Bila meneliti adab-adab dalam mengamalkan makna
professionalisme seperti yang tersenarai dalam bullet point #Profesionalisme
(TNB Core Values yang ketiga) ini, saya
teringatkan erti profesional yang dikongsi oleh seorang alim …
Beliau menyatakan seorang yang profesional itu bermula
dengan beliau sendiri nampak dengan jelas bagaimana perkhidmatan beliau memberi
nilai kepada orang yang memerlukannya.
(Nilai disini bermaksud bagaimana perkhidmatan yang
diberikan menjadi solusi kepada masalah/cabaran yang dihadapi oleh orang lain).
Lagi beliau jelas dengan nilai perkhidmatan beliau, lagi
kuat sebenarnya untuk beliau mengamalkan adab-adab seperti dalam bullet point
ini.
Sebagai satu renungan, adakah kita sendiri jelas dengan
nilai perkhidmatan yang kita berikan kepada orang menerusi tugas kita?
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment