.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, January 3, 2023

Tahun 2023



 

Tahun 2023. Tahun untuk aku buka buku baru dalam karier aku. Tahun ini, tahun untuk aku melangkah keluar dari TNB dan memasuki alam baru. Alam persaraan dari TNB. Apapun, persaraan ini bukan bermakna aku bersara terus kerana prinsip aku, selagi nyawa di kandung badan, selagi tubuh aku masih sihat, dengan izin Tuhan, aku tidak akan berhenti berusaha. Bagi aku, bersara sebenar hanya wujud bilamana nyawa aku bercerai dari tubuh aku. Rugi rasanya aku sia-siakan masa aku di atas mukabumi ini tanpa melakukan sesuatu yang bemenafaat.


Mulai waktu aku meninggalkan TNB nanti, aku ingin tumpukan waktu aku untuk memperkembangkan idea Culture of Champions (COC) seluas mungkin. Ini satu perkara yang telah lama aku idamkan. Aku mahu tumpukan agar COC ini memberi nilai kepada manusia yang sudi belajar tentang COC ini. Aku harap usaha ini akan mendapat rahmat dan berkat dari Tuhan, baik untuk kebaikan di dunia mahupun di akhirat.


Apapun, satu perkara peribadi yang mahu aku perbaiki tentang diri aku khasnya dalam tahun ini ialah memperbaiki kualiti 'self talk' aku. Entah kenapa lately ini, perkara 'self talk' ini sangat dekat dengan aku. Aku sangat aware mutu 'self talk' aku sangat mempengaruhi hasil yang aku terima dalam hidup ini. (Teringat pulak aku tentang konsep 'stick person' itu). 


Apapun, harap 2023 bakal membawa banyak kenangan indah dan moga Tuhan bimbing aku dan famili aku untuk bina hidup yang Sejahtera, Bahagia, Kaya, di Dunia dan di Akhirat! 


Aamiin!


No comments:

Post a Comment