Saturday, April 20, 2019
Koleksi Pantun Nasihat 5
Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si
pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar
nasihat guru
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan
ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan
zaman berzaman
Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil
badan berjalur
Biar carik baju di
badan
Asalkan hati
bersih dan jujur
Pulau Pandan jauh ke
tengah
Gunung Daik
bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di
kenang juga
Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok
cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari
penyuluh hidup
Apa guna berkain
batik
Kalau tidak dengan
sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan
budinya
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke
tepian
Bersakit-sakit
dahulu
Bersenang-senang
kemudian
Buah cempedak diluar
pagar
Ambil galah tolong
jolokkan
Saya budak baru
belajar
Kalau salah tolong
tunjukkan
Koleksi Pantun Nasihat 4
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia
buatlah bakti
Kepada ibu dan
juga bapa
Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok
patah tiangnya
Budak kecil jangan di
peluk
Kalau dipeluk
patah tulangnya
Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat
kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak
orang lain
Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan
tenggiri
Jangan amalkan sikap
bakhil
Akan merosak diri
sendiri
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala
Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana
kasih
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di
Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat
kerana bahasa
Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di
atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama
datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat
jangan dilupa
Koleksi Pantun Nasihat 3
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati
budinya
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada
Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah
dibuat
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali
petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing
rezeki datang
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma
berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja
menolak ombak
Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati
diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan
diubah
Koleksi Pantun Nasihat 2
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang Koleksi Pantun Nasihat 1
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Pantun Pemimpin
Tarian Johor tarian zapin
Tarian Kelantan ulit mayang
Kalau hendak jadi pemimpin
Selain bijak perlu sembahyang
Sungguh cantik bunga ditaman
Bunga raya ditanam sebelah
Pemimpin amanah serta beriman
Rakyat dipimpin ke jalan Allah
Hijau menguning padi di sawah
Tunduk berisi bagai nak rebah
Pendirian kukuh tidak goyah
Menghadap cabaran tidak gelabah
Kuala Lipis di negeri Pahang
Jauh dari Tasik Bera
Jangan ditakut jantannya orang
Hidup mati di tangan yang Esa
Berdayung mudek ke Kuala Sepat
Kolek bocor dikayuhi juga
Kalau menimbang sama berat
Kalau mengukur sama tepat
Duduk Jebat bersila panggung
Satria pembela paling terulung
Karam di laut jadi pelampung
Lumpuh di darat jadi pendukung
Makan sirih berulas pinang
Pinang berasal dari Jerteh
Meski hanya sehalus benang
Tetap dijelas kemana dialih
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga
Kata Pilihan April 2019
Atasilah satu kesulitan maka anda akan terhindari dari
ratusan kesulitan lain.
Diantara mimpi-mimpi esok dan penyesalan tentang hari-hari
kelmarin ada kesempatan emas hari ini.
Tidak ada satupun ubat yang mampu menyembuhkan rasa sakit
hati kecuali keiklhasan.
Kita mampu mengenali seseorang itu melalui pelbagai
perbuatannya.
Seandainya setiap orang sudi mengampuni orang lain seperti
beliau mengampuni dirinya sendiri, kita tentu akan mempunyai dunia yang ideal.
Seorang pemimpin adalah orang yang melihat lebih banyak dari
pada yang dilihat orang lain, melihat lebih jauh dari pada yang dilihat orang
lain dan melihat sebelum orang lain melihat.
Bukalah mata sewaktu berjalan, kerana dengan cara itu mudah
untuk kita bertemu dengan kesempatan. Adapun kesempatan itu sendiri buta. Peganglah
erat-erat, kerana kesempatan itu datang dan pergi tanpa memberitahu.
Sifat cinta sama seperti air dalam tanah. Apabila anda
menggali tidak cukup dalam, yang anda perolehi adalah air yang keruh. Apabila
anda menggali cukup dalam, yang anda perolehi adalah air yang bersih dan jernih.
Kita diberitahu bahwa bakat mencipta kesempatan-kesempatan,
tetapi kadang-kala kelihatan bahawa hasrat yang kuat bukan saja mampu mencipta
kesempatan-kesempatan, namun juga bakat-bakat.
Kasih ibu itu seperti lingkaran, tak berawal dan tak
berakhir. Kasih ibu selalu berputar makin meluas, menyentuh setiap orang yang
ditemuinya. Melingkupinya seperti kabus pagi, menghangatkannya seperti mentari
siang dan menyelimutinya seperti bintang malam.
Pada teman yang paling baik manapun kita tidak dapat meminta
apa yang tidak dapat diberikannya.
wework Business Model
Mari kita renungkan business model satu company yang tiba-tiba menjadi tumpuan ramai dalam dunia bisnes ... wework
Value Proposition Canvas for UBER
Lately ini, saya sering kali guna Value Proposition Canas dalam lecture saya. Memang menarik tool ini. Sebagai contoh lihat bagaimana tool ini menerangkan dengan mudah bagaimana UBER creates value proposition mereka ...
Subscribe to:
Posts (Atom)