.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, January 21, 2019

Apa itu SLTC?



SLTC merupakan satu unit bisnes baru dalam ILSAS yang menumpukan kepada memberi khidmat latihan dan konsultansi dalam Pembangunan Kepimpinan (Leadership Development) bagi setiap peringkat dalam satu organisasi. SLTC telah ditubuhkan pada 1hb Mei 2018 yang dianggotai oleh 15 orang ahli pasukan yang mempunyai kepakaran khusus dalam Pembangunan Kepimpinan.

Buat masa ini, tumpuan khidmat kami ialah terhadap semua anggota kerja unit bisnes dalam TNB, anak-anak syarikat TNB dan organisasi di luar TNB. Kami mampu menawarkan nilai kepada bakal pelanggan kami dari segi membantu membina Mindset Bisnes, membina ‘Customer Centricity’ dan membangun kepimpinan secara sistematik dan berterusan menggunakan rangkakerja ‘Future-Engage-Deliver’ (FED).

Berbekalkan kepada amalan Nilai Bersama M.A.H.I.R. (Meaning at Work + Analytical Mindset + Human Connection + Identify for Branding + Research Culture), kami yakin inilah yang akan memberi ‘roh’ dalam usaha memberi khidmat terbaik kepada pelanggan kami.

Kaedah penyampaian program-program kami bukan sahaja terhad kepada kaedah konvensional seperti penyampaian idea menerusi bilik seminar tetapi juga menekankan penyampaian idea menerusi konsep ‘Just - In - Time’ (memberi info yang hanya diperlukan pelanggan bagi menangani masalah atau cabaran tugas mereka), ‘microlearning’ (menyampaikan idea sekitar 3 jam) dan ‘webinar’ (menyampaikan idea menerusi online).

Agar idea yang disampaikan itu mudah dihadam, kami menekankan penggunaan ‘case study’, 'simulation' dan ‘gamification’ dalam menyampaikan satu-satu idea tersebut. Disamping itu kami juga memberi khidmat ‘coaching’ untuk setiap idea yang telah disampaikan.

Bagi memastikan khidmat SLTC sentiasa terkini dan relevan, baru-baru ini SLTC telah berjaya menjadi ‘approved centre’ kepada Institute of Leadership and Management (ILM) yang berpengkalan di United Kingdom.

ILM yang mempunyai jaringan ilmu dan pelanggan khasnya dalam bidang pembangunan kepimpinan di seluruh dunia itu sudah pasti dapat membantu SLTC memberi khidmat kepada pelanggan SLTC sesuai dengan keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah disebabkan kesan disruptif dalam industri mereka.

Kami mohon agar tuan puan sudi menggunakan khidmat kami dan janji kami akan membantu para pemimpin sekelian mencapai matlamat unit bisnes disamping membangunkan mutu kepimpinan masing-masing.

Nota: Sebagai satu inisiatif ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR), kami bersedia memberi ‘talk’ dalam bidang kepimpinan sekitar 2 jam secara percuma kepada mana-mana organisasi yang berminat.

No comments:

Post a Comment