.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, January 23, 2023

Pengalaman Lawatan ke Petronas Leadership Center (PLC)

 


Aku sudah lama memikirkan bagaimana untuk menyediakan satu pendekatan program latihan yang praktikal dalam persekitaran yang kondusif untuk menimba ilmu dan kemahiran. Fikir-fikir ini timbul kerana aku yakin pendekatan program latihan dan suasana pembelajaran merupakan faktor utama mengapa ramai di waktu ini melihat pembangunan kompetensi dan kapabiliti itu sebagai perkara terakhir yang dipertimbangkan bilamana ingin mencapai sesuatu hajat. Adakah untuk menwujudkan dua perkara ini tidak mampu kita lakukan? Soalnya mengapa begitu?

Itulah, satu awal pagi, aku diberi tawaran untuk mengikuti satu lawatan ke Petronas Leadership Center (PLC). Mula-mula aku berbelah bagi untuk mengikuti lawatan ini sebab aku pernah melawati PLC sebelum ini, namun terdetik hati aku agar tidak melepaskan peluang ini. Kenapa? Aku ingin melihat apa perubahan yang berlaku di PLC tambah-tambah lagi PLC ini telah berpindah ke kompleks latihan yang baru.

Memang betul sangkaan aku, PLC memang telah jauh berubah! Bermula dari pintu masuk utamanya, aku sudah boleh dapat rasakan aura hebatnya. Dapat aku rasakan, bahawa mungkin tiada kompleks latihan di Malaysia ini yang mampu menandingi kehebatan kelengkapan dan suasana seperti ‘ala resort’ ini. Mungkin PLC ini merupakan salah satu kompleks latihan terbaik di dunia!

Dari cerita orang PLC, permintaan untuk mengikuti latihan dan menganjurkan latihan di PLC tidak putus-putus malah ‘waiting time’ untuk mendapatkan tempat juga agak lama. Yang menariknya, harga untuk menggunakan fasiliti di PLC ini jauh lebih murah dari yang ditawarkan oleh pihak luar tetapi kualiti fasilitinya jauh lebih baik berbanding pihak luar! Satu perkara yang menjadi tarikan aku ialah aku dapati buku-buku dalam librarynya semuanya buku-buku terkini … buku-buku taraf Kinokuniya! Hebat!

Aku sebenarnya lebih teruja dengan pendekatan yang diambil oleh PLC dalam membangunkan kompetensi dan kapabiliti anggota kerja Petronas.

Pertama, aku lihat, PLC sangat mementingkan hubungan dan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam bidang latihan. Baik dengan para top leaders, pihak Pembangunan Insan (HR) mahupun dengan semua unit-unit bisnes yang ada dalam Petronas.

Kedua, PLC ini sangat berpandangan jauh. PLC telah dibina setelah mengambil-kira segala cabaran yang bakal dihadapi Petronas dalam masa-masa mendatang. Untuk itu, PLC sangat mengambil berat untuk beroperasi berdasarkan bisnes model yang paling relevan. Bak kata salah seorang orang kanan PLC ini, bisnes model sesuatu organisasi itu sangat mempengaruhi behavior anggota kerjanya dan hasil yang bakal diterima.    

Ketiga, pendekatan program latihan yang digunakan berkonsepkan ‘deep learning’. Setiap program latihan itu dibincang bersama ketua sesuatu unit bisnes itu dengan mengambil kira segala cabaran dan keperluan unit bisnes tersebut dalam usaha mencapai matlamatnya. Ianya kemudian diikuti dengan merekabentuk program latihan yang sewajarnya. Sebelum sesuatu program latihan itu dilaksanakan, persetujuan dari para ketua unit bisnes perlu didapatkan. Setelah itu, baru program latihan itu dilaksanakan dengan pemantauan yang sewajarnya. Kesemua kerja yang terkandung dalam pembangunan dan perlaksanaan program latihan ini sebenarnya dikelolakan oleh Talent Development Expert yang bertauliah. Dalam kata lain, program latihan mereka memang terjamin berkualiti! Hebat!

Sebenarnya ada banyak lagi perkara-perkara positif yang aku pelajari tetapi apa yang dinyatakan di atas aku lihat merupakan perkara pokok yang aku temui dan ini semuanya menjawab segala persoalan aku di dalam perenggan pertama di atas. 

Semasa minum teh selepas sessi discussion bersama anggota kerja PLC pagi itu, aku sempat bertanya kepada salah seorang dari mereka samada mereka mempunyai masalah dalam mendapatkan kerjasama dari para leaders dalam membangunkan kompetensi dan kapabiliti anggota kerja mereka? (dari apa yang aku saksikan, aku sebenarnya sudah dapat menggagak jawapannya). Kata beliau, itu bukan masalah utama mereka malah merupakan masalah kecil dan jarang berlaku! Pergghhhhh … memang aku teruja! 

Masih terngiang-ngiang di telinga aku , bilamana mereka menyatakan apa yang kelihatan di PLC di waktu ini adalah berkat visi para pemimpin atasan mereka yang melihat bahawa untuk kekal relevan di masa depan yang penuh dengan VUCA dan BANI ini, mereka perlu serius untuk melihat pembangunan kompetensi dan kapabiliti anggota kerja mereka sebagai satu investment yang mesti dibuat. Juga, ianya mesti dilaksanakan dengan cara yang terbaik dan paling praktikal! Yang lebih menarik lagi, mereka telah melakukan ini dengan benar-benar mengetahui apakah WHY dan HOW yang perlu ditekankan dalam membangunkan PLC!

Sebelum pulang, aku sempat memerhati gelagat mereka yang sedang mengikuti latihan di PLC ini. Jelas pada aku bahawa mereka belajar dengan penuh ceria dalam suasana yang menggalakkan perbincangan dan kolaborasi. (Kelengkapan dan suasana PLC sangat mempengaruhi!) Kepuasan belajar di kalangan mereka memang jelas kelihatan. Nampak rasa bangga mereka kepada PLC!

Tq PLC atas pelajaran ini!


No comments:

Post a Comment