.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, May 25, 2020

Kata Hikmah untuk Bekalan Hidup




Kalau kau selalu melihat aib pada diri sahabatmu. Maka kau tak akan menemui seorang sahabat pun yang tak memiliki aib.


Ilmu itu seperti haiwan buruan sedangkan tulisan adalah tali ikatannya. Maka ikatlah haiwan gembalamu dengan tali yang kuat.

Kamu sebenarnya adalah sebahagian dari doa yang termakbul dan impian yang terwujud.

Kadangkala kita sentiasa dekat umpama dua tangan yang saling mengenggam. Namun ada ketikanya kita terasa amat jauh umpama dua tangan yang tidak pernah tersentuh.

Tragedi dalam kehidupan adalah saat kita terlalu cepat menjadi tua, namun terlambat untuk jadi bijaksana.

Keadaan selesa adalah penjara kebebasan dan hambatan untuk berkembang.

Banting otak kamu untuk mencari ilmu sebanyak-banyaknya bagi mencari rahsia besar yang terkandung dalam benda besar bernama dunia ini, tetapi pasanglah pelita dalam hati sanubari.

Orang paling bodoh adalah orang yang mengetahui Tuhan itu Maha Pengampun, lalu dia jadikan itu sebagai alasan untuk terus berbuat dosa.

Elak menilai orang dari masa lalunya kerana kita semua sudah tidak hidup di sana. Semua orang mampu berubah, izinkan mereka membuktikannya.

Betapa bodohnya manusia. Dia menghancurkan masa kini sambil mengkhuatiri masa depannya, tetapi menangis di masa depan dengan mengingati masa lalunya.

Setelah kamu mengganti fikiran negatif dengan yang positif, kamu akan mulai mendapatkan hasil positif.

No comments:

Post a Comment