... mereka masih di luar sana
entah di ceruk mana
menanti yang alpa
menyelinap ke dada
bermutasi jadi perkasa
membunuh tanpa rasa
menyentap air mata
... sabar walau rasa terpenjara
musuh tak terlihat dek mata
licik menerobos mangsa ke mangsa
walau kelihatan makin reda
namun teruskan waspada
usah jadikan perjuangan sia-sia
ekonomi menyesak jantung negara
namun nyawa tiada galang gantinya
... tepuk dada tanya rasa
mahu bebas menempuh bahaya
atau duduk istiqomah memanjat doa
mudahan lenyap musuh di serata dunia.
No comments:
Post a Comment