Tuesday, January 21, 2020
Ilmu Syariat, Hakikat dan Makrifat
Sudah lama sebahagian orang memanggil ilmu syariat itu ilmu
hukum hakam, lalu mendakwa ahli syariat adalah ustaz-ustaz fiqh yang belajar
fekah hukum halal haram makruh harus saja. Lalu dikatakan untuk beragama rasa
diri berTuhan itu perlu jalan tariqat agar boleh capai ilmu kesempurnaan kepada
syariat tadi iaitu ilmu hakikat dan makrifat.
Ada orang keliru ulama-ulama fiqh dan hadis hanya berbicara
soal fiqh hukum hakam dan mengabaikan pentingnya hakikat dan makrifat, hingga
akhirnya para pengikut fiqh ini tidak faham makna iman sebenar, penyucian jiwa,
dan tidak membuahkan akhlak yang cantik dalam agama.
Sebenarnya, syariat itu bukan hukum fiqh semata-mata.
SYARIAT secara umum terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu AKIDAH, AKHLAK
dan HUKUM HAKAM (FIQH). Istilah FIQH itu sendiri tidak khusus kepada hukum
hakam amal, seperti Imam Abu Hanifah mujtahid ilmu fiqh, menulis perihal
TAUHID/AKIDAH dengan tajuk kitabnya, al-Fiqh al Akbar. Dan banyak sekali ulama
Hadis seperti Imam Bukhari bukan sekadar menulis dan meriwayatkan hadis, tetapi
juga ada memfokuskan berkaitan ADAB/AKHLAK seperti dalam kitab beliau, Adab
al-Mufrad.
Sebahagian ulama mengkelaskan ilmu berkaitan HATI (IMAN)
yang mengukuhkan AKIDAH dan AKHLAK lalu teguh taat menjaga HUKUM HAKAM (FIQH
IBADAT, MUAMALAT, MUNAKAHAT, JENAYAH),sebagai ILMU TASAWUF. ILMU TASAWUF ini
tak lain tak bukan, bersumber kepada ILMU AL QURAN dan HADIS juga.
Soal tawadhuk, zuhud, qanaah, akhlak yang baik, hati yang
sentiasa bertaubat, sabar, hikmah, mujahadah, uzlah, ahli zikir, amal soleh,
ikhlas, ihsan sehingga mencapai pertolongan Allah (maqam wali Allah) dan
lain-lain dalam ILMU TASAWUF semuanya bagi memenuhi kesempurnaan AKIDAH, AKHLAK
dan HUKUM HAKAM AMAL dan itulah keseluruhan SYARIAT ISLAM.
Para ulama mengkelas-kelaskan ilmu ini dengan nama-nama
kerana mahu menyusun ilmu ini secara sistematik agar mudah dipelajari dan
mendatangkan FAHAM dan FAQIH di kalangan umat yang menuntut ilmu. Jika HAKIKAT
dan MAKRIFAT itu juga suatu ilmu Islam, maka sewajarnya HAKIKAT dan MAKRIFAT
itu terkandung dalam TASAWUF, dan TASAWUF itu terkandung dalam SYARIAT. Dan
semuanya itu asasnya AL QURAN dan HADIS.
NAK JADI AHLI SUFI, AHLI FIQH, MESTI JADI AHLI QURAN DAN
AHLI HADIS.
Islam tak dipelajari dengan rasa-rasa, common sense ikut
paradigma dogma dunia teras falsafah-falsafah kemanusiaan yang tak kehambaan,
rasa macam baik, rasa macam kool, rasa indie, rasa aktivis, rasa cukup bagus,
rasa macam lawan kezaliman, rasa reformis atau rasa revolusioner, rasa-rasa
yang tak teras pada ilmu Quran dan Hadis, rasa-rasa yang buat diri lebih melulu
membantah, marah-marah, takut hidup susah, takut mati, cinta dunia, tamak dan
rasa nak berebut, tak puas hati sana sini, tak ada usaha bangun idea, tak ada
usaha nak berbantu-bantu, hari-hari bising sebab perut belum cukup diisi
buncit, rumah belum dibina megah, kenderaan belum cukup laju dan handal, nafsu
belum puas-puas, saban waktu rasa tak cukup-cukup nak rakus-rakusan. Bukan
begitu.
Oleh itu sebahagian ulama mewajibkan ILMU TASAWUF yang
bercerita soal tawadhuk, zuhud, qanaah, akhlak yang baik, hati yang sentiasa
bertaubat, sabar, hikmah, mujahadah, uzlah, ahli zikir, amal soleh, ikhlas,
ihsan sehingga mencapai pertolongan Allah (maqam wali Allah) dan lain-lain,
kerana semua itu MEMATIKAN NAFSU UNTUK RASA-RASA tadi.
Semua kerana kita mahu jadi orang Islam. Dan sesungguhnya
jadi orang Islam yang faham SYARIAT adalah jadi orang yang baik.
Sebelum dapat kemahuan untuk jadi orang baik, kita semak
diri adakah kita menangisi dosa-dosa kita hingga timbul penyesalan, timbul
sebak di dada, mengalir berderai-derai air mata saat kita hadap diri pada Allah
tiap kali SOLAT. Atau kita hanya mahu terus jadi umat islam yang begini, solat
lapan, solat dua puluh, tetap pesta berbazar-bazar dosa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya..
ReplyDeleteemail saya : tubuhsatu@gmail.com