Monday, October 28, 2019
Nota Peribadi
Nota untuk peringatan diri sebelum lelap malam ini ...
Sebentar tadi terdengar cerita mengenai seseorang yang
sedang menghadapi ujian yang sangat besar dari Tuhannya. Walaupun begitu,
beliau kelihatan sangat tenang dan semangatnya begitu tinggi sekali. Seseorang
bertanya kepada beliau bagaimana beliau mampu jadi begitu dalam saat menghadapi
ujian tersebut? Ini perkongsian beliau ...
1. Berdamailah dengan diri sendiri. Maksudnya, terimalah
kenyataan bahawa Tuhan telah pilih diri kita untuk mempunyai baik dan buruk
yang ada pada diri kita sekarang.
2. Berdamailah dengan apa yang berlaku pada masa lalu,
sekarang maupun di masa depan. Maksudnya, terimalah kenyataan apa yang berlaku
dalam hidup kita ini adalah dengan kehendakNya. Segalanya tidak sia-sia. Pasti
ada hikmah dariNya.
3. Maka atas sebab dua realiti di atas, gunakanlah segala
ruang dan peluang yang ada untuk please Allah. Pasti kita tidak rugi malah
diberi banyak kebaikan baik disini mahupun disana.
Meremang bulu roma saya mendengar perkongsian beliau ini.
Mudah tetapi tersangat dalam maknanya. Moga ada gunanya perkongsian beliau ini
untuk hidup kita. Moga Allah rahmati dan berkati hidup beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment