.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, January 14, 2023

Percakapan Diri


Percakapan Diri ini entah kenapa menjadi suatu perkara yang sangat dekat dengan saya ketika ini. Semuanya bermula bilamana saya terserempak dengan perkara yang dibincangkan di dalam buku ‘Winning the War in Your Mind’, tulisan Craig Groeschel.

Memang betul kata buku ini, percakapan diri kita sebenarnya lebih merupakan satu peperangan antara elemen baik dan elemen perosak yang ingin menguasai diri kita. Dalam banyak hal, kita dari dulu kurang memahami wujudnya pertembungan dua elemen ini lalu menyebabkan kita menyangka bahawa kita sahaja yang mengalami perkara ini. Walhal, jika kita memahami, semua kita sebenarnya mengalami perkara ini.

Sekiranya kita sedar, peperangan dalam diri ini tidak pernah berhenti. Ada-ada saja konflik yang wujud dalam diri. Sekiranya kita tidak benar-benar kuat, konflik dalam diri ini mudah membuatkan kita stress lalu depress dalam hidup ini. Kita mesti cari jalan bagaimana kita mampu menangani perkara ini dengan sewajarnya, guna untuk memastikan hidup kita yang sementara dan singkat ini benar-benar bermenafaat kepada diri kita.

Bercakap tentang kaedah untuk menangani hal ini, kita perlu mempunyai satu ilmu mengenali diri. Ada banyak caranya kita boleh mengenali diri dan dari banyak kaedah yang ada itu, saya suka dengan konsep ‘Stick Person’ yang telah dipopularkan oleh Bob Proctor satu ketika dulu. Melalui konsep ini, mudah kita melihat bagaimana elemen diri kita yang bukan berbentuk fizikal iaitu intelektual, emotional dan spiritual berfungsi lalu menghasilkan hasil dalam diri kita. (Cerita lanjut konsep ini ada saya perincikan dalam modul ‘Membina Mentaliti Berdaya Maju’ (Developing Growth Mindset) yang merupakan salah satu modul utama dalam program Budaya Juara (Culture of Champions).

Melalui konsep ‘Stick Person’ tersebut, saya dapati jalan paling praktikal untuk menangani peperangan dalam diri kita ialah dengan mengamalkan nilai bersangka baik, bersyukur, bermuhassabah diri dan sentiasa bersandar/berharap kepadaNya. Itulah kaedah yang paling praktikal bagi memastikan kesemua elemen yang bersengketa dalam diri kita itu mampu untuk harmoni. Dalam kata lain, itulah wisdom mengapa kita dituntut mengamalkan nilai-nilai tersebut.

Saya sedar, untuk mengamalkan apa yang dinyatakan di atas bukan mudah. Tetapi jika kita lihat dari sejarah hidup masing-masing, banyak huru hara yang telah kita lalui berpunca daripada percakapan diri yang penuh dengan sengketa. Maka, di usia yang semakin dewasa ini, sudah sampai masanya kita perlu memandang serius hakikat ini agar satu hari nanti, kita mampu pulang padaNya dalam keadaan yang direhaiNya.

Pilihan Di Tangan Saya!

No comments:

Post a Comment