Saturday, September 28, 2019
Mengapa Budaya Juara Part 1
Situasi Masakini
Satu perkara yang pasti di waktu ini, dunia bisnes memang
amat kompetitif disebabkan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah dan kian
mendesak. Kerap kali kita dengari rungutan satu-satu bisnes itu mengenai
kehendak pelanggan yang kian cerewet disebabkan pelanggan itu mempunyai banyak
pilihan di dalam pasaran.
Ditokok tambah pula dengan perkembangan teknologi dan dunia
teknologi informasi menyebabkan banyak bisnes kelihatan berlumba-lumba untuk
menggunapakai teknologi-teknologi ini untuk memenangi hati pelanggan.
Memang benar setiap bisnes itu perlu mempertimbangkan
soal-soal di atas tetapi apakah perkara asas yang perlu dititik berat oleh
satu-satu bisnes itu bagi memastikan bisnes mereka terus kekal relevan dalam
dunia bisnes yang penuh disruptif ini?
Empat Persoalan Kritikal Satu Bisnes
Satu kajian yang telah dibuat sebelum ini ke atas beberapa
unit-unit bisnes menunjukkan bahawa ada empat persoalan yang perlu
dipertimbangkan. Empat persoalan tersebut ialah;
1. Adakah pelanggan
sanggup membayar pada kadar harga yang bisnes itu mahukan?
2. Adakah
bisnes mampu menawarkan nilai produk atau perkhidmatan secara berterusan?
3. Adakah
Pelanggan berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan?
4. Adakah
pelanggan yakin (trust) dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan?
Diyakini bilamana satu-satu bisnes itu mampu memenuhi
kehendak keempat-empat persoalan ini dengan penuh kualiti dan secara
berterusan, bisnes itu akan mampu terus maju dalam industri yang diceburinya.
Selanjutnya, mari kita selami setiap empat soalan ini dengan lebih mendalam.
1. Adakah
pelanggan sanggup membayar pada kadar harga yang bisnes itu mahukan?
Selama satu bisnes itu wujud, pernahkah persoalan ini
ditanyakan kepada bisnes itu sendiri? Soalan itu amat penting bagi satu bisnes
itu kerana bisnes itu perlu menyedari bahawa pelanggan mereka bukan sahaja
boleh mendapatkan produk (product) atau perkhidmatan (service) mereka daripada
mereka sahaja tetapi boleh juga mendapatkannya daripada pesaing mereka!
Satu bisnes itu perlu mencari jawapan kepada dua persoalan
ini agar pelanggan mereka sudi mendapatkan produk atau perkhidmatan tersebut
dari mereka;
a) Bagaimana
produk atau perkhidmatan mereka membantu pelanggan mereka menyelesaikan tugas
mereka ataupun membantu menyelesaikan masalah mereka?
b) Apakah
kelebihan yang ada pada produk atau perkhimatan mereka berbanding dengan apa
yang ditawarkan oleh pesaing mereka?
Jawapan kepada kedua-dua soalan inilah sebenarnya merupakan
nilai (value) yang ditawarkan menerusi produk atau perkhidmatan satu bisnes tersebut.
Jika satu bisnes itu benar-benar berusaha mencari jawapan kepada dua soalan
ini, barulah pelanggan mereka akan lebih mempertimbangkan produk atau
perkhidmatan mereka berbanding dengan produk atau perkhidmatan dari pesaing
mereka.
Pengalaman telah menunjukkan bahawa pelanggan akan tetap mendapatkan
produk atau perkhidmatan yang menawarkan nilai ini walaupun harganya lebih
mahal berbanding dari pesaing bisnes tersebut! Inilah sebenarnya yang
dimaksudkan dalam pepatah, ‘Alah membeli menang memakai’ (value for money)
2. Adakah
bisnes mampu menawarkan nilai produk atau perkhidmatan secara berterusan?
Bertolak dari persoalan pertama di atas, semestinya selepas
itu satu bisnes itu perlu berusaha dengan menggunapakai segala sumber yang ada
bagi membina nilai yang telah dikenalpasti di dalam produk atau perkhimatan
mereka.
Satu bisnes itu perlu sentiasa mencari jalan untuk membina
nilai produk atau perkhidmatan pada tahap yang paling maksima dengan
mengguna-pakai sumber dengan paling optima. Sekiranya kenyataan ini diambilkira
disetiap elemen bisnes, pasti ianya bakal meletakkan bisnes tersebut pada satu
tahap yang paling kompetitif dalam pasaran yang disertainya.
Inilah perkara yang perlu diambil kira oleh satu bisnes itu
bagi memastikan bisnes tersebut mampu menawarkan nilai produk atau perkhidmatan
yang dikehendaki oleh pelanggan bisnes tersebut secara berterusan.
3. Adakah
Pelanggan berpuas hati dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan?
Persoalan ketiga ini sebenarnya dengan sendiri terjawab bilamana
satu bisnes itu telah mempertimbang dan berusaha memenuhi tuntutan persoalan
pertama dan kedua di atas.
Apapun diperingkat ini, sangat penting untuk satu bisnes itu
berusaha mendapatkan maklumat pelanggan mengenai pengalaman mereka dengan
produk atau perkhidmatan bisnes itu. Maklumat ini perlu digunakan untuk
menambahbaik segala elemen di dalam persoalan pertama dan kedua di atas.
4. Adakah
pelanggan yakin (trust) dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan?
Soal yakin (trust) pelanggan terhadap satu bisnes itu
sebenarnya merupakan satu perkara yang sangat berharga bagi satu bisnes itu.
Satu bisnes itu perlu berusaha melakukan apa sahaja bagi memastikan yakin
pelanggan ini tidak dicacati.
Sebagai panduan untuk memastikan soal trust ini sentiasa
diambilberat ialah dengan sentiasa mengambil berat empat persoalan yang telah
dibincangkan di atas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment