Tuesday, January 21, 2020
Tertib Dalam Amalan: Syariat, Tarikat, Hakikat, Makrifat Part 3/3
6. Hikmah.
Ia adalah syarat atau tuntutan kedua untuk mencapai hakikat.
Hikmah di sini bukan bermaksud bijaksana. Kalau bijaksana, orang Arab akan
sebut "Abqoriah". Hikmah di sini bukan bermaksud ilmu atau setakat
faham ilmu sahaja. Hikmah ialah ilmu dalam ilmu. Hikmah adalah rasa dan
penghayatan. Ia adalah rasa yang Allah campakkan ke dalam hati.
Untuk mendapat ilmu, kita boleh belajar. Tetapi untuk
mendapat hikmah, ilmu mesti diamal. Baru ilmu itu bukan setakat di akal tetapi
jatuh ke hati. Ilmu hati ini sahaja yang boleh mengubah dan menginsafkan orang.
Kalau ilmu lahir itu dikendalikan oleh akal, hikmah pula
ialah ilmu yang dikendalikan oleh roh atau hati.
Seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis ;
Maksudnya ; "Kalau kamu amal ilmu yang kamu tahu, Allah
akan ajar kamu ilmu [hikmah] yang kamu tidak tahu."
Untuk menjadi ulama itu senang. Tetapi untuk menjadi ahli
hikmah sangat susah. Ilmu adalah apa yang kita belajar tetapi hikmah adalah apa
yang Tuhan ajar kita
seperti dalam firman Allah ;
Maksudnya ; "Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah,
Allah akan ajar kamu ilmu [hikmah]. Sesungguhnya Allah Mengetahui segala
sesuatu." [Al Baqarah : Ayat 282]
Orang yang mendapat ilmu hikmah, dia mendekati nabi. Inilah
dua perkara yang perlu dititik beratkan kalau sekiranya amalan hendak
ditingkatkan dari peringkat tariqat kepada hakikat dan seterusnya kepada
makrifat.
Ia memerlukan penglibatan hati dan rohani dalam ibadah dalam
bentuk penjiwaan dan istiqamah terutamanya istiqamah batiniah di samping amalan
lahiriah yang baik dan rapi.
Kalau hati dan rohani tidak turut sama beribadah, agak
mustahil perkara ini boleh tercapai.
Untuk mendapat buah dari ibadah iaitu akhlak dan untuk
mencapai maqam-maqam mahmudah, ibadah mesti ada roh, mesti ada rasa-rasa, mesti
ada penjiwaan dan mesti ada penghayatan. Salahlah orang yang menafikan amalan
hati dan amalan rohani dalam ibadah.
Kalau amalan lahir sahaja dititikberatkan maka ia mungkin
memadai di peringkat syariat dan tariqat iaitu pada peringkat ilmu dan amal.
Memang itu kerja lahir. Tetapi untuk mendapat hasil dari ilmu dan amal tersebut
dan supaya ibadah boleh mendidik hati, amalan lahir semata-mata tidak memadai.
Dalam ertikata yang lain, untuk mencapai maqam hakikat dalam ibadah dan amalan,
itu bukan lagi kerja lahir. Itu adalah kerja hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment