Akhirnya
semua hanyalah sebuah cerita
Dicipta
cukup sempurna
Bagi
melengkapi putaran
Menjadi
ujian untuk kehidupan
Namun
banyak hati tercedera
Banyak jiwa
yang terseksa
Kerana buta
mata hatinya
Melihat
agenda Sang Maha Kuasa
Akhirnya
menjadi sekutu syaitan durjana
Merosak
hubungan sesama
Sudahlah
jatuh ditimpa tangga
Hati sempit
jiwa merana
Amatilah
hati sedalamnya
Adakah
cahaya Tuhan menyuluh petunjukNya
Membuat
hati gementar bila menyebut namaNya
Membuahkan
akhlak mulia
Apabila
waktu memanggil pulang
Segalanya
akan menjadi sesalan
Gara-gara
kau gagal melihatkan
Itu semua hanyalah sebuah cerita Tuhan
No comments:
Post a Comment