Apakah yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga “Jati’ ini?
Saturday, September 28, 2019
Mengapa Budaya Juara Part 2
Kaedah Menangani Empat Persoalan Kritikal Satu Bisnes
Semestinya satu bisnes itu perlu mempunyai satu kaedah yang
sistematik dan praktikal bagi menangani empat persoalan di atas secara
berterusan. Berdasarkan kajian terhadap keperluan ini, satu-satu bisnes itu
perlu menwujudkan satu budaya yang mengandungi elemen-elemen berikut;
1) Jati
Strategi
2) Jati Diri
3) Jati
Pasukan
Apakah yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga “Jati’ ini?
1) Jati
Strategi
Secara asasnya, Jati Strategi bermaksud satu bisnes itu
perlu mempunyai satu model bisnes (business model) bagi idea bisnes (business
idea – product or service) yang relevan dengan suasana industri yang diceburi.
Kenyataan ini benar baik bagi satu bisnes besar, sederhana dan kecil.
Satu model bisnes itu perlu menjawab tiga persoalan;
a) Bagaimana
bisnes memposisi produk/erkhidmatan di mata pelanggan? (Positioning)
b) Bagaimana
bisnes mengeluarkan produk/perkhidmatan yang dikehendaki pelanggan?
(Production)
c) Bagaimana
bisnes menghasilkan keuntungan hasil daripada ‘positioning’ dan ‘production’?
(Profit)
Tiga persoalan ini akan sentiasa berubah dan satu bisnes itu
perlu sentiasa peka untuk mengubahsuai model bisnes berdasarkan perubahan
Politik, Ekonomi, Sosial, Teknologi, Legal dan Etik/Environmen (PESTLE)
Walaupun satu bisnes itu mempunyai strategi yang mantap
tetapi jika strategi itu tidak diusahakan untuk mengeluarkan hasil yang
diingini, semestinya strategi tu akan hanya menjadi ‘gajah putih’.
2) Jati Diri
Dari beberapa siri pemerhatian yang dilakukan sebelum ini,
bagi merealisasi strategi, ianya sangat bergantung kepada cara fikir (mindset)
anggota kerja bisnes tersebut. Seseorang anggota kerja satu bisnes yang
mempunyai cara fikir yang kukuh dan berdaya maju inilah yang dinamakan sebagai
Jati Diri.
Persoalan mengenai Jati Diri sememangnya satu masalah besar
dalam satu bisnes. Sering kali didengari rungutan dari pelbagai pihak tentang
ketidakupayaan bagi menangani isu ini.
Apapun, sebagai permulaan, persoalan untuk menangani
ketidakupayaan membina Jati Diri ini boleh di atasi dengan menekankan bahawa
seorang anggota kerja itu perlu jelas tentang soal Kenapa (Why) dan Bagaimana
(How) bagi setiap tugas yang dilaksanakan.
3) Jati
Pasukan
Selain dari soal Jati Diri, satu lagi persoalan yang perlu
diambilkira satu bisnes bagi melaksanakan strategi ialah soal keupayaan
kemampuan setiap anggota kerja satu bisnes itu untuk bekerjasama bagi melaksana
strategi tersebut. Keupayaan untuk bekerjasama inlah yang dinamakan sebagai
Jati Pasukan.
Kebiasaannya bilamana satu bisnes itu mempunyai masalah
kerjasama di kalangan anggota kerja, mereka akan selalu menganjurkan aktiviti
‘team building’. Namun dalam banyak perkara aktiviti team building ini tidak
menekankan dua persoalan penting tentang soal kerjasama ini iaitu;
Mengapa (Why) perlu bekerjasama?
Bagaimana (How) perlu bekerjsama?
Diyakini dengan menekankan dua persoalan ini, satu bisnes
itu mampu menwujudkan Jati Pasukan di kalangan anggota kerja mereka.
Rumusan
Bilamana ketiga-tiga ‘Jati’ ini iaitu Jati Strategi, Jati
Diri dan Jati Pasukan dipelajari dan diamalkan secara berterusan dalam satu
bisnes itulah sudahnya nantinya akan membentuk satu budaya hebat dalam bisnes
tersebut. Budaya hebat ini saya namakan sebagai ‘Budaya Juara’.
Menyedari tentang keperluan membina ‘Budaya Juara’ ini dalam
satu bisnes, telah wujud satu program khas yang bertajuk ‘Konsultasi Budaya
Juara’ (KBJ). KBJ dilaksanakan dengan mengadunkan pendekatan pembelajaran dalam
kelas dan ‘coaching’ bagi memastikan penerapan idea-idea KBJ di dalam satu
bisnes.
Diyakini, KBJ inilah jawapan yang diperlukan oleh banyak
bisnes bagi memastikan mereka bermula di tapak yang kukuh dalam mengharungi
dunia bisnes masakini yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment