Saturday, July 25, 2020
Sebenarnya apakah puncak nikmat dalam kehidupan ini?
Puncak nikmat tersebut ialah hati yang bahagia. Antara sedar
tak sedar, itulah yang dicari manusia.
Bila kita susah, hati kita bahagia = Kita tetap bahagia.
Bila kita senang, hati kita bahagia = Kita tetap bahagia.
Bila kita susah, hati kita x bahagia = Kita tetap x bahagia.
Bila kita senang, hati kita x bahagia = Kita tetap x
bahagia.
Sudahnya, kita susah ker or senang ker bukan penyebab hati
kita bahagia atau sebaliknya. Hati yang bahagia datang dari hati yang sentiasa
tunduk kepada Allah.
Para Nabi dan Rasul yang terdahulu rata-rata telah
menunjukkan kepada kita bahawa apa yang perlu diusahakan ialah turuti perintah
Allah di masa senang mahupun susah agar capai Redha Allah yang membawa kepada
hati yang bahagia.
Namun ramai manusia telah mempunyai perspektif yang silap
dalam hidup ini bilamana beliau melihat keadaan hidup yang susah atau senang
sebagai penentu kebahagiaan beliau. No wonder ramai yang stress.
Sebaliknya jom kita jadikan senang atau susah kita sebagai
alat untuk mencapai Redha Allah lalu membawa kepada hati yang bahagia. Ini satu
perubahan mindset yang perlu diusahakan untuk membina hidup yang sejahtera
bahagia kaya dunia akhirat.
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment