Situasi
(Situation)
Selalu orang
bercakap tentang kerumitan tentang bagaimana untuk merealisasi sesuatu perkara
atau ‘how to make things happen’. Orang yang mampu merealisasi sesuatu ini,
umumnya selalu di pandang tinggi oleh orang lain.
Kerumitan
(Complication)
Perkara di
atas ini selalu dibual orang. Samada di kalangan mereka yang memimpin atau yang
dipimpin. Namun begitu, tidak nampak satu jalan yang praktikal, sistematik dan
berterusan bagi membina kemampuan ini.
Kesan
(Impact)
Sekiranya
perkara ini tidak ditangani, semestinya kita akan membuatkan diri kita terdedah
kepada pelbagai ancaman dunia sekarang yang penuh dengan segala macam turun
naik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran (Volatility, Uncertainty,
Complexity and Ambiguity – VUCA) ini.
Cadangan
(Proposal)
Bertolak dari
keperluan di atas, itulah mengapa telah diwujudkan satu program pembangunan
diri bernama Budaya Juara (BJ) atau dalam Bahasa inggeris ‘Culture of
Champions’ (COC). Program Budaya Juara ini telah disediakan berdasarkan kepada
pemerhatian dari pengalaman membangunkan sumber manusia di dalam TNB. Dalam
kata lain, program Budaya Juara ini bukan berpandukan kepada teori semata-mata
tetapi sangat menekankan kepada perkara yang didapati mujarab dalam melaksanakan
perubahan.
Tindakan
(Action)
Walaubagaimanapun,
bagi memastikan para peserta mampu membina kemampuan ‘untuk merealisasi sesuatu
perkara’ ini, tidak cukup dengan hanya mengetahui teori yang ada dalam Budaya
Juara ini, para peserta perlu mengamalkan apa yang dinyatakan dalam Model
Amalan Budaya Juara ini.
Pertama,
peserta perlu mengamalkan segala nilai-nilai yang baik (seperti nilai teras
sesuatu organisasi) kerana bila nilai ini diamalkan, ianya bakal menwujudkan
hubungan harmoni dengan diri mereka sendiri, orang lain dan Penciptanya. Hal
ini penting kerana bila telah wujud hubungan harmoni ini, ianya bakal
memudahkan perlaksanaan usaha mereka (Gear 1).
Kedua,
peserta perlu amal idea yang terkandung dalam Budaya Juara ini ke dalam tugas
mereka. Jika ini tidak dilakukan, mana mungkin mereka mampu membina kemahiran
dari idea-idea yang ada dalam program Budaya Juara ini. Bagi memastikan ini
terlaksana, itu sebab mengapa sessi coaching dilakukan dalam program Budaya
Juara ini (Gear 2).
Akhir sekali,
segala usaha di atas tidak bermakna jika kita tidak bersandar dan letakkan
segala harapan kita kepadaNya sebab segala milikNya (Gear 3).
Faedah (Benefits)
Dengan izinNya, jika ini dilakukan secara sistematik dan berterusan (ketiga-tiga gear ini bergerak laju), kemahiran bagaimana untuk merealisasi sesuatu perkara atau ‘how to make things happen’ ini mampu diwujudkan dalam diri seseorang itu.
No comments:
Post a Comment