Wednesday, May 1, 2019
Koleksi Pantun Nasihat 11
Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di
atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia
dimakan
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang
memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan
guru
Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah
terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap
dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena
jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua
kita hormat
Sorong papan tarik papan
Buah keranji
dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak
tak mahu
Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan
membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi
bahasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment