.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, September 29, 2020

Kepentingan Rukun Negara

Rukun Negara menjadi panduan bagi rakyat memupuk semangatsetia kawan  dan kecemerlangan hidup bermasyarakat serta bernegara. Selain itu Rukun Negara bermatlamat membentuk masyarakat yang adil dansaksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama.

Prinsip Rukun Negara sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain.Kepercayaan kepada Tuhan antara lain menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan semua bangsa seterusnya memantapkan institusi negara kerana rakyatnya mempunyai pegangan hidup.

Tahap kesetiaan yang tinggi diberikan kepada raja dan negara pula amat bersesuaian kerana raja ialah lambang perpaduan negara.

Keluhuran perlembagaan pula ialah sumber perundangan negara yang tertinggi dan harus diterima, dipatuhi serta dipertahankan oleh rakyat.

Kedaulatan undang-undang pula memberi keadilan kepada setiap rakyat  di negara ini kerana dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Prinsip kesopanan dan kesusilaan mementingkan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyatuntuk menjaga hubungan baik masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sehubungan dengan itu rakyat harus sedar Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dalam kalangan masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini. Ia juga mengingatkan rakyat supaya menghormati sensitiviti kaum agar keamanan dankeharmonian negara dapat terus dipelihara.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkandan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.

No comments:

Post a Comment