Monday, May 25, 2020
Alihbahasa Program Konsultansi Budaya Juara
Syukur, bulan ini selesai translate Program Konsultansi
Budaya Juara (KBJ) ke dalam Bahasa Inggeris dan ianya dikenali sebagai 'Culture
of Champions' Program. So lepas ini program ini boleh di bawa dalam Bahasa
Malaysia atau Bahasa Inggeris. Juga, ianya boleh dibawa secara offline maupun
offline.
Puas Hati!
Mengapa saya beriya-iya mahu translate KBJ ini ke dalam
Bahasa Inggeris?
Untuk menjawab persoalan ini, saya teringatkan perbualan
dengan seorang sahabat petang tadi. Saya beritahu beliau bahawa segala idea
dalam KBJ ini sangat diperlukan oleh seseorang pemimpin mahupun sesiapa sahaja
dalam satu organisasi itu menjadi produktif dalam tugasnya. Produktif disini
bermaksud seseorang itu mampu melaksanakan sebarang tugas beliau dalam kadar
masa, kos dan kualiti yang paling optima.
Bukankah itu yang menjadi cabaran utama kita dalam
organisasi selama ini?
Memandangkan pendekatan ini jarang saya nampak dalam
mana-mana usaha sebelum ini, terpanggil saya untuk berkongsi idea ini dengan
seberapa ramai orang agar mereka mampu bina produktiviti dalam tugas mereka.
Maka diharap dengan mampu membawa program KBJ samada dalam
Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris, program KBJ ini mampu menjangkau lebih
ramai orang.
Moga Allah berkati dan rahmati usaha ini. Aamiin.
Yesterday
Yesterday ... satu tempat yang banyak meninggalkan kenangan.
Apapun, agar hidup kita bahagia, semestinya kita perlu mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku di tempat bernama Yesterday ini.
Namun ramai manusia tidak begitu, mereka tidak belajar darinya. Sebaliknya mereka masih tinggal disitu lalu mengakibatkan hidup mereka berputar-putar sahaja.
Kita bagaimana? Jom kita hayati kata-kata dalam lagu Yesterday ini dan moga-moga kita mendapat ikhtibar darinya ...
Kata Hikmah untuk Bekalan Hidup
Kalau kau selalu melihat aib pada diri sahabatmu. Maka kau tak akan menemui seorang sahabat pun yang tak memiliki aib.
Ilmu itu seperti haiwan buruan sedangkan tulisan adalah tali
ikatannya. Maka ikatlah haiwan gembalamu dengan tali yang kuat.
Kamu sebenarnya adalah sebahagian dari doa yang termakbul
dan impian yang terwujud.
Kadangkala kita sentiasa dekat umpama dua tangan yang saling
mengenggam. Namun ada ketikanya kita terasa amat jauh umpama dua tangan yang
tidak pernah tersentuh.
Tragedi dalam kehidupan adalah saat kita terlalu cepat
menjadi tua, namun terlambat untuk jadi bijaksana.
Keadaan selesa adalah penjara kebebasan dan hambatan untuk
berkembang.
Banting otak kamu untuk mencari ilmu sebanyak-banyaknya bagi
mencari rahsia besar yang terkandung dalam benda besar bernama dunia ini,
tetapi pasanglah pelita dalam hati sanubari.
Orang paling bodoh adalah orang yang mengetahui Tuhan itu
Maha Pengampun, lalu dia jadikan itu sebagai alasan untuk terus berbuat dosa.
Elak menilai orang dari masa lalunya kerana kita semua sudah
tidak hidup di sana. Semua orang mampu berubah, izinkan mereka membuktikannya.
Betapa bodohnya manusia. Dia menghancurkan masa kini sambil
mengkhuatiri masa depannya, tetapi menangis di masa depan dengan mengingati
masa lalunya.
Setelah kamu mengganti fikiran negatif dengan yang positif,
kamu akan mulai mendapatkan hasil positif.
A Young British Muslim in Ramadan 2020
Saya tertarik dengan kesahnya seorang pemuda keturunan British ini, Obayd Fox. Video di bawah mengesahkan bagaimana beliau menjalani ibadah semasa Ramadan 2020 baru-baru ini.
Mengapa saya katakan kesahnya ini menarik kerana beliau telah membuktikan bahawa sebagai seorang Muslim berketurunan British, beliau masih mampu hidup dalam budaya keturunannya dengan tidak melakukan perkara-perkara yang di tegah Allah. Bukan itu sahaja, saya lihat menerusi pengamalan Islam di dalam hidupnya, beliau telah menjadikan kehidupannya lebih bermutu dan bermakna.
Betullah kata Rasul s.a.w., bahawa beliau diutuskan bagi melengkapkan kehidupan manusia.
Syabas Obayd!
Namrud
Individu bernama Namrud ini memang telah aku kenali semenjak aku kecil lagi. Pertama kali aku mengenali individu ini dari kelas agama yang aku hadiri semasa kecil-kecil dulu lagi.
Namun, individu ini makin aku kenali sejak akhir-akhir ini bilamana aku mula mengkaji sejarah dunia. Nama individu ini aku lihat punya pengaruh yang sangat kuat ke atas seluruh manusia sejagat terutama sekali bila dikaitkan dengan peristiwa akhir zaman.
Namun akibat menuruti tuntutan nafsu dan hasutan iblis, akhirnya beliau tersungkur asbab kemurkaan Tuhan Semesta Alam. Sejarah menunjukkan betapa hebatnya Namrud di zaman kegemilangannya dan akhirnya beliau hanya tewas dengan se ekor nyamuk tempang.
Berikut adalah satu video untuk renungan bersama dan lebih penting tanyakan pada diri apakah pelajaran yang boleh kita kutip dari kesahnya Namrud ini ...
Angin Menderu
Lagu Angin Menderu ini punya kenangan indah. Ini antara lagu yang selalu mak dan bapa saya jadikan dodoian mereka untuk menidurkan kamu adik beradik semasa kecil-kecil dahulu. Moga Allah merahmati dan memberkati Roh mereka berdua. Aamiin.
Namun, bila saya selidiki lirik lagu ini, nyata ada message yang sangat dalam. lirik lagu ini menyeru kita agar bersangka dan berbuat baik dengan kawan-kawan. Masih saya ingat inilah message yang sama yang selalu diulang oleh emak semasa kecil-kecil dahulu. Tak sangka dalam dodoian untuk tidur itu masih terkandung pendidikan dari ibu dan bapa saya.
Apapun, jom kita hayati lagu ini. Moga kita dapat suatu pelajaran darinya ...
Mengapa Membaca
Seseorang bertanya kpd saya mengapa saya membaca.
Perkara pertama yang terlintas dlm diri saya ialah membaca
mempertingkatkan ilmu dan keupayaan saya utk capai matlamat saya (tu sebab
penting ada matlamat!) - Sudut Intellectual.
Kedua, saya membaca kerana ianya membebaskan diri agar saya
lebih kreatif, inovatif dan punya harapan walaupun fizikal saya terkurung (mcm
waktu skrg ni) - Sudut Emotional.
Ketiga, saya membaca sebab ianya mampu membuat saya melihat
kebesaran Allah melalui ciptaanNya dan menyebabkan saya lebih yakin dan harap
padaNya - Sudut Spiritual.
Bukankah ini semua memperkasakan diri?
No wonder wahyu pertama bermula dengan Iqrak.
Subscribe to:
Posts (Atom)