.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, September 28, 2019

Culture Fundamentals from Edgar Schein


Semenjak dua menjak ini aku tertarik betul dengan topik organizational culture. Mana taknya, culture merupakan cabaran terhebat untuk aku laksana strategi yang ingin aku realisasi dalam tugas aku waktu ini. Dalam banyak-banyak discussion tentang culture ini, aku paling tertarik dengan definasi culture oleh orang tua ini. Jom kita perhatikan apa makna culture according beliau ... 



Find Your Drive




Sometimes you just have to push yourself just to get out of bed.
You stay up 'til 2am just wishing you were dead.
You ask yourself, "Why can't it be someone else instead?"
You get tired of all the thoughts in your head.

You lose sight of who you want to be.
You blame yourself, screaming, "Why am I me?"
You wish you could just be free.
Open your eyes and you'll see

That life is what you make it, and sometimes it's hard.
We get battered and bruised, mistreated and scared.

We forget what's important.
We forget our drive.
We all need a focus point,
A reason to survive.

Find your passion.
Find your drive.
Find something that makes you fight,
And you will survive.

Rise




I will rise
After every fall.
I will rise
And stand tall.

I will rise
Over the wall.
I will rise
Above them all.

Like the sun,
Which never dies.
Though sets every night,
Every day it does rise.

Like the ocean
Whose tides
Many times they are down,
But invariably they rise.

Like the trees,
From seeds they arise,
And heights great
They rise and rise.

After falling once,
Twice and thrice,
Again and again
I will rise and rise.

I will rise
After every fall.
After every fall
I will rise.

Time




Tick tock...tick tock...
Life is counting down on your internal clock.

Memories that feel as if they occurred yesterday
turn to flashes of moments that seem to fade away.

People you once knew
walk by without a clue.

The times you once shared
exist as if you were never there.

Years fly...friends die...
and you never know when you'll say your last goodbye.

Oh, how I wish I could turn back time,
spend it with loved ones and cherish what once was mine.

Or to go back even more,
being a kid in a candy store.

But back to reality...back to today,
family is scarce and memories continue to fade away.

Tick tock...tick tock...
How I wish I could control this clock.

The Story of Robert Davila


Cerita ini sangat memberi inspirasi kepada saya. Moga Allah rahmati beliau. Mari sama-sama kita tontoni cerita beliau ini. Moga kita dapat banyak pedoman darinya ...



Quotes for September 2019 Pt 2










Mengapa Budaya Juara Part 1



Situasi Masakini

Satu perkara yang pasti di waktu ini, dunia bisnes memang amat kompetitif disebabkan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah dan kian mendesak. Kerap kali kita dengari rungutan satu-satu bisnes itu mengenai kehendak pelanggan yang kian cerewet disebabkan pelanggan itu mempunyai banyak pilihan di dalam pasaran.

Ditokok tambah pula dengan perkembangan teknologi dan dunia teknologi informasi menyebabkan banyak bisnes kelihatan berlumba-lumba untuk menggunapakai teknologi-teknologi ini untuk memenangi hati pelanggan.

Memang benar setiap bisnes itu perlu mempertimbangkan soal-soal di atas tetapi apakah perkara asas yang perlu dititik berat oleh satu-satu bisnes itu bagi memastikan bisnes mereka terus kekal relevan dalam dunia bisnes yang penuh disruptif ini?


Empat Persoalan Kritikal Satu Bisnes

Satu kajian yang telah dibuat sebelum ini ke atas beberapa unit-unit bisnes menunjukkan bahawa ada empat persoalan yang perlu dipertimbangkan. Empat persoalan tersebut ialah;

1.            Adakah pelanggan sanggup membayar pada kadar harga yang bisnes itu mahukan?
2.            Adakah bisnes mampu menawarkan nilai produk atau perkhidmatan secara berterusan?
3.            Adakah Pelanggan berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan?
4.            Adakah pelanggan yakin (trust) dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan?


Diyakini bilamana satu-satu bisnes itu mampu memenuhi kehendak keempat-empat persoalan ini dengan penuh kualiti dan secara berterusan, bisnes itu akan mampu terus maju dalam industri yang diceburinya. Selanjutnya, mari kita selami setiap empat soalan ini dengan lebih mendalam.


1.            Adakah pelanggan sanggup membayar pada kadar harga yang bisnes itu mahukan?

Selama satu bisnes itu wujud, pernahkah persoalan ini ditanyakan kepada bisnes itu sendiri? Soalan itu amat penting bagi satu bisnes itu kerana bisnes itu perlu menyedari bahawa pelanggan mereka bukan sahaja boleh mendapatkan produk (product) atau perkhidmatan (service) mereka daripada mereka sahaja tetapi boleh juga mendapatkannya daripada pesaing mereka!

Satu bisnes itu perlu mencari jawapan kepada dua persoalan ini agar pelanggan mereka sudi mendapatkan produk atau perkhidmatan tersebut dari mereka;

a)            Bagaimana produk atau perkhidmatan mereka membantu pelanggan mereka menyelesaikan tugas mereka ataupun membantu menyelesaikan masalah mereka?

b)            Apakah kelebihan yang ada pada produk atau perkhimatan mereka berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh pesaing mereka?

Jawapan kepada kedua-dua soalan inilah sebenarnya merupakan nilai (value) yang ditawarkan menerusi produk atau perkhidmatan satu bisnes tersebut. Jika satu bisnes itu benar-benar berusaha mencari jawapan kepada dua soalan ini, barulah pelanggan mereka akan lebih mempertimbangkan produk atau perkhidmatan mereka berbanding dengan produk atau perkhidmatan dari pesaing mereka. 

Pengalaman telah menunjukkan bahawa pelanggan akan tetap mendapatkan produk atau perkhidmatan yang menawarkan nilai ini walaupun harganya lebih mahal berbanding dari pesaing bisnes tersebut! Inilah sebenarnya yang dimaksudkan dalam pepatah, ‘Alah membeli menang memakai’ (value for money)


2.            Adakah bisnes mampu menawarkan nilai produk atau perkhidmatan secara berterusan?

Bertolak dari persoalan pertama di atas, semestinya selepas itu satu bisnes itu perlu berusaha dengan menggunapakai segala sumber yang ada bagi membina nilai yang telah dikenalpasti di dalam produk atau perkhimatan mereka.

Satu bisnes itu perlu sentiasa mencari jalan untuk membina nilai produk atau perkhidmatan pada tahap yang paling maksima dengan mengguna-pakai sumber dengan paling optima. Sekiranya kenyataan ini diambilkira disetiap elemen bisnes, pasti ianya bakal meletakkan bisnes tersebut pada satu tahap yang paling kompetitif dalam pasaran yang disertainya.

Inilah perkara yang perlu diambil kira oleh satu bisnes itu bagi memastikan bisnes tersebut mampu menawarkan nilai produk atau perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelanggan bisnes tersebut secara berterusan.


3.            Adakah Pelanggan berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan?

Persoalan ketiga ini sebenarnya dengan sendiri terjawab bilamana satu bisnes itu telah mempertimbang dan berusaha memenuhi tuntutan persoalan pertama dan kedua di atas.

Apapun diperingkat ini, sangat penting untuk satu bisnes itu berusaha mendapatkan maklumat pelanggan mengenai pengalaman mereka dengan produk atau perkhidmatan bisnes itu. Maklumat ini perlu digunakan untuk menambahbaik segala elemen di dalam persoalan pertama dan kedua di atas.

  
4.            Adakah pelanggan yakin (trust) dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan?

 Persoalan ini sebenarnya dengan sendiri terjawab bilamana satu bisnes itu mampu melakukan apa yang dinyatakan di dalam persoalan ketiga diatas secara berulang kali dan berterusan.

Soal yakin (trust) pelanggan terhadap satu bisnes itu sebenarnya merupakan satu perkara yang sangat berharga bagi satu bisnes itu. Satu bisnes itu perlu berusaha melakukan apa sahaja bagi memastikan yakin pelanggan ini tidak dicacati.

Sebagai panduan untuk memastikan soal trust ini sentiasa diambilberat ialah dengan sentiasa mengambil berat empat persoalan yang telah dibincangkan di atas.

Mengapa Budaya Juara Part 2


Kaedah Menangani Empat Persoalan Kritikal Satu Bisnes

Semestinya satu bisnes itu perlu mempunyai satu kaedah yang sistematik dan praktikal bagi menangani empat persoalan di atas secara berterusan. Berdasarkan kajian terhadap keperluan ini, satu-satu bisnes itu perlu menwujudkan satu budaya yang mengandungi elemen-elemen berikut;

1)            Jati Strategi
2)            Jati Diri
3)            Jati Pasukan


Apakah yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga “Jati’ ini?

1)            Jati Strategi

Secara asasnya, Jati Strategi bermaksud satu bisnes itu perlu mempunyai satu model bisnes (business model) bagi idea bisnes (business idea – product or service) yang relevan dengan suasana industri yang diceburi. Kenyataan ini benar baik bagi satu bisnes besar, sederhana dan kecil.

Satu model bisnes itu perlu menjawab tiga persoalan;

a)            Bagaimana bisnes memposisi produk/erkhidmatan di mata pelanggan? (Positioning)
b)            Bagaimana bisnes mengeluarkan produk/perkhidmatan yang dikehendaki pelanggan? (Production)
c)            Bagaimana bisnes menghasilkan keuntungan hasil daripada ‘positioning’ dan ‘production’? (Profit)

Tiga persoalan ini akan sentiasa berubah dan satu bisnes itu perlu sentiasa peka untuk mengubahsuai model bisnes berdasarkan perubahan Politik, Ekonomi, Sosial, Teknologi, Legal dan Etik/Environmen (PESTLE)

Walaupun satu bisnes itu mempunyai strategi yang mantap tetapi jika strategi itu tidak diusahakan untuk mengeluarkan hasil yang diingini, semestinya strategi tu akan hanya menjadi ‘gajah putih’.


2)            Jati Diri

Dari beberapa siri pemerhatian yang dilakukan sebelum ini, bagi merealisasi strategi, ianya sangat bergantung kepada cara fikir (mindset) anggota kerja bisnes tersebut. Seseorang anggota kerja satu bisnes yang mempunyai cara fikir yang kukuh dan berdaya maju inilah yang dinamakan sebagai Jati Diri.

Persoalan mengenai Jati Diri sememangnya satu masalah besar dalam satu bisnes. Sering kali didengari rungutan dari pelbagai pihak tentang ketidakupayaan bagi menangani isu ini.

Apapun, sebagai permulaan, persoalan untuk menangani ketidakupayaan membina Jati Diri ini boleh di atasi dengan menekankan bahawa seorang anggota kerja itu perlu jelas tentang soal Kenapa (Why) dan Bagaimana (How) bagi setiap tugas yang dilaksanakan.


3)            Jati Pasukan

Selain dari soal Jati Diri, satu lagi persoalan yang perlu diambilkira satu bisnes bagi melaksanakan strategi ialah soal keupayaan kemampuan setiap anggota kerja satu bisnes itu untuk bekerjasama bagi melaksana strategi tersebut. Keupayaan untuk bekerjasama inlah yang dinamakan sebagai Jati Pasukan.

Kebiasaannya bilamana satu bisnes itu mempunyai masalah kerjasama di kalangan anggota kerja, mereka akan selalu menganjurkan aktiviti ‘team building’. Namun dalam banyak perkara aktiviti team building ini tidak menekankan dua persoalan penting tentang soal kerjasama ini iaitu;

Mengapa (Why) perlu bekerjasama?
Bagaimana (How) perlu bekerjsama?

Diyakini dengan menekankan dua persoalan ini, satu bisnes itu mampu menwujudkan Jati Pasukan di kalangan anggota kerja mereka.


Rumusan

Bilamana ketiga-tiga ‘Jati’ ini iaitu Jati Strategi, Jati Diri dan Jati Pasukan dipelajari dan diamalkan secara berterusan dalam satu bisnes itulah sudahnya nantinya akan membentuk satu budaya hebat dalam bisnes tersebut. Budaya hebat ini saya namakan sebagai ‘Budaya Juara’.




Menyedari tentang keperluan membina ‘Budaya Juara’ ini dalam satu bisnes, telah wujud satu program khas yang bertajuk ‘Konsultasi Budaya Juara’ (KBJ). KBJ dilaksanakan dengan mengadunkan pendekatan pembelajaran dalam kelas dan ‘coaching’ bagi memastikan penerapan idea-idea KBJ di dalam satu bisnes.

Diyakini, KBJ inilah jawapan yang diperlukan oleh banyak bisnes bagi memastikan mereka bermula di tapak yang kukuh dalam mengharungi dunia bisnes masakini yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Mana Ada Hati Yang Ingin Terus Disakiti


Satu cetusan rasa terhadap state of LMTC, unit yang sedang aku terajui itu. Sengaja mahu buang karat-karat dalam kepal ini agar lepas ini aku punya kekuatan untuk bawa LMTC ke satu puncak yang diinginkan ...




Quotes for Sept 2019 Pt 1










Friday, August 30, 2019

31hb Ogos Tiba Lagi




Setiap kali tibamu Ogos
mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah
dalam matang akal fikir
semangat dan kudrat masih berbaki
merisik khabar pejuang yang jauh
dalam lipatan darmawisata merdeka
mahalnya nostalgia.

Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua
menyentak lolong makrifat membiak musim
ceriteranya berderai plotnya berkecai
mengirai skrip duga yang tak sudah
atas aspal fatamorgana bumi bertuah.

Ogos yang sujud di kaki merdeka
tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang
tetap menyimpul senyum
meskipun termateri kenangan pahit
yang mahal dan cantik.

Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi
bersama gemersik angin di bumi bertuah
mendewasakan ukhuwah dan ummah
siap siaga warga berdaulat memahat sejarah
dalam tamadun bangsa yang gah.

Terima kasih pejuang tanah merdeka
terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!

Malaysia.My



Quotes for August 2019 - Part 4










Quotes for August 2019 - Part 3










Pertama dan Terakhir




Jauh kita berjalan
mendukung semua kepercayaan
pertama dan terakhir
sekarang kita sampai
ke puncak tiada tercapai
keazaman pantang cair

Kita bersua hati
mengisi setiap janji
pertama dan terakhir
tiada hari kiranya
hingga bernanah dada
sumpah tiada termungkir

Gemuruh kita bersorak
bumi dan langit retak
pertama dan terakhir
berani kita bergerak
darah dan daging serentak
hingga ke saat akhir

padu kita berhasrat
hingga bumi kiamat
pertama dan terakhir
kuat jantung berdetak
untuk berpaling tidak
biar di gelegak air

Rela kita mengangkat
cita bangsa berdaulat
ke puncak murni berukir!

Tanahair




Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani

Engkau Ibu Murni
dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai

Telah kau rasa
segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
di mana-mana wajahmu tak pernah mati

Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan

 Bukankah dengan
kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan

Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.

Jiwa Hamba




Menung seketika sunyi sejenak
kosong di jiwa tak berpenghuni
hidup terasa diperbudak-budak
hanya suara melambung tinggi

Berpusing roda, beralih masa
berbagai neka, hidup di bumi
selagi hidup berjiwa hamba
pasti tetap terjajah abadi

Kalau hidup ingin merdeka
takkan tercapai hanya berkata
tetapi cuba maju ke muka
melempar jauh jiwa hamba

Ingatan kembali sepatah kata
dari ucapan seorang pemuka
di atas robohan Kota Melaka
kita dirikan jiwa merdeka

Pahlawan!



Pahlawan!
Jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan kau derhaka
maka kaulah pahlawan sebenarnya.

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semnatan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakt mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat.

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

Quotes for August 2019 - Part 2