Saturday, April 20, 2019
Koleksi Pantun Nasihat 4
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia
buatlah bakti
Kepada ibu dan
juga bapa
Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok
patah tiangnya
Budak kecil jangan di
peluk
Kalau dipeluk
patah tulangnya
Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat
kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak
orang lain
Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan
tenggiri
Jangan amalkan sikap
bakhil
Akan merosak diri
sendiri
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala
Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana
kasih
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di
Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat
kerana bahasa
Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di
atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama
datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat
jangan dilupa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment