.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, May 25, 2020

Alihbahasa Program Konsultansi Budaya Juara




Syukur, bulan ini selesai translate Program Konsultansi Budaya Juara (KBJ) ke dalam Bahasa Inggeris dan ianya dikenali sebagai 'Culture of Champions' Program. So lepas ini program ini boleh di bawa dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Juga, ianya boleh dibawa secara offline maupun offline.

Puas Hati!

Mengapa saya beriya-iya mahu translate KBJ ini ke dalam Bahasa Inggeris?

Untuk menjawab persoalan ini, saya teringatkan perbualan dengan seorang sahabat petang tadi. Saya beritahu beliau bahawa segala idea dalam KBJ ini sangat diperlukan oleh seseorang pemimpin mahupun sesiapa sahaja dalam satu organisasi itu menjadi produktif dalam tugasnya. Produktif disini bermaksud seseorang itu mampu melaksanakan sebarang tugas beliau dalam kadar masa, kos dan kualiti yang paling optima.

Bukankah itu yang menjadi cabaran utama kita dalam organisasi selama ini?

Memandangkan pendekatan ini jarang saya nampak dalam mana-mana usaha sebelum ini, terpanggil saya untuk berkongsi idea ini dengan seberapa ramai orang agar mereka mampu bina produktiviti dalam tugas mereka.

Maka diharap dengan mampu membawa program KBJ samada dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris, program KBJ ini mampu menjangkau lebih ramai orang.

Moga Allah berkati dan rahmati usaha ini. Aamiin.

No comments:

Post a Comment