Thursday, December 13, 2018
Masa untuk Muhassabah Diri ...
Semalam saya tereserempak dengan Bro Bangladeshi ni yang
bekerja sebagai atendan di satu setesen minyak berhampiran rumah saya. Tak
silap dah 5 tahun saya kenali beliau. Saya jadi rapat dengan beliau semenjak
kami berbual panjang selepas solat Tarawih beberapa tahun lalu.
Banyak kisah hidup yang beliau kongsi dengan saya termasuk
pengalaman menarik bekerja di Masjidil Haram. Dari foto2 yg beliau share, Bro
ni memang punya banyak pengalaman susah namun yang saya salute ialah beliau
tetap happy dan asyik sebut syukur.
Semasa saya mengisi minyak semlm, dari jauh saya nmpk beliau
angkat tangan sambil tersenyum dan berlari ke arah saya.
"Tuan, saya bnyk happy hari ini, isteri saya sudah
tamat belajar master dlm chemistry dan tadi isteri saya bagi tahu, dia sudah
mengandung anak pertama kami. Sikit lagi saya mau jadi bapa!".
Terus saya dan beliau hug each other. Beliau tak habis2 ucap
syukur. Beliau happy sgt jumpa saya mungkin beliau tidak ada tempat utk share
cerita happy beliau. Entah kenapa semangat saya yang tadi mcm blur2 jer tu
terus bersemangat.
Tuhan banyak beri kemudahan kepada saya berbanding Bro
Bangladeshi ni tetapi kenapa saya kurang bersyukur, bersemangat dan happy macam
beliau?
Hidup ni singkat dan sementara. Saya mesti hargai diri saya.
Tq Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment