Rukun Negara menjadi panduan bagi rakyat memupuk
semangatsetia kawan dan kecemerlangan
hidup bermasyarakat serta bernegara. Selain itu Rukun Negara bermatlamat membentuk
masyarakat yang adil dansaksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama-sama.
Prinsip Rukun Negara sebenarnya berkait rapat antara satu
sama lain.Kepercayaan kepada Tuhan antara lain menerapkan bahawa kepercayaan beragama
boleh mengukuhkan ikatan semua bangsa seterusnya memantapkan institusi negara
kerana rakyatnya mempunyai pegangan hidup.
Tahap kesetiaan yang tinggi diberikan kepada raja dan negara
pula amat bersesuaian kerana raja ialah lambang perpaduan negara.
Keluhuran perlembagaan pula ialah sumber perundangan negara
yang tertinggi dan harus diterima, dipatuhi serta dipertahankan oleh rakyat.
Kedaulatan undang-undang pula memberi keadilan kepada setiap
rakyat di negara ini kerana dijamin oleh
institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Prinsip kesopanan dan kesusilaan mementingkan perlakuan yang
sopan dalam kalangan rakyatuntuk menjaga hubungan baik masyarakat pelbagai kaum
di negara ini.
Sehubungan dengan itu
rakyat harus sedar Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati
undang-undang dalam kalangan masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara
ini. Ia juga mengingatkan rakyat supaya menghormati sensitiviti kaum agar
keamanan dankeharmonian negara dapat terus dipelihara.
Mengamalkan Rukun
Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira
kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui
perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkandan mempergiatkan
lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.