Karya Maulana Jalaluddin al-Rumi begitu mendapat tempat di barat. Justeru, boleh dikatakan ketika ini hampir kesemua karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Profesor Arberry telah memujinya dengan berkata: ‘Beliau merupakan penyair mistik terbesar dalam sejarah manusia’. Jalaluddin al-Rumi dan Puisi Jalaluddin al-Rumi merupakan seorang ahli sufi yang hebat dalam mengutarakan puisi yang bersifat ketuhanan . Antara tajuk dan puisi yang diutarakannya adalah seperti yang berikut:-
Sunday, February 2, 2020
Karya Rumi
Karya Maulana Jalaluddin al-Rumi begitu mendapat tempat di barat. Justeru, boleh dikatakan ketika ini hampir kesemua karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Profesor Arberry telah memujinya dengan berkata: ‘Beliau merupakan penyair mistik terbesar dalam sejarah manusia’. Jalaluddin al-Rumi dan Puisi Jalaluddin al-Rumi merupakan seorang ahli sufi yang hebat dalam mengutarakan puisi yang bersifat ketuhanan . Antara tajuk dan puisi yang diutarakannya adalah seperti yang berikut:-
Cinta
Al-Rumi menjelaskan maksud cinta melalui puisinya: Dengan
cinta, yang pahit jadi manis, tembaga jadi emas; dengan cinta, keladak jadi
jernih, kesakitan jadi penawar; dengan cinta, penjara jadi taman, tanpanya
taman terbiar; Dengan cinta, batu jadi cair, tanpanya, lilin jadi sekeras
logam; Dengan cinta, sakit bertukar sihat, dan bala menjadi rahmat; Dengan
cinta, yang mati jadi hidup, dan raja menjadi hamba. Kata-kata al-Rumi
menghuraikan cinta: ‘Cinta ialah satu-satunya penyakit yang direstui pesakit;
dia tidak ingin pulih daripadanya. Bahkan pesakit cinta ingin supaya
kesakitannya bertambah’. ‘Semua yang sakit ingin dipulihkan, tetapi pesakit
cinta bertangisan seraya merayu, tambahkanlah sakitku!’. ‘Tidak aku dapati
minuman yang lebih manis daripada racun ini; tiada kesihatan yang lebih nyaman
daripada penyakit ini’.
Hati dan Alam Kalbu
Al-Rumi menganggap bahawa tiada
persamaan di antara hati yang hidup dan hati yang mati kecuali persamaan pada
panggilan dan persamaan pada jasad tempat ia menetap. Air longkang dan air
sungai kedua-duanya digelar air; tetapi yang satu menghilangkan dahaga,
sedangkan yang satu lagi cemar tiada berguna. Begitu juga dengan hati, yang
satu dimiliki oleh para auliya’ dan salihin. Hati mereka jernih, roh mereka
terangkat dan mulia. Hati yang satu pula berdenyut dalam jasad orang fasiq,
iaitu cuma seketul daging buat penambah berat badan. Kata engkau; hatiku,
hatiku! Tetapi bukankah hati sebenar, Terlebih tinggi daripada petala langit
yang tertinggi? Benar, dalam tanah hitam yang terkandung air; tetapi
terbasuhkah tanganmu dengan airnya? Kerana air itu tercemar dengan tanah, bagai
hatimu yang tercemar, dengan cemaran duniawi, maka jangan kata ini juga hati,
kerana hati sebenar terlebih tinggi daripada tujuh petala langit; itulah hati
para nabi dan orang suci.
Darjat dan Nilai Manusia
Falsafah dan agama yang
menyeleweng telah tersebar pada zaman itu. Akibatnya, susunan kehidupan
masyarakat menjadi terancam dan porak-peranda. Lalu dalam suasana ini, lahirlah
aliran sufi yang menyeru kepada aliran fana’ yang melampau. Slogan mereka ialah:
‘matilah kamu sebelum kamu dimatikan’. Akibat daripada fahaman dan falsafah
ini, tersebarlah kesusasteraan yang bersifat duka dan kecewa, yang memandang
kepada alam kehidupan dengan pandangan yang hitam dan pilu, yang menyeru kepada
pengasingan diri daripada bidang kehidupan, serta mengecam sifat kelelakian
yang menginginkan zuriat keturunan. Natijahnya, manusia hilang keyakinan
terhadap diri sendiri, tidak ada matlamat dalam kehidupan, putus harapan,
sentiasa berada dalam kebimbangan, tiada daya usaha untuk meningkatkan
kecemerlangan hidup, sehinggakan ada yang menganggap manusia lebih lemah dan
hina daripada haiwan dan tumbuhan. Jalaluddin al-Rumi cuba membetulkan
kesilapan yang berlaku di kalangan masyarakat pada masa itu melalui puisinya
yang menghuraikan nilai ketinggian manusia yang diciptakan Allah. ‘Bacalah
dalam surah al-Tin ungkapan ‘ahsani taqwim’, demi sesungguhnya roh itu adalah
mutiara yang berharga. Roh yang diciptakan dalam ciptaan paling sempurna,
melebihi kesempurnaan tujuh petala langit. Roh, yang sebaik-baik ciptaan ini,
di luar pencapaian fikiran’. ‘Mahkota ‘laqad karramna’ berada di atas kepalamu,
dan rantai ‘inna ‘atainaka’ tergantung pada dadamu. Katanya lagi: Setiap
keelokan, kecantikan dan kesempurnaan yang ada pada alam ini hanyasanya
diciptakan untuk kamu Mereka bertawaf di sekelilingmu Kamulah yang dicemburui
Oleh Malaikat Muqarrabun Tiadalah kamu berhajat kepada kecantikan yang lain
kerana diri kamulah kecantikan manusia ialah intan permata alam angkasa raya
pancaran cahayanya setiap yang lain hanyalah cabang dan tangga engkaulah maksud
dan matlamat segenap kejadian wajib berkhidmat kepadamu kamulah raja yang lain
pengiring tidak sayugia raja tunduk kepada pengiring.
Antara Ikhtiar dan Tawakal
Al-Rumi juga membangkitkan
semangat kaum muslimin ke arah usaha, kerja dan perjuangan. al-Rumi memuatkan
kesemuanya ini dalam Mathnawi. al-Rumi menolak sesetengah golongan sufi yang
menolak adanya usaha dan ikhtiar bagi manusia. Beliau menganggap ajaran
kerahiban, pemencilan diri daripada urusan duniawi adalah suatu yang bercanggah
dengan ajaran Islam. al-Rumi menegaskan: ‘Kalau hidup bermasyarakat suatu yang
tiada dikehendaki oleh Allah, nescaya Dia tidak fardhukan solat lima waktu
berjamaah, solat Jumaat dan tugas menyuruh yang baik dan mencegah kemungkaran’.
‘Campuri masyarakat, itulah maksud rahmat Allah; jangan abaikan syariat,
contohilah teladannya’. al-Rumi berkata lagi: ‘Nabi bersabda: Tatkala berserah
kepada Allah, ikatlah juga unta kamu’, fahamilah benar-benar kata hikmah, si
pekerja ialah kekasih Allah. Apabila bertawakkal, jangan lupa kepada cara dan
asbab’ ‘Hendaklah kamu menggabungkan di antara usaha dengan tawakkal kepada
Allah. Carilah sara hidup, berusaha gigih dan bekerja kuat. Berusahalah demi
menunaikan tanggungjawab kamu, kalau daya usaha kamu kendur, tentulah kamu
orang yang bodoh’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment