Soraya (sebab mereka tengah melawat Jepun) tour UK. Memang banyak yang aku experience. Satu pelajaran aku yang aku perolehi ialah aku rasa darjah confident aku makin naik. Tq Allah!



Tahun ini juga bakal merekodkan juga bahawa man-cave yang aku idam-idamkan semenjak dulu kala siap sepenuhnya. Apa aku nak kata .. hanya ucap syukur tidak terhingga kepada Allah!



Banyak sungguh anugerah Allah pada aku! Untuk ucap syukur aku, kata-kata di bawah akan aku jadikan pegangan tahun mendatang ...



Akhir kata, aku harap dan aku doa agar Allah ampuni dosa, tingkatkan darjat, sejahtera bahagia kaya, dunia akhirat kan hidup untuk aku, famili aku, semua manusia di atas mukabumi ini baik dulu, sekarang mahupun di masa depan.


Aamiin!

No comments:

Post a Comment